Khamis, 30 Jun 2011

kerana kau sahabat


  • sahabat
Dalam kabut ku tercari-cari cahaya
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu
 
  • Sahabat
Kau bimbing la ku menuju cahaya ilahi
Aku lemah mengharungi ranjau dunia

  • Sahabat
Aku ingin seperti mu dalam ketenangan
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia 
 
  • seandai ada orng bertanya kenapa i terlalu mengagung sahabat dan jawapan i mudah,,i akan menghargai semua sahabat i,,i terlalu sayang pada sahabat i,,i bukan jenis pendendam,,dan i ni terlalu cerewet dalam berkawan,,sbb tu bila i dapat yang betul sesuai dengan i,,i akan menghargai sebaiknya,,mcm tu jugak kalau berkawan i jenis yang cepat mesra,,tapi bila i rasa i x boleh nak go dengan seseorang tu lebih baik i  undur diri,,sahabat,kekasih,kawan adalah anugerah yang telah allah berikan pada kita,so kita kena hargai,,,biarpun apa orang nak kata pasal sahabat kita,,hanya kita dan sahabat je yang tau kebenaranyan,,,dan jika kita bersahabat(bukan berkawan)kita kena kuat untuk mempertahankan sahabat kita,,tapi bila kita berkawan kita akan mudah lupa yang kita penah berkawan..sedangkan pepatah ada mengatakan lebih baik berkawan dengan musuh sbb kita tau dia musuh,,,dan orang yang paling bahaya sekali adalah kawan,,,,kawan makan kawan sesuatu perhubungan yang paling ditakuti....

Selasa, 21 Jun 2011

MAAF AKU BUKAN UNTUKMU

semalam mie dapat mesej kamu...semalam mie dengar suara kamu,,semalam mie dgr kata perangsang kamu,,semalam mie dengar ketawa kamu,semalam kita keluar bersama,,,semalam mie makan ngan kamu,,tapi tu semua semalam punya cerita,,hari ni mie rindu semua tu,,mie rindu gurau senda dari kamu,,mie rindu segalanya tentang kamu,,bila mie duduk seorang-seorang mie mesti ingat kamu..mie memang sayang kamu,,tapi mie x nak memberi harapan lagi kat kamu,,kamu layak mendapat yang lain,,kamu berhak hidup bahagia,,,x perlu kamu memikirkan tentang mie,,mie bahagia dengan kehidupan sekarang,,,walaupun kadang mie terjatuh tapi mie kena kuat,,mie kena bangun...mie memang nak share cerita mcm dulu-dulu..mie teringgin nak call 3g ngan kamu..tapi mie x nak kamu rasa harapan,,mie tau kamu pun sama,,kawan2 kamu pun ada mesej mie kata kamu selalu termenung,hisap rokok kuat tapi sekarang kamu dah ok kan,,kamu dah blh tersenyum,,alah lelaki patah tumbuh hilang berganti,,mulut kata sanggup tunggu tapi bila nampak perempun je mula la jual minyak,,,mie tau kamu x mcm tu bertahun kita bersama,,kita pernah merancang ke jinjang pelamin,,tapi betulla kata pepatah..kita hanya mampu merancang tapi allah yang tentukan,,mie x penah salahkan sapa2 pun atas apa yang terjadi kat diri ni,,mungkin allah nak menduga sejauh mana kekuatan mie..tapi percayahlah mie x cukup kuat,,mie x kuat menerima dugaan ini,,tapi mie x nak kamu terus berharap..mie dah x mcm perempuan lain,,lupakan mie....terima kasih pernah hadir dalam hidup mie,,

Jumaat, 17 Jun 2011

APA ADA DENGAN AIR ASIA


Mak Minah dan Pak Mat ada 4 orang anak perempuan yang sangat disayangi iaitu Siti, Seri, Murni dan Suri.
Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jagan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan saja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua-duanya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”. Bahagialah Si Siti rupanya.

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya.

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’.Bahagialah Si Murni rupanya.

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu, tak ada juga, masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu?
“7 KALI SEMINGGU.3 JAM SEKALI.NON- STOP!!

kradit :melvister

Rabu, 15 Jun 2011

10 tip setuasi wanita yang lelaki perlu tahu


ingat lelaki je ke yang ada perasaan perempuan pun ada gak,,,,bukan perempuan je kena memahami lelaki,,tetapi lelaki gak kena memahami insan yang bergelar wanita.
Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai kalau dapat yang jenis mcm ni kira bertuah badanla tapi kalau dapat yang penting ego x ke masak jawabnya,,10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.
  • SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
  • CEREWET: Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.
  • HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.
  • IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
  • PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
  • PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
  • MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
  • EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
  • CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
  • SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
p/s:
CINTA perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna? bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain.
“Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita.
“Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menyumbangkan kepada salah satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu.
Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi,

DAH DAPAT PUN

semalam time badan i bergoyang-goyang akibat gegaran tiba2 phon i berbunyi,,,dapat panggilan dari umah,,terus x sedap hati yela sekarng ni pak cik i sebelah my mam and dad sakit,,sebelah my mam excident and sebelah my dad strok,,,rupanya my sis nak bgtau yang gambar i konvo dah sampai,,,,
i punya sukala dalam hati,,,x sabar nak balik umah...bila i balik,i tenggok gambar tu walaweh mcm hampeh,,,hampeh tu lagi lawa..diaorang bagi 2 salinan..1 besar 1 kecik....pastu 1 cd 
gambar yang ada dalam cd
cd

gambar saiz A4

gambar saiz 8R

yang ni pulak time jari i berkarya
nila sijil yang i dapat
hahaaa sblm ambik sijil tu kena berbaris mcm askar tu,,and lecture pun cekla mana kain yang koyak baju yang kotor,,pastu kena tunggu giliran,,kena berdiri kat garisan merah yang diorang letak,,and bila time i,,sumpah kaki ni berat semacam nasib baik ada lecture yang i kenal so blhla hilangkan gementar sikit,,,bila i bg je barr code  diorang panggil nama and jabatan apa...bila i nak melangkah dekat orng yang bagi sijil tu x sangka yang dia blh panggil nama cakap tahniah,,,mungkin nama i senang,,tapi kan tapi kan ada satu peristiwa kelakar  oh bukanla jatuh tapi i bawak sijil tu melenggang,,member i cakap buat rosak majlis betul ahhahaha,,,kenangn yang x akan kembali lagi,,,,
P/s:rindu time belajar,,,rindu ngan kawan2,,rindu kenangan pasni tah dapat lagi ke x merasai konvo maklumla bidang yang i ambik ni susah nak dapat sambung sob sob sob..i nak ucapkan tahniah kat puo ye la setiap tahun ada je pembaharuan yang diorang akan buat,,,,syabas puo

Selasa, 14 Jun 2011

10 tip situasi lelaki yang wanita perlu tahu



1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat

Isnin, 13 Jun 2011

rahsia dan perwatakan si empunya darah


Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?
Adakah anda percaya jika dikatakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.

JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
PERWATAKAN 
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

JENIS DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
PERWATAKAN 
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.


JENIS DARAH B Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

JENIS DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
 PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

P/S:ini hanya sekadar perkongsian jgn terlalu percaya

i bukannya pendendam

hari ni i nak share something kat u all,,pada sapa yang nak terasa nak tersentap i dah x peduli...i penat asik jadi pelastik,,semua hati i nak jaga walaupun kadang2 ada yang tersentap ngan i,,,,i dah x kisah bg i ni semua adalah perjalan hidup.....i penat mcm-mcm dah buat supaya semua orng gembira,,,akhirnya i gak yang kena.....i penat,penat bak kata member i...u ni baik sangat konon nak tolong orng tapi akhirnya diri sendiri terlibat,,,tapi i rasa kalau dengan kawan2 x la terasa sangat walaupun kadang terguris gak hati i ni,,,ni dengan saudara mara,,dari i kecik sampaila i dah besar ni x habis diaorang nak buat keluarga i,,,ya mungkin keluarga i ni x kaya mana,,sbb tu orng sesuka hati sewenang2nya nak di tindas..tapi yang i x faham walaupun mcm mana teruknya diaorang buat my dad ,my dad tetap pertahankan diorang,,kadang2 i ngan my mam tersentap ngan perangai my dad,,,sanggup berhabis duit tuk diorang,,tapi ngan anak2 dia berkira..agaknya memang my dad kerja untuk diorang...and yang i x blh lupa diorang penah buat my dad sakit,,ehh kami yang anak dia pun x penah buat my dad sakit,,,kalau setakat sentap tu banyak gakla..ni kalau dah sampai badan my dad susut tu apa cerita...dan yang paling i geram bila diorang ni buat kenduri ke ada buat majlis my dad mesti beriya suruh kami ni pergi..tapi bila my dad pulak yang buat ada je alasan @ perlian diorang kat family i,,,bukan i nak berkira sangat memang dah tanggung jawab my dad jaga keluarga dia and adik beradik dia tapi jgnla sampai diri sendiri pulak yang sengsara,,ni i nak cerita pulak pasl seorang yang paling i geram,,,,i x heran pun kalau sepupu i tu puja atau sanjung u,,u kan mulut manis,,tapi jgn sampai mulut longkang u tu tersumbat cili,,,dulu blhla i hormat u sebagai mak cik tapi sekarng sumpah aku meluat tenggok muka u,,,u ni kan sebijik mcm pelastik,,,,sepatutnya u menyatukan adik beradik ni x laga melagakan adik beradik,,,jgn sampai apa yang i pendam selama ni i luahkan,,tolongla...1 je yang i nak ingat sikit yang my dad lagi berhak dari u,,,and buat sepupu i yang bijak dan pandai u ni bukan sapa2 bg i,,kepandaian u x kemana,,i pun belajar  jugak tapi x la sampai suruh my dad @ my mam bergolok bergadai semata2 nak belikan i sebijik laptop hhaaa so sad,,,ehh i pun ada sepupu yng belajar sama tahap ngan u tapi x pulak keluarga dia mengadai tanah @ rumah,,apa gunala duit pinjaman tu kan kan,,lgpun kata ayah kaya,,mana duit ayah,,,jgn nak tunjuk belagak,,,ye memang keluarga kami miskin hina dimata korang tapi x adala my mam and dad memajak tanah,,pastu nak cover kata my dad  makan sendiri hasil..fuck u la...jgn buat i x hormat korang..sbb bg i korang hanylah prasit,,sumpah i memang geram,,x yahla nak tunjuk mulia dan sempuran

p/s:semua yang kita ada hanyalah sementara....

Khamis, 9 Jun 2011

21/05/2011 hari yang paling bermakna

sebenarnya ni kira cerita basila,,,tapi disebabkan 3 minggu ni i sibuk sangat...dengan internet problem so x dapatla i nak share cete yang tengah hangat mcm pisang goreng ....so cete je la yang dah nak basi hahahaaa basi tu x la lagi oriet suam2 kuku k,,,,,sbbnarnya 21/05/2011 tu adalah sebahagian hari yang paling penting dalam hidup i..mungkin ada setengahnya rasa biasa2  je tapi bagi i tak,,,i rasa bertuah sangat dapat meraikan haritu dengan kawan2 yang lain,,,almaklumla 2 thn pulun segala usha dan yang paling i banggakan saat sem last,,,orng semua jawap periksa dengan tenang tapi i dengan air mata,,,bukan sbb putus cinta tapi kesakitan sbb excident,,walaupun pointer x sehebat mana tapi layak tau nak sambung belajar,,,nanti i share mcm mana blh excident sekarang ni i tengah mood nak bercerita pasal hari bahagia i..okla x nak bagi orng tertunggu-tunggu... hari yang i maksudkan ialah hari konvokesyen ...sbb apa i seronok sangat time tu,,, ye la my mam and family semua ada,,,x lupa gak ngan abah saya..thank tau pada semua yang datang meraikan hari bahagia saya...and yang paling i x sangka i jumpa someone yang i penah anggap musuh,,but now i dah boleh terima dia,,yela manusia x lari dari buat silap...esh i ni sebenarnya malas nak buat karangan panjang,,,so apa layan je la gambar2 yang ada hope fun




my frendla...dari sem 1 sampai last sem

sbnarnya x perasan pun kamera ada kat depan

sebelum pergi,,,,sempt posing tau

hahahhaa ni la muka orng lepas konvo

i and u

ngan my family

ngan abah

my frend time susah dan senang

my frend

muka bangga

dengan lecture tersayang
banyak lagi gambar nanti bila i ada masa i update lagi....mood sekarang masih terkejut and x sangka yang i dah konvo....tapi kan tapi kan i geram ada 2 mata pelajaran x masuk dalam i punya sijil so i kena fly pergi ipoh lagi BENCInya

Rabu, 8 Jun 2011

18sx lorrr,,,,


kambar sekadar hiasan
Name aku Molly. Okey. Tu bukan nama sebenar. Tu name manja. Nama glamour lah kira. Nama sebenar aku Semeon. Mana datang Molly. Well. Tu kawan kawan aku yang kasi.

Masa aku sekolah rendah dulu. Aku ada lah sorang kawan ni. Nama dia Zainab. Dia ni suka sangat belagak baik. Asek asek nak nasihat kan aku itu ini. Rimas aku kadang kadang. And bila aku ajak die ponteng kelas mule lah die kate. ‘Jangan. Allah nampak.’

Arghhh. Tension. Alah. Allah nampak. Nanti kita taubat lah kan? Apa masalah nya. Poyo lah diatu. Bila aku ada pakwa pulak. Mula lah dia nak bebel kat aku. Kata aku kecik lagi lah apa lah. tak supportive langsung. Tapi kira okey lah. sebab aku kawan ngan dia. UPSR aku dapat 5A.

So aku masuk lah sekolah lain. Dia pun masuk sekolah lain. Mula mula sedih. Gila tak sedih. Dari darjah satu kawan kan. Tapi eleh. Dah lah suka kongkong aku. So lagi banyak happy lah dari sedih.

Lagi lagi bila kat sekolah menengah aku jumpe kawan kawan yang supportive. memang aku gembira gila dapat kenal ngan dorang. Dorang support aku seratus peratus. Tu lah baru namenya kawan sejati. Lagipun dorang siyes shit memahami aku gila gila babi lah. Tak payah aku ajak ponteng. Dorang yang ajak aku ponteng dulu. So korang nak cari kawan. Cari kawan yang macam ni. Baru betul. Yang suka komen korang tu, tu bukan kawan tu. Tu menggelabah je.

Kalau dulu, si minah kampung tu tak kasi aku ada pakwa neyh. Tau tak. Kawan kawan baru aku ni. Siap carikan aku pakwa lagi. Best tau dorang. Kan aku dah cakap dorang ni supportive. Aku tak tipu kan.

Pakwa aku ni gile babi punye caring. Nama dia Amir. Kalau keluar dating. Amir mesti peluk aku gila punye kuat. Kira protective lah. Amir ni penyayang jugak orang nya. Cium aku sana sini. Memang aku suka lah. so satu hari aku pun buktikan lah cinta aku kat dia.

Lama jugak lah kami "buat" tu. Dalam setahun lebih kitorang bersama. Kalau dah asyik hari hari nak sedap je. Paham paham sendiri lah apa yang jadi kan? Tak paham lagi?

Apa jadi kemudian? Herm aku mengandung. Waktu tu aku baru nak ambil PMR. Aku menangis cerita kat kawan aku. Tapi kan aku dah cakap. Kawan aku supportive. So dorang bawak aku gi klinik gi gugurkan. Sakit memang sakit. Tapi sayang punya pasal kan. Ape salahnya. Bak pepatah. Segala galanya untuk mu.

Time tu aku masih dapat cover lagi. Tapi buat kali keduanya aku mengandung lagi. Choi! tu Amir lah. Tak nak pakai kondom. Die tak suke. So seperti biasa aku gugurkan lah lagi. Time ni aku nak ambil PMR. Time ni hubungan aku ngan mak bapak aku memang dah ke longkang. Satu je sebab. Diorang kata aku ni dah lain. Dah berubah. Kawan dengan orang yang tak betul. Aku mestilah backup kawan kawan aku kan. Aku ni setia kawan tau.

Aku tak suke lah dorang tu. Dorang tak paham aku tau. Tak macam kawan kawan baru aku. Well. Sekolah dapat tau aku gugurkan anak. So aku kene buang. Bapak aku punye mengamuk. Die halau aku keluar rumah. Mak aku menangis nangis teresak esak. Kata dia. Macam macam dia dah bagi kat aku. Tapi aku balas macam ni kat diorang. Weyh. Ada ke aku mintak apa apa? Tak da kan. So. Dah kena halau. Aku blah lah.

Ape? Sedih? Sorry lah. tak main lah sedih sedih ni. Aku lagi gembira kot kluar dari rumah tu. Dah lari rumah. Aku tak tau lah nak gi mana. Tapi selagi aku dah keluar dari rumah tu memang aku happy lah. Amir ntah mane ntah menghilang. Sejak aku mengandung hari tu. Hilang ntah ke mana. Dia dah tak datang jumpa aku. Aku try contact die pun dah tak dapat.

Biar lah. menda dah lepas. Kan. Masa aku tengah jalan jalan. Ada lah satu geng mamat neyh. Dorang ajak aku tinggal sementara kat umah dorang. aku okeyh je lah. Eh. Siyes bhaii. Dorang ni murah sangat hati. Tak payah bayar sewa. Makan minum dorang tanggung. Aku dok umah tu free je.

Malam malam. Aku layankan lah dorang. Satu satu kuar masuk bilik aku. Aku tak kisah. Alah. Benda sedap kan. Memang aku suke lah. Sangat sangat suka. Aku dok umah diorang ni dalam due bulan jugak lah. Tapi langit tak sentiasa cerah. Lepas ja dua bulan dorang cakap dorang kena pindah. Tapi tak leh nak bawak aku. So dorang hanta lah aku kat bustop dekat dengan rumah sewa tu. Sekali lagi aku tak tau nak gi mana.

Tapi tak lama lepas tu. Ade lelaki ambek aku. Nama die Rizal. Rizal kate die dah lame suke kat aku. Kalau tak silap aku. Aku pnah nampak dia ni masa aku lepak ngan Amir dulu. Well. Aku apalagi. Rezeki jangan di tolakkan?

Rizal ni lain dari semua lelaki aku pnah kenal. Dia sayang aku. Macam macam dia beli untuk aku. Even kalau aku mengandung pun. Die lah yang bawak and bayar suma pembiayaan untuk gugur anak tu. Best kan die? Dah lah caring, penyayang, and murah hati. Aku sayang gila lah kat die.

Tapi sayang sayang aku kat dia pun. Belakang die aku kenal sorang laki ni. Nama dia Husin. Dia ni hensem. Lagi pun dia ni memang “pandai” tau. Tu yang aku suke dia. Ngan dia sangat sangat “best”. Jadi tak salahkan. Alah. Bukan Rizal tau pun. Diam diam sudah. Ape? Kesian Rizal? Aku pun same. Tapi Rizal tak se'best' Husin. Ape aku nak buat. Pilihan bukan ditangan aku.

So aku ber'sama' dengan Rizal and Husin dalam lebih kurang 2 tahun jugak lah. Hebat kan aku. Tak kantoi sekali pun bhaii.

Satu hari aku rasa cam gile babi tak sehat. So aku gi lah hospital. Doctor cek sume sume. Ouh. Rupenya aku ada HIV lah. Haiyo. Apa nak buat. Aku baru umur 21. Tak lame lagi nak mati dah. nak insaf? Eh nanti lah dulu. Awal lagi ni. Baik aku enjoy hidup dulu. Esok nak mati baru lah aku insaf kan. Aku solat tak benti.

Lagipun dah aku ade HIV ni. Apa gune aku simpan sorang sorang. Baik aku bagi sekali kat Rizal dengan Husin tadi tu. Baru lah sehidup semati kan. Tapi dorang tak tau lah yang aku ada HIV. Alah. Selagi dorang rasa “sedap” dorang takkan tanye papelah.

So nasihat aku kat semua orang. Wat apa nak insaf awal awal. Esok nak mati kite insaf lah. Alah. Kalau tak sempat insaf pun okeyh ape. Leh kita jalan jalan kat api neraka dulu baru masuk syurga. Alah. Sume orang islam mesti masuk syurga kan akhirnya. Lagipun nanti dalam kubur tak lah terang sangat sampai silau mata. And leh lah maen wrestling ngan Munkar Nangkir kan??
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
cerita ni tiada kaitan @ sidiran buat yang hidup atau yang telah selamat jadi arwah
yang baik jadikan panduan yang buruk jadikan teladan

Selasa, 7 Jun 2011

sekandang babi,,semanis jari

korang pernah terfikir x pasal kuku yang panjang dan cincin di jari telunjuk....hahhahaaa korang tau x yang babi tu haram tapi dok gatal2 gak nak panjangkan kuku...ada pulak yang suka benor pakai cincin kat jari telunjuk kenapa korang nak nampak hebat ke...x yahla nak nampak hebat kat dunia sedangkan itu gaya orang yang dilaknat allah

KENAPA KITA UMAT ISLAM DILARANG BERKUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir bahasa moleknya,tapi kalau dah babi tetap babi senang sikit bg orng faham,,,kalau x tau gak PIG , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

 KALAU KORANG NAK TAHU
Jangan la korang ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak...

INFO TAMBAHAN
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

BAKAL-BAKAL COUPLE
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

KENAPA TAK BOLEH BERKUKU PANJANG
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

ة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنىاليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن
Maksudnya: "Tidak terbit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

HA PADA YANG NAK NAMPAK HEBAT X PUN YANG DOK TAKSUB DENGAN CINCIN DI JARI  TELUNJUK
MEH KITA SELONGKAR RAHSIA PEMAKAIAN CINCIN

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di: 
1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula
wallahu a'lam.

Isnin, 6 Jun 2011

Bila mak dapat menantu.....dan bila ayah asik perli menantu RM50,000.00 awak

Berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalku sendiri
Kelam seluruh jiwaku



oi pening kepala mak nak fikir macm mana blh dapat hantaran RM50.000.00 elok2 mak i x ada sakit jantung terus kena kencing manis adoi parah-parah...yang parahnya mak i kena jawab semua isu-isu semasa x kira isu politik,dan sebagai mau x terkencing mak i bila wartawan datang menerjah rumah waktu mak ngah dok posing2 ngan ayah,,,,hahahhahahaaa apa kes,,,,mesti ada yang terkejut ye la dah lama i x update tau2 i keluarkan stetment ni kan adoi yang ada hati kat i terus patah hati tapi jgn risau ni bukan kisah i...cuba korang teka ini kisah apa...ok pada yang kaki layan cerita ni mesti dia tau ni cerita apa kan kan kan,,,compom masa tenggok tajuk pun dah tau cerita apa...hahhahaaa ni la cerita kegemaran i buat masa sekarang,,,bila i balik ofice terus i balik umah x ada nak lepak2 mcm dulu semuanya gara-gara NORA ELENA hahahha mesti semua cakap aku dah agak mesti cerita ni...ye la memang cerita ni la best2kan kan kan...sebenarnya pada sapa yang layan novel dia dah tau jalan cerita NORA ELENA ni cuma jalan ceritany pengarah dah modified sikit..tapi bila korang dah baca novel dia korang lagi dapat menghayati watak2 dalam NORA ELENA ni percayalah kata i ni,,,pada yang rasa nak cari novel tapi x sempat nak pergi beli apa kata korang layan je dulu secara online KASIH YANG SUCI dah berkali-kali i baca novel ni,,,sampai dah hilang 3 kali maklumla peminjam tegar jadikan hak milik sdn bhd x pe nanti kalau i pergi lepak kat sogo boleh i try cari kat kedai buku area situ,,,,harga pun blh dapat discaount hehehehehe jimat la sikit...okla malas nak cakap banyak jom layan lagu2 ost NORA ELENA...dan jgn lupa NORA ELENA tv 3 7-8mlm...last episod 16/06/2011...
 dan pada yang rasa x faham bahasa melayu meh i tolong translate kan
(Reen)
Berikan ku waktu untuk bersamamu.... Give me time to be with
Meniti hari… Hitchcock today ...


(Erry Putra)
Tak puas bagiku .....Not satisfied me
Dan kau pun berlalu..... And you're gone
Tinggal ku sendiri… I live alone ...
Gelap seluruh jiwaku.. Dark all my soul ..


(Reen)
Ku ingin benar bersama denganmu.... I want to correct with you
Dan kau pun menjauh… And you were away ...
Tiba-tiba kini kau telah berubah .......All of a sudden now you have changed
Apakah salahku… What is my fault ...


(Erry)
Kau yang kukenali....... You are kukenali
Dan kini menjadi...... And now
Insan yang lain......... Other human
Dulu kau berjanji....... Before you undertake
Kan hidup semati ......Kan live semati
Meniti hari… Hitchcock today ...


(Reen dan Erry)
Semuanya telah berakhir........................... Everything has ended
Ku ingin benar bersama denganmu................ I want to correct with you
Dan kau pun menjauh… ......................And you were away ...
Tiba-tiba kini kau telah berubah............ All of a sudden now you have changed
Apakah salahku… ............................................What is my fault ...

Semuanya telah berakhir…............................... Everything has ended ...
Ku ingin benar bersama denganmu ................I want to correct with you
Dan kau pun menjauh…............................. And you were away ...
Tiba-tiba kini kau telah berubah...................... All of a sudden now you have changed
Apakah salahku… ............................What is my fault ...


(Reen)
Oh.. Oh .. Kasih… Love ...