Isnin, 24 Disember 2012

resepi crape durian

orang dok cerita pasal crape durian bagai mula2 i ingat apala bendanya sampaila roomate i beriya nak buat,, orang cakap kalau x cuba x tau susah ke senang,,sampaila member i ni naik feadup nak buat dia punya kulit,,,akhirnya cikgu umi gak yang datang membantu,,,sebenarnya x la susah mana buat crape durian ni first time buat memang susah bila dah 2,3 kali buat alah bisa tegal biasa,,thank 4,kradit resepi

barang-barang yang diperlukan. 
  

- 250 gram tepung gandum
- 400 ml santan
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- pewarna kuning telur
- vanila esen
- sedikit butter
- whipping cream
- isi durian



tuanggg je semua santan, telur, tepung gandum, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 sudu garam dan 1 sudu kecil pewarna kuning telur dalam stand mixer. kaw tunggu sampaii adunan tu sebati. cantik kan warna dia? (-____-)

lepas dah siap, jangan lupa tapis and tuang adunan ni dalam bekas lain sebab kita nak pukul whipping cream pulak. tapis adunan tadi sebab taknak bagi kulit crepe tu nanti menggelembung macam naik chicken pox. ;p masukkan sedikit gula secukup rasa bersama-sama dengan whipping cream tu.


ok dah siap step bahan-bahan. sekarang, panaskan non stick pan. letak butter sikit. sikitttt je. bukak api slow slow dah nanti rentung. tuangkan 1 senduk adunan yang dah siap warna kuning tadi dan cepat-cepat goyangbiar adunan tu merebak-rebak untuk dia jadi senipis mungkin. alah, macam buat lempeng je sebenarnyaaaa. nama je bercrepe bagai. ;p kuikuikui. 

dah siap buat kulit dia, sejukkan dia sekejap lepas tu baru letak whipping cream and isi durian dekat tengah2 kulit crepe tu. oh sebelum terlupa, kulit crepe goreng sebelah je tau. tak perlu terbalikkan untuk goreng dua dua belah. bahagian yang tak terbalikkan tu akan jadi kulit luar crepe bila dah siap nanti sebab dia tak nampak kesan kuali. lepas dah letak isi dekat tengah-tengah tadi, bungkus la dia secantik mungkin. 

tada ni la hasil crape durian i...
lain tangan lain hasil lain rasa

Khamis, 6 Disember 2012

Tips Tawan Hati Sidia

Tips ini khas untuk perempuan cara-cara bagaimana untuk pikat lelaki. Tetapi ianya tips untuk yang belum berpasangan. Yang sudah berpasangan tu, janganlah cuba memikat orang lain kerana akan hancur leburlah hati pasangan anda itu andai dia tahu anda membuat dirinya sedemikian. Ok? Semoga berjaya! 1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. 2. Pandai memasak adalah ciri2 utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. 3. Berperwatakan menarik mampu menarik minat mereka. 4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. 6. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. 7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan berlemah lembut. 8. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 9. Jangan terlalu mengokong. 10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. P/s: yang penting hati,kejujuran dan keikhlasan..boy tenggok girl ni berbeza-beza..ada yg suka dahi luas,ada yang suka lebaq besaq,,ada jugak yang kurus dan kering..so tepuk dada tanya sidia..

Ahad, 2 Disember 2012

RUMAH SEWA AREA IPOH

ok update terbaru ..i nak cari hausemate area taman cempaka..sari 28 lengkap dengan kemudahan...untuk studend i ada 1 umah sewa dekat area sari 3 rumah no 93..pada sapa yang berminat bolehla call no ni 0194304985 -bib

Isnin, 29 Oktober 2012

Akhirnya....

Kebenaran memang menyakitkan....tapi kadang-kadang yang pahit boleh jadi penawar..nasib baik apa yang terjadi masih terlalu awal...disaat i blm jatuhkan kasih sepenuhnya..patutla seminggu dua ni asik mimpi benda sama je..orang yang sama rupanya allah nak i bersiap sedia dengan apa yang bakal dan sedang terjadi...yup memang i sangat-sangat sayang sayangkan dia...tapi mungkin bukan jodoh kami...walaupun ada yang cakap mimpi tu sebanarnya mainan tdo...tak pun ada yang kata apa yang kita mimpi biasanya terbalik ..tapi apa yang i mimpikan memang2 kenyataan..cuma masa dan ketika je berbeza....hati mana yang tak hancur...tapi kita redha dan yakin bahawa apa yang tersurat dan tersirat adalah telah ditentukan oleh allah...dan kita kena percaya bahawa allah akan datangkan kita dengan orang yang salah sebelum allah berikan orang yang terbaik buat kita... P/s:allah akan datangkan guruh dan kilat tapi percayalah 1saat allah akan berikan pelangi selepas hujan..

Sabtu, 22 September 2012

masa

seandainya masa mampu diputar semula i harap sangat yang i boleh pergi zaman babby...zaman dimana tiada dosa..cuba tenggok muka babby mesti kita rasa tenang,,sbb dia tak ada dosa masih sesuci umat....tu sbb babby tdo dengan tenang...tapi masa tak akan kembali lagi jadi teruskan dan terus hingga ke penamat...apa yang i rasa sekarang ni, i nak tdo selama-lamanya...i dah penat,,i tak cukup kuat,,,walaupun hakikatnya i tersenyum i ketawa,,,dalam hati i sakit...i pendam apa yang orang buat kat i....i telan semua yang orang bagi demi menjaga hati semua orang...tapi lidah i tak sebaik hati...lidah i tak mampu mengawal  amarah...walaupun berkali hati mengawal,,tapi dek kerana nafsu lidah membinasakan diri,,i rasa i nak tdo selamanya tanpa ada gangguan dan bila i bangun segala yang terhidang adalh indah...

p/s:peluang masih ada

Rabu, 12 September 2012

IMAMKU,,

MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Isebutkan ini kerana I kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. I geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, I suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.  

TUJUH GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH DI AKHIRAT KELAK
1) Imam yang adil.
(Imam ini termasuklah golongan para pemimpin dan hakim. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk menjadi pemimpin yang adil.) 

2) Pemuda yang kuat beribadat.
(Sukar untuk menemukan pemuda masa kini yang rajin beribadah, rajin ke masjid, rajin mengunjungi majlis ilmu dan sebagainya. Biasanya kita sering lihat orang yang lebih dewasa/tua (umur 35 tahun ke atas yang sudah berkeluarga) yang cenderung ke arah hal-hal ukhrawi kerana kita beranggapan yang tua lebih hampir dengan mati. Sedangkan hakikatnya mati tidak mengenal usia. Sesungguhnya bertuahlah bagi wanita yang mendapat suami dari golongan ini. ) 

3) Orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
(Segala urusan (mesyuarat, ke pejabat, dan lain-lain) yang dibuat adalah ibadah. Bukan bertujuan maksiat dan kejahatan) 

4) Orang yang digoda oleh perempuan cantik dan kaya tetapi ditolak dengan berkata “Sesungguhnya aku takut akan Allah.”
(Iman dan ketaqwaan golongan ini sangat hebat kerana perasaan takut kepada Allah mengatasi nafsunya. Dalam konteks dunia hari ini, lihatlah betapa ramai umat Islam yang tewas kepada nafsu sendiri. Kita memang tiada kuasa untuk menghalang atau membanteras maksiat yang berleluasa sehinggakan peluang untuk melakukan maksiat sangat terbuka luas tetapi kita mampu untuk mendidik jiwa dan keluarga kita supaya sentiasa dekat dengan Allah.)
5) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
(Kenapa masjid? kerana sebenarnya fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat malah ia adalah sebuat tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kita mungkin kaya dengan ilmu fardhu kifayah tetapi bagaimana dengan ilmu fardhu ain? Jasad kita perlu makan untuk hidup tetapi bagaimana pula dengan roh kita?
Apabila kita sering mengunjungi masjid, sekurang-kurangnya roh kita telah diberi makan dengan sewajarnya. Berkunjunglah ke masjid kerana saya pasti anda akan beroleh manfaatnya. Banyak tazkirah, kuliah magrib, bacaan kitab, dan pelbagai lagi ilmu akan diperoleh apabila kita sentiasa dekat dengan masjid.
Sesungguhnya dalam hal ini para lelaki lebih afdhal untuk sering mengunjungi masjid kerana mereka merupakan tonggak keluarga. Besarlah harapan para isteri kepada suami jika ilmu yang diperoleh boleh dijadikan panduan dalam mentadbir rumah tangga.) 

6) Orang bersedekah dan memberi kerana Allah sehinggakan tangan kiri tidak tahu tangan kanan yang memberi.
(Ini adalah orang yang ikhlas beramal dan tidak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya digalakkan juga untuk dipublisitikan apabila ada dermawan yang menderma dengan tujuan menggalakkan orang lain juga turut beramal. Hal dia nak menunjuk atau riak dan sebagainya itu adalah urusannya dengan Allah.
Kita tidak sepatutnya mencemuh mereka yang suka menderma ini dengan kata-kata yang sinis seperti “alah nak menunjuk la tu” atau “bagi kalau tak ikhlas buat apa?” dan macam-macam lagi sebab sebagai hamba Allah, kita tidak mampu untuk mentafsirkan apa yang tersirat dalam hati manusia. Ikhlas itu terlalu subjektif untuk dinilai. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati setiap hambaNya.
Para lelaki juga dinasihatkan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang yang pemurah. Petikan daripada hadis Nabi Muhammad saw, terdapat 3 sifat yang dikira buruk untuk lelaki tetapi elok untuk wanita. Sifat-sifat tersebut ialah malu, bakhil dan takut. Cuba fikirkan kenapa?) 

7) Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah sehingga mengalirkan air matanya. (Allahuakbar!) 

P/S:panduan untuk i dalam mencari "IMAM KU"

Rabu, 8 Ogos 2012

19 Ramadhan

Pertama kali dalam sejarah pembelajaran i menangis sbb lecture....i tak salah kan lecture tu..i pun silap tapi i rasa apa yang lecture tu buat agak keterlaluan...ok pertama sbb rong information,takkan sbb sipulan tu dah juara ok i yang tak juara pesalah....akhirnya i yang kena mengaku atas kesilpan orang lain...walaupun ada saksi i tetap pesalah...ok lupa kan kes ke2 19 ramadhan ok fist minggu lepas dia cakap i ambik sesi ke 2..so i ikut je apa yang dia nak tapi bila i masuk kelas dia blh dia suruh i duduk belakang oh no damm wtf la..minggu lepas pun dia buat cam tu...ehh jangan buat i mcm benda tak berguna...sepak sana sepak sini....kalau perlu ambik.......i pun ada perasaan..so sblm i jadi kurang diajar lbh baik i keluar...kang tak berkat ilmu yang i belajar...tak pasal2 tambah lagi jangka hayat i kat poli.. tak kuasa i

Ahad, 22 Julai 2012

Ramadhan Kembali

Alhamdulilah...sekali lagi kita dipertemukan dengan ramadhan...semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna...dan diberi jalan untuk mencari keredhaan nya...

Khamis, 21 Jun 2012

LAYAKKAH KITA MENDAMBAKAN SAHABAT


 Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjali

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis lagi... Cuba anda tarik nafas dalam-dalam...kemudian hembus... Kalau anda boleh lakukannya, berSYUKURlah kerana disaat anda menghembuskan nafas anda tadi,hakikatnya ramai manusia diluar sana yang menghembuskan nafas mereka buat kali terakhir...

Dalam hidup ni,kita kena pandai pilih sahabat...bukan 'kawan' tapi 'SAHABAT'... Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sangat sukar dicari.... Sebab apa? Bagi I, kawan adalah orang yang kita kenal, yang ada bersama kita ketika kita senang dan gembira... Tetapi SAHABAT, sentiasa ada disamping kita dikala kita susah, senang, kaya, miskin, sedih, gembira, dan dalam semua keadaan...Setuju?

Kalaulah kita diberi peluang untuk mencipta seorang SAHABAT, mesti kita nak yang baik-baik aje pada sahabat kita tu kan? Kita mesti nak sahabat yang :

- memahami hati kita
- tolong kita diwaktu susah
- menjadi tempat kita luah dan kongsi perasaan
- boleh pimpin kita ke syurga
- boleh tegur kita jika kita buat salah
- tidak pernah mengguris hati dan perasaan kita
- dan macam-macam lagilah... Betul?

Kalau aku pun, aku nak juga sahabat ayng macam tu... Tapi, cuba kita fikir balik, layakkah kita mendapat sahabat yang macam tu?
Kita nak sahabat yang memahamai kita, tapi kita fahamkah perasaan kawan kita?
Kita nak sahabat yang sentiasa boleh tolong kita, tapi kita selalukah membantu kawan kita?
Kita nak sahabat yang tidak mengguris hati kita, tapi kita jagakah hati dan perasaan kawan kita?

Renung-renungkanlah.... Kalau kita nak dapat sahabat yang baik,kita kenalah jadi seorang sahabat yang baik juga...dan... adakah kita ini sudah menjadi sahabat yang baik???

Cuba tanya diri kita, nak tak kita berkahwin dengan diri kita sendiri...Aik,macam pelik je bunyi nye...hehe

Ok, cuba bayangkan kita berada disuatu tempat... Suatu ketika, kita terjumpa seorang manusia yang rupanya sama macam kita dan perangainya juga sebiji macam perangai kita. Katakanlah orang yang kita jumpa tu berlainan jantina dengan kita,mahukah kita berkahwin dengan orang itu... Kalau kita tengok perangai orang tu, gerak-gerinya dan sifatnya itu yang sebiji dengan kita, sanggupkah kita berkahwin dengannya? Muhasabah lah diri sendiri ye...Hanya kita yang tahu macam mana baik buruk perangai kita...

Ingat, sahabat yang baik adalah apabila kita melihat wajahnya, muncul perasaan tenang dan ingatkan Allah. Apabila mendengar kata-katanya,bertambah ilmu agama kita. Apabila melihat gerak-gerinya, kita teringat akan kematian...

Salah satu golongan yang masuk syurga ialah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah... tak nak ke jadi golongan yang tu

P/S:jangan asik mengharapkan kesempurnaan sahabat tanpa kita sedar,,sebenarnya banyak lagi yang kita perlukan untuk menggembirakan hati sahabat kita,,,ibarat cubit peha kiri peha kanan yang terasa,,sahabat adalah sebahagian dari anggota kita...sucikan hati tenangkan jiwa tepuk dada tanya selera,,,sahabt @ kawan yang kita perlukan...setiap  manusia ada keburukannya,,,jadi terimala sahabat seadanya sebagai mana dia menerima setiap kebaikan dan kelemahan kita

NOTA BUAT SAHABAT


SEANDAINYA DIKAU BERTEMU SEORANG KAWAN,

YANG SANGGUP BERSUSAH ATAS NAMA KESETIAAN,
MENDAHULUKAN ATAS NAMA KEBAJIKAN,
MENYIMPAN KEAIBANMU ATAS NAMA KEJUJURAN,
MEMPERCAYAIMU ATAS NAMA KEIKHLASAN,
 MENEGUR KELEMAHANMU ATAS NAMA KEBAIKAN,
MEMENDAM RASA TERKILAN DEMI MENJAGA PERASAAN,
DIA BUKANLAH SEORANG KAWAN,
TETAPI ADALAH SAUDARA DAN SAHABAT,

TAPI..
SEKIRANYA TIADA,
DIKAU JADIKANLAH AKU INSAN SEBEGITU..

Tentang kawan & sahabat.Memang kawan bersinonim dengan sahabat.Tapi I lebih suka merujuk pada definisi yang diberi Dr Tuah untuk memahami dua perkataan ni.Lupakan saja 'friend'.Perkataan tu terlalu klise dan sekarang, bagi I tak cukup indah untuk dirujuk kepada sahabat.Sebab tu I lebih senang mengatakan I tak ada 'friend'.Yang ada hanyalah 'mate' atau kenalan yang perlu sentiasa diawasi sebab berkemungkinan besar golongan ini akan menjadi 'enemy'. Tapi,mungkin juga sahabat boleh menjadi 'enemy'.(?)Kurang risikonya.

Kawan (friend)dan sahabat.Kata Dr Tuah,ada beza antara kawan dan sahabat.
"Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala
kita amat memerlukan dia.Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan
sedia bersama kita dalam semua keadaan;susah ke,senang ke,sahabat
tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak)



Macam yang diperihalkan Dr Tuah,tugas seorang sahabat yang boleh diyakini ialah menunjukkan kekurangan kita agar dapat kita sedar kelemahan kita,tetapi dengan cara memberi pandangan yang adil,mengkritik dan menasihat,bukan merendah-rendah,memperlekeh,apatah lagi mengumpat belakang. 

 Atau sahabat yang membuat kita rasa lebih kenal diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik.Mungkin hanya dengan baris-baris kata atau perlakuan yang dapat kita contohi.
Mungkin kita pernah dengar pepatah Arab ini:"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan api akan mencarikkan baju kita."

I bersyukur sekali ditemukan dengan sahabat yang banyak mempengaruhi I untuk mencintai ilmu.Seperti mana dia yang luas pengetahuannya,begitu juga I ingin menjadi sepertinya.Mungkin I taklah sehebat dia,tapi Alhamdulillah,memang I terasa tempiasnya. Seorang sahabat akan berusaha menegur,tapi dengan hikmah.Seperti seorang sahabat menegur I tentang cara penulisan, tatabahasa,kefahaman  I yang selalunya  'tidak boleh diterima'.Dia membuatkan I sedar kesilapan I ,bukan kerana dia terus menghentam I ,tetapi kritikannya disusuli nasihat bermakna.


P/S : Dr Fadzilah Kamsah ; " Tak mengapa tinggalkan kawan-kawan kalau itu mendekatkan kita pada ALLAH".Faham-fahamlah.Kalau kawan itu mulutnya sentiasa berkata perkara tak baik,jika kita selalu bersamanya,tak mustahil kita juga menanggung dosa akibat perkataannya itu.Jadi,kalau nasihat pun tak jalan,kita jelah yang jalan.LEBIH baik kita berundur jika pasti kawan itu bukan yang terbaik buat kita,,kawan yang hanya mampu ada disaat kita senang,,dan kawan yang memburukkan kita hanya untuk mendapatkan secebis kasih dan simpati dari orang,,,lbh baik bersendiri dari makan hati berulam jantung

"100 kawan atau 1 sahabat?"
-I pilih sahabat.