Rabu, 24 Ogos 2011

Saya dapat RM1 juta

jangan ada yang cemburu,,,heheheee tajuk je i buat gempak tapi sebenarnya tak ada pun,,,kalau betula dapat RM 1juta hui mcm2 i dah buat...ok sebenarnya i nak cerita pasal google voucher...sebenarnya i tak tau guna pada sapa yang bijak and cerdik mintak tolong sangat ajar la i ni insan yang lemah please sambil buat muka simpati...tolong ye,,tapi voucer ni i dah tunaikan cuma i tak tau nak running dia,,,ehhh betul ke apa yang i cakap ni,,,,pada yang banyak ilmu tolong i sangat2...i ni kurang cerkap dalam bab ni hehehehee

SABAK BERNAM

rindukan suasan kampong,ingin bermain dengan sawah padi,,baru sampai ke sabak bernam,,@ nak buat percutian di sabak bernam,,tapi tak tau nak cari kat mana penginapan yang murah dan selesa..HSE dapat membantu anda semua,,,dengan HSE anda blh mendapatkan kemudahan seperti rumah penginapan,home stay serta tempat-tempat makan yang murah dan sedap...inginkan kelainan pada percutian,kem,dan sebahagiannya HSE boleh membantu,,,,hubungi HSE sekiranya inginkan lebih maklumat...pada yang merindui suasana kampong sangat dialu-alukan...kepuasan pelancong adalah tanggungjawab kami...
apa lagi hubungi HSE di talian 03-32243426 sekiranya inginkan  maklumat..
HSE turut menyediakan perkhidmatan ketering,cnopy,kompang dengan harga yang berpatutan 

P/S: untuk yang sukakan pantai kelong sesuai untuk yang menyukai matahari terbenam,,untuk yang sukakan kehijauan daun sawah padi adalah tempat yang terbaik

Selasa, 16 Ogos 2011

ladies and gentlemen

ala i lupala nila akibat makan semut banyak sangat sampai lupa apa yang i nak cete (sambil ketuk-ketuk kepala bagi ingat) pusing kiri pusing kanan tak dapat jugak apa yang i nak story mory kat u all,,,bagi i rest 5 minit (5 minit kemudian) korang rasa i dah ingat belum hahahaaa ok i dah ingat,,i nak cerita kat u all about kambing mak limah beranak ehh silap tapi.........................
i nak cerita about anak didik KRU jeng jeng jennnngggg cu teka cu teka sapa...apa elite,,apa mawi eshh dah-dah tak yah susah nak perah otak sampai kecut okla..mungkin ada yang teka "FORTEEN"  ha betulla tu,,dah dengar lagu dia bestkan pada yang blm blh layan jap

Lirik Lagu Berdua Bersatu – Forteen
Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu
Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu
Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu
Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu
Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu
dah dengar best tak,,,,please cakapla best (sambil buat muka paling comel)i tau u all pun akan cakap bestnya lagu ni,,,memang best pun,,,tapi kan i nak ceritala sikit,,i ada minat kat seorang nila cuba teka sapa...adakah tekaan u all sama dengan i,,,ok antara ONE,ARIZ,IZZU and AMEERAIS i paling suka sekali tenggok 


tarrraaaaaaa

hehheeee i suka sangat tenggok mamat ni,,,sampai i penah ckp ngan my mum kalaula dapat laki muka mcm dia ni sungguh tak cari lain,,,serius cute,,,sejujurnya dia tak sehensem izzu,,.hahaaa so sweet..tapi dia ni mcm mana nak cakap ye sejuk mata memandang..tapi my mum say jgn rupa je sweet tapi perangai tetttttttt......
p/s:nak cari calon suami yang berilmu,beriman,beramal rupe tak hensem tak apa janji poket penuh hheheeee satu jaminan kan.....

Isnin, 15 Ogos 2011

HATIKU

15 ramadhan ,,,,air mata ini laju membasahi pipi..mengalir tanpa dipinta..selama ni i menipu pada diri i,,,i cuba menidakkan kehadiran lelaki,,,i permainkan perasaan lelaki yang benar menyayangi i,,i kejam pada diri i sendiri,,i jadikan lelaki sebagai batu loncatan..disaat i susah tangan-tangan laki ini akan membantu,,tapi kenapa hati i mcm mati untuk insan bernama lelaki,,i kunci hati ini,,i rasakan semua lelaki sama,,i tutup keinginan untuk bercinta,,i biarkan dendam menguasai diri,,,,,sehingga i lupa sebenarnya i perlukan seseorang yang bergelar lelaki,,mungkin ini balasan allah kepada i,,atas apa yang telah i buat,,kesempurnaan yang telah allah kurniakan kepada i telah diragut,,,i bukan lagi seperti dulu,,i yang sekarang punya kekurangan,,,sayang i pada insan bernama lelaki terpaksa dipendam,,biarla kalau ada jodoh bertemanla i,,tapi i berpegang dengan1 kata-kata "allah telah menjadikan setiap yang dimuka bumi ini berpasang-pasang"..dan i yakin dengan janji allah,,,biarkanla ianya datang tanpa dipaksa,,

p/s:

  • Untuk hatiku yang masih menanti, menantilah dengan cinta. Cinta yang akan membuatmu menerima apapun kehendakNya. Kelak kau akan sadari, cintamu karenaNya akan membuat penantian itu tak pernah sia-sia.
  • Untuk hatiku yang masih mencari, carilah dengan ikhtiar yang suci. Ikhtiar tanpa nafsu dan paksaan waktu, ikhtiar dengan harapan dan ketundukan, melangkah dalam koridor di jalanNya.
  • Untuk hatiku yang masih merindu, rinduilah Dia yang paling layak untuk dirindu. Kelak kau akan tahu, merindukanNya adalah penantian dan pencarian yang terindah


Jumaat, 5 Ogos 2011

SIAPA AGAKNYA PATI


awak-awak semua tau tak sekarang kita blh cek status kita tanpa menghadap kerani-kerani  kat jabatan pendaftaran negara ..senang mudah cepat tak yahla kita pergi jpn tu 2,3 kali sampai kerani jpn tu blh kenal kita,,,jpn menawarkan banyak kemudahan atas talian termasuk semakan status maykad  so pada sapa yang tak ada ic,ic hilang ataupun ragu dengan ic yang u all ada sekarang,,apa kata u all luangkan masa 1,2 minit..lagi-lagi sekarang nak dekat pilihan raya,,,penat-penat je u all datang nak mengundi tenggok-tenggok ic nama orng lain,,,sekarang mcm-mcm blh buat..so rasanya tak rugi kalau u all buatkan,,untuk kemudahan u all jugak,,,i dah buat,,,dah i memang diakui rakyat malaysia,,,walaupun kadang ada orng pelik dengan angka tengah no ic i,,yang penting i bukan pati,petai,bangla atau sewaktu denganya..hahhaa u all bila nak chek,,and menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan,,jangan asik kata kerajaan kuku besi,pemerintahan yang tiada perubahan,,banyak perubahan yang dilakukan sebenarnya cuma kita terlepas pandang...


tara betul kan i rakyat malaysia...u all ada...entah-entah u all bangla tak pun pati kembar petai hahahhahaaa,,,
p/s:sekadar gurauan tiada kena yang hidup atau mana-mana pihak...

cara menukar chat room facebook


Mesti ada yang boringkan pakai facebook chat yang sekarang kan,,,,i pun boring gak tak boleh nak tenggok sapa kawan yang online,,,rasa serabut pun ada gak...pada sapa yang rasa boring and rindu chat room yang lama, rasa nak tukar semula yang lama i ada cara mudah tak sampai 2 minit pun,,,tapi apa yang i tau pada yang guna perisian internet explore tak boleh nak buat..

 cara nak buat senang je mula-mula klik salah 1

(pilih berdasarkan u all punye browser..yg kalau pkai google chrome, klik kt google chrome..jgn pulak klik firefox...
nanti akan keluar page lain dan follow instruction kt situ,,)



  • FB Chat Sidebar Disabler :: Add-ons for Firefox

  • FB Chat Sidebar Disabler - Chrome Web Store

  • Facebook Chat Sidebar Disabler - Opera extensions


  • ok selamat mencuba

    lagu raya


    setiap tahun hot fm mesti ada lagu baru tahun hot fm ada buat 2 lagu tau heheee......pada sapa yang nak dengar lagu terbaru hot fm klik je www.hotfm.com.my...

    Hangatnya Raya Di Hatiku
    Usop, AG, Leya, Suraya, Deen, Harris, Puteri, Upin & Ipin
    Ketupat rendang sudah terhidang
    Menanti pulang dari sembahyang
    Maaf di pohon pada semua
    Suasana indah di pagi raya

    Selamat berhari raya
    Kita raikan bersama
    Ibu dan bapa serta seluruh keluarga
    Terdengar takbir bergema
    Merasakan hangatnya raya di hatiku
    Di hatiku

    Berbaju raya cantik bergaya
    Menziarahi teman semua
    Senyum ketawa rasa gembira
    Kami yang kecil nak duit raya

    Selamat berhari raya
    Kita raikan bersama
    Ibu dan bapa serta seluruh keluarga
    Terdengar takbir bergema
    Merasakan hangatnya raya di hatiku
    Di hatiku
    Lagu : Acap (O.P Music At Eleven/S.P Luncai Emas Sdn Bhd)
    Lirik : Roy (O.P Music At Eleven/ S.P Luncai Emas Sdn Bhd)
     
    Suasana Di Hari Raya
    Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin
    Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
    Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
    Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
    Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

    Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
    Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
    Suasana hari raya walau di mana pun jua
    Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa

    Kuih dan muih beraneka macam
    Makanlah jangan hanya di pandang
    Ketupat rendang sila nikmati kawan
    Penat memasak malam ke pagi

    Wajik dan dodol jangan lupakan
    Peninggalan nenek zaman berzaman
    Asyik bersembang pakcik dan makcik
    Hai duit raya lupa nak diberi

    Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa
    Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
    Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
    Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

    Khamis, 4 Ogos 2011

    selsema

    selsema orng cakap kalau kena selsema memang fell la,,,memang betul lebih baik terus kena demam,,,dari selsema dengan bersinnya,,nak jumpa custemr tak cukup yakin,,,,adoi,,,apa pun thnk allah memberi kesakitan ini supaya dapat menghargai nikmat hidup

    Rabu, 3 Ogos 2011

    puasa part 2 perkara yang membatalkan puasa

     

    Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
    Termasuk perkara ini ialah :

    1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap melalui hidung.

    2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.

    Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).

    Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.

    Keempat : Jimak (Bersetubuh)

    Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

    Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
    (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

    Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
    Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.

    Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

    Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .
    كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
    Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
    (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

    Kelapan : Gila .

    Kesembilan : Murtad terkeluar daripada islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
    وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
    Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
    [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]

    Isnin, 1 Ogos 2011

    puasa part 1

    Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:

    “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

    Niat Puasa Ramadhan

    Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.

    Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.

    Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.
    Lafaz Niat Puasa Ramahan


    Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”

    Doa Berbuka Puasa

    Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.


    Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

    P/s:Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

    "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. 

    Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

    SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK