Sabtu, 22 September 2012

masa

seandainya masa mampu diputar semula i harap sangat yang i boleh pergi zaman babby...zaman dimana tiada dosa..cuba tenggok muka babby mesti kita rasa tenang,,sbb dia tak ada dosa masih sesuci umat....tu sbb babby tdo dengan tenang...tapi masa tak akan kembali lagi jadi teruskan dan terus hingga ke penamat...apa yang i rasa sekarang ni, i nak tdo selama-lamanya...i dah penat,,i tak cukup kuat,,,walaupun hakikatnya i tersenyum i ketawa,,,dalam hati i sakit...i pendam apa yang orang buat kat i....i telan semua yang orang bagi demi menjaga hati semua orang...tapi lidah i tak sebaik hati...lidah i tak mampu mengawal  amarah...walaupun berkali hati mengawal,,tapi dek kerana nafsu lidah membinasakan diri,,i rasa i nak tdo selamanya tanpa ada gangguan dan bila i bangun segala yang terhidang adalh indah...

p/s:peluang masih ada

Rabu, 12 September 2012

IMAMKU,,

MENCARI SEORANG IMAM


Tak kacak tak mengapa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan. Tak kaya tak mengapa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan. Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik. Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh. Isebutkan ini kerana I kira, memilih seorang imam tidak mudah. Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik? Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam. Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam. Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam. I geleng kepala. Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu. Pun begitu, I suka mencadangkan. Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang. Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang. Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.  

TUJUH GOLONGAN YANG DINAUNGI ALLAH DI AKHIRAT KELAK
1) Imam yang adil.
(Imam ini termasuklah golongan para pemimpin dan hakim. Banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi untuk menjadi pemimpin yang adil.) 

2) Pemuda yang kuat beribadat.
(Sukar untuk menemukan pemuda masa kini yang rajin beribadah, rajin ke masjid, rajin mengunjungi majlis ilmu dan sebagainya. Biasanya kita sering lihat orang yang lebih dewasa/tua (umur 35 tahun ke atas yang sudah berkeluarga) yang cenderung ke arah hal-hal ukhrawi kerana kita beranggapan yang tua lebih hampir dengan mati. Sedangkan hakikatnya mati tidak mengenal usia. Sesungguhnya bertuahlah bagi wanita yang mendapat suami dari golongan ini. ) 

3) Orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.
(Segala urusan (mesyuarat, ke pejabat, dan lain-lain) yang dibuat adalah ibadah. Bukan bertujuan maksiat dan kejahatan) 

4) Orang yang digoda oleh perempuan cantik dan kaya tetapi ditolak dengan berkata “Sesungguhnya aku takut akan Allah.”
(Iman dan ketaqwaan golongan ini sangat hebat kerana perasaan takut kepada Allah mengatasi nafsunya. Dalam konteks dunia hari ini, lihatlah betapa ramai umat Islam yang tewas kepada nafsu sendiri. Kita memang tiada kuasa untuk menghalang atau membanteras maksiat yang berleluasa sehinggakan peluang untuk melakukan maksiat sangat terbuka luas tetapi kita mampu untuk mendidik jiwa dan keluarga kita supaya sentiasa dekat dengan Allah.)
5) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid.
(Kenapa masjid? kerana sebenarnya fungsi masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk menunaikan solat malah ia adalah sebuat tempat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kita mungkin kaya dengan ilmu fardhu kifayah tetapi bagaimana dengan ilmu fardhu ain? Jasad kita perlu makan untuk hidup tetapi bagaimana pula dengan roh kita?
Apabila kita sering mengunjungi masjid, sekurang-kurangnya roh kita telah diberi makan dengan sewajarnya. Berkunjunglah ke masjid kerana saya pasti anda akan beroleh manfaatnya. Banyak tazkirah, kuliah magrib, bacaan kitab, dan pelbagai lagi ilmu akan diperoleh apabila kita sentiasa dekat dengan masjid.
Sesungguhnya dalam hal ini para lelaki lebih afdhal untuk sering mengunjungi masjid kerana mereka merupakan tonggak keluarga. Besarlah harapan para isteri kepada suami jika ilmu yang diperoleh boleh dijadikan panduan dalam mentadbir rumah tangga.) 

6) Orang bersedekah dan memberi kerana Allah sehinggakan tangan kiri tidak tahu tangan kanan yang memberi.
(Ini adalah orang yang ikhlas beramal dan tidak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya digalakkan juga untuk dipublisitikan apabila ada dermawan yang menderma dengan tujuan menggalakkan orang lain juga turut beramal. Hal dia nak menunjuk atau riak dan sebagainya itu adalah urusannya dengan Allah.
Kita tidak sepatutnya mencemuh mereka yang suka menderma ini dengan kata-kata yang sinis seperti “alah nak menunjuk la tu” atau “bagi kalau tak ikhlas buat apa?” dan macam-macam lagi sebab sebagai hamba Allah, kita tidak mampu untuk mentafsirkan apa yang tersirat dalam hati manusia. Ikhlas itu terlalu subjektif untuk dinilai. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia hati setiap hambaNya.
Para lelaki juga dinasihatkan oleh Rasulullah supaya menjadi seorang yang pemurah. Petikan daripada hadis Nabi Muhammad saw, terdapat 3 sifat yang dikira buruk untuk lelaki tetapi elok untuk wanita. Sifat-sifat tersebut ialah malu, bakhil dan takut. Cuba fikirkan kenapa?) 

7) Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah sehingga mengalirkan air matanya. (Allahuakbar!) 

P/S:panduan untuk i dalam mencari "IMAM KU"