Ahad, 15 Januari 2012

angan berangan

dok lepak lepak dalam bilik bukakla video koleksi koleksi sedia ada,,,,,oppps bukan video 18sx ye tapi U hehehee,,dok layan video video tu tiba tertenggok video bunga api time new year baru baru ni...memang best je,,,ha apa lagi mulala berangan,,,
mesti nak taukan apa yang i angankan,,,


i suka sangat ngan bunga api tak kirala apa jenis bunga api pun,,and yang bestnya i nak one day bila sidia nak lamar i,,i nak dia lamar ada bunga api,,,wa u ingat,,u dapat lelaki hartawan and jutawan hahaaa,,,tak kisahla tapi ini memang angan angan i....i nak saat dia cakap "sudikah awak jadi permaisuri hidup saya" ha time tu la bunga api meletus and sebelum bunga api habis i harap i boleh cakap "saya setuju" hhahahaaa so sweet tapi hanya angan angan bukan realiti,,,nak buat mcm mana i ni lebih banyak hidup dalam fantasy dari reality,,,,

p/s:realit atau fantasi yang penting hidup i sekarang dah ada matlamat dan tujuan,,,,,hope i blh jadi orang yang membanggakan amin

Sabtu, 14 Januari 2012

student time

dah lama i tak update sijantung hati,,,,bukan dah lupakan dunia blog....tapi tak ada masa nak update,,,hari hari bzy dengan dunia baru i...i baru nak sesuaikan hidup dengan keadaan ni....and now i kena lebih fokus sbb i ada tanggung jawab lain yang nak dipikul,,,,seriusly dulu time sijil boleh main main...boleh lepak,boleh merayau,,,tapi sekarang rasa mcm 24 jam tak cukup,,,serius banyak benda i perlu belajar,,and i tak boleh jadi mcm dulu,,,i kena lupakan lepak king dan sebagainya,,,,sbb i adalah contoh untuk adik adik yang lain,,,so perubahan itu penting,,,,target untuk sem ni 3.6-3.7 so kenala kerja kuat,,,,cekal takwa usaha go go goooooo i boleh....yang tak bestnya dapat amanah dan tanggung jawab baru,,,bila dah amanah kenala dilaksanakan,,,,naib setiusaha kelab ukur tanah satu jawatan besar,,,,bermakna amanah dan tanggung jawab bertambah,,,i memengang amanah sahabat sahabat yang lain kejayaan kelab ukur bergantung pada i,,,,wa mcm perdana menteri pulak hahhaaa,,,,,tapi memang betul pun jatuh bangunya sesebuah kelab itu bergantung pada kerjasama dan keyakinan pada pucuk pimpinan,,,,,i harap i mampu memegang dua amanah ini dengan sebaiknya,,,,,dengan masa yang singkat ini i harap sangat i dapat melakukan perubahan pada kelab,,,sekaligus dapat menaikan kelab ini seiring dengan kelab kelab yang lain insallah.......

p/s:i yakin dengan perancangan dari allah,,,segala yang diaturkan untuk i ada hikmah dan kemanisanya..i harap i dapat merubah diri i dan orang sekeliling i insallah...

Sabtu, 31 Disember 2011

azam 2012

Basmalah awal permulaan catatn terakhir tahun 2011 insallah esok kita akan merasai nikmat tahun 2012 diharapkan tahun 2012 lbh baik dari dari  thn 2011,,,


Azam tahun 2011 tersimpan kini buka lembaran azam 2012

1-belajar rajin tanpa ada perkataan extend @ repet

2-fokus pointer 3.2 keatas

3-nak cari duit banyak-banyak

4-akhir bulan 12 fokus nak keluarkan sebijik kereta

5-nak kurus diet and diet

6-nak berubah dari baik kepada lebih baik

7-nak buang sifat yang tak elok

8-nak tambah ramai kawan and - musuh

9-nak membahagiakan mak ayah

10-mencari kebahagian diri

And kekalkan keceriaan happy always


P/s : sebuah senyuman mampu memberi sejuta makna percayalah

Selamat menyambut tahun baru,,lupakan yang lama cari yang baru,,kerana.diri ini begitu bernilai peace


Published with Blogger-droid v2.0.2

Rabu, 28 Disember 2011

sebutir mutiata sebagai inspirasi

Mutiara Kata Inspirasi


“Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan.”

“Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.”


Mutiara Kata Inspirasi

“Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.”

“Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.”

“Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.”

“Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.”

“Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.”

“Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.”

“Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari.”

“Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.”

“Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.”


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jumaat, 23 Disember 2011

tercalarnya hati

Tak tau kenapa sejak dua menjak ni asik tersentap nak cerita takut ada yang  salah erti,,so sijantung hati nila tempatnya,,,memang i sedar derhaka seorang anak bila mengores hati kedua orang tuanya,,,tapi hati ni terlalu jahat,,selalu buruk sangka,,tapi nak buat mcm mana hati ini dah terdorong oleh nafsu lalu matila jiwa suci,,selama ni i memang sabar dan terus bersabar,,tapi akhirnya roboh juga tembok kesabaran i,,,tak kira keluarga ke kawan ke memang jarang ada time i betul betul memerlukan,,hanya air mata peneman duka,,tapi kawan gembira sentiasa ada janji ada duit,,ada duit orang pandang,,,tak ada duit orang tendang,,


P/s: so cari duit banyak banyak untuk mudah dipandang orang,,,sbb zaman duit,,ada duit kitala saudar kitala sahabat bila tak ada duit tak ada sapa pun nak pandang trust me


Published with Blogger-droid v2.0.2

Selasa, 20 Disember 2011

Ujian

6.30ptg 19/12/2011 sedih memang teramat sedih akhirnya tembok kesabaran i hancur,,,harini banyak masaalah menimpa,,,air mata ini diuji kolam mata yang ditahan akhir

Membanjiri pipi,,,kesabaran manusia ada had dan batasnya,,,i ni pun anak dia jugak tapi kenapa dari dulu i disuruh beralah sehinggakan harini i memang dah tak mampu mengalah,,pengorbanan memang menyakitkan


Published with Blogger-droid v2.0.2

Jumaat, 16 Disember 2011

johor

Johor : 16/12/2011 pukul 6.11 ptg duduk dijendela tingkat 4 wat hdu(lbh kurang mcm icu la) melawat suami kawan yang koma akibat strok,,,pengalaman pertama menjejaki kaki di bumi johor ni,,menikmati bayu laut pemisah antara johor dan singapura,,,moralnya kalau kita tak sakit tapi tenggok orang sakit jiwa kita secara automatik  turut lemah,,,


P/s: kawan kawan semua doakan suami sahabat i sihat dan menjalani kehidupan seperti sedia kala

Suami sahabat tu kena strok dan telah menjalani pembedahan membuang darah beku,,dan kemungkinan besar akan menjalani pembedahan sekali lagi


Published with Blogger-droid v2.0.2

Khamis, 15 Disember 2011

Adam Diciptakan Untuk Hawa

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula,TUNGGU & BERSABAR, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencari & mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berDOA agar Adam yang datang itu adalah Adam yang berAGAMA, berAMAL dengan agamanya dan punya AKHLAK yang BAIK. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke Syurga,,,dan adam carila  tulang rusukmu dengan sebaik2nya,,,kerana janji allah itu pasti adam dijadikan untuk hawa,,,


Published with Blogger-droid v2.0.2

Isnin, 12 Disember 2011

kita hanya manusia biasa

Seminggu ni kerja i just ajar budak baru,,,almaklumla minggu depan i nak sambung belajar,,so agak tekanan la sebenarnya ye la mengajar orang sebenarnya bukan sesenang yang kita fikir,,ada yang jenis cepat tangkap ok sikit,,kalau jenis yang sloww auuu mati mak hahahaaa,,,tapi itula lumrah alam tak semua orang dilahirkan sempurna,sebenarnya pun tak ada manusia yang sempurna right,,,so peringatan untuk diri tak ada manusia yang sempurna didalam dunia ini,,,so hati mau kena ikhlas ma,,,sbb tak semua orang tau apa yang kita tau,,tak ada bayi yang lahir terus berlari,,


P/s: i ingat budak yang ganti i ni tau guna komputer rupanya 0,,,,,cukup ke masa 4 hari yang ada ni nak ajar hmmmmmmmm no comment


Published with Blogger-droid v2.0.1

Jumaat, 9 Disember 2011

mood sambung belajar

Tua tua baru rasa nak sambung belajar kan,,dulu main main,,penat kehulu kehilir siapkan apa yang patut,,dengan nak cari pengganti lagi,,nak ajar lagi,,urusan belajar baru siap 15% c banyak lagikan benda perlu dibuat,,,20/12/2011 bakal jadi pelajar puo lagi,,berharap sangat kali ni tidak jadi mcm dulu,,


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 5 Disember 2011

berkawan biar beribu

Ok pada gadis-Gadia diluar sana i cadangkan u all berkawan biar berjuta,berkasih biar seadanya tapi kalau bersuami biar satu,,ok tiba tiba pulak mood nak berbelog,,,ok hari ni i dapat pengalaman indah buat diri i,,apa yang i nak sampaikan,pasal kawan,,berapa banyak kata kata berkaitan kawan antaranya "kawan makan kawan" tapi bukan bererti kawan makan kawan tu tak mampu nak menolong kita saat kesusahan,,,dan blm tentu kawan yang rapat dengan kita dapat membantu kita disaat kesusahan,,keikhlasan biar dari hati yang tulus bukan sekadar hanya dimulut,,,dan bila kita ikhlas berkawan,,kita dapat rasa manisnya erti pesahabatan,,berkawan bukan bererti berkorban,,,tapi berkawan adalah perkongsian dalam mencari keihlasan serta kejujuran.,,

P/s: kawan sejati itu ibarat tangan dan mata,
saat tangan terluka mata menangis. . .
saat mata menangis tangan menghapusnya. .
kawan sejati adalah kawan yg ada di saat kita senang dan susah,
kawan yang menolong kita tanpa ada rungutan.
kawan sejati adalah kawan yg tertawa bersama kesenangan dan menangis bersama penderitaan .
Pedulikan apa orang nak kata saat kita berkawan,,janji kita ikhlas allah akan permudahkan segala urusan,,,insallah

Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 1 Disember 2011

HATI OH HATI

Jika sekeping daging elok maka akan elokla daging yang lain,,,sekeping daging itu dijaga dan di pelihara dengan elok hasilnya akan hanya pembeli yang dapat menilai,,sekeping daging yang menempatkan berjuta rasa,beribu kasih itu bisa rosak jika tidak dijaga,,sekeping daging itu adalah hati,,ikutkan hati mati,ikutkan rasa binasa,hati oh hati dan kerana hati jugakla terpaksa menelan berjuta rasa,,terpaksa menelan pahitnya hempedu,,terpaksa menelan manisnya madu,,hati oh hati kenapa sukar benar aku mengerti,,yang hanya mampu ku lakukan hanyalah tawakal,,semoga diberikan kekuatan untuk aku teruskan langkah dalam menilai erti hati,,


Published with Blogger-droid v2.0.1

Isnin, 28 November 2011

manusia oh manusia

Pelik i,, kadang kadang susah nak puaskan hati orang,,,yang penting i bukan robert yang diprogramkan untuk sentiasa memuaskan hati setiap orang,,,kadang i penat sbb terpaksa menahan dan sentiasa senyum supaya orang lain puas dan terus puas,,,terpaksa dan terus terpaksa


Published with Blogger-droid v2.0.1

Khamis, 24 November 2011

CINTAILAH DIRIKU SEADANYA

Siapa pun dia,dari mana pun dia,golong apa pun dia,,yang penting dia beragama,berharta,berilmu,beramal,serta berketurunan,,sekalipun kasih kita dipertemukan oleh orang lain yang penting allah telah melorongkan perjalanan kasih kita,,,apa yang i harapkan sekarang adalah cintai diri ini seadanya,,dan i akan menerima dirimu seadanya

,,, insaallah i percaya perancangan allah adalah sebaik baik perancangan amin


Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 23 November 2011

dia pernah bertahta

Sekarang dia tenggah dalam kesusahan,,,,,doa i buat dia dan keluarga semoga tabah menghadapi ujian,,,i doakan wife dia selamat dalam pembedahan ni,,,,anak kedua dia meninggal dalam kandungan,,,mesti ada yang pelikkan why i masih sport lagi dia walaupun dia penah menyakiti hati i,,mudah je sbb dia penah bertahta dihati,,pernah memberi kegembiraan dihati,,pernah memberi senyuman pada i and pernah ada time i susah,,but now i dgn dia just member,,memang pelikkan dunia tapi itula i,pada yang tak kenal i mesti akan cakap i seorang yang sombong,pentingkan diri and semua yang kurang baik,,,tapi apa yang penting biarla orang tu sendiri menilai


Published with Blogger-droid v2.0.1

Ahad, 20 November 2011

sElamaT Pengantin baru®

fadhly dan pasangan (191120110
ziera dan pasangan (20112011)
Selamat pengantin baru buat semua,,,,,terutama buat 2 orang member plkn fadly & pasangan (19112011) serta aziere & pasangan (20112011) jujur memang sweet u all punya wedding,,tahniah semoga berbahagia hingga keakhir hayat

Wedding time

27112011 member ipb & orang kg

03122011 minggu ni ada 2 wedding,,satu member poli , satu member sekolah..kalau dekat2 tak pe ni satu kat utara,satu lagi kat selatan

11122011 weding my bff kat serendah

20122011 insallah i kembali menjadi student

P/s: Asik tenggok wedding orang je kadang2 hati pun teringin tapikan jodoh ajal maut kat tangan allah so redha je la

Published with Blogger-droid v2.0.1

aktiviti hari ahad

I bila time cuti memang malas nak kemana-mana...mesti ada yang tanya tak boringke,,kadang-kadang tu boring jugak,,tapi i lagi selesa duduk rumah,basuh baju,gosok baju tak pun jaga 10 ekor putra putri puyu..harini i masuk kebun biasala anak orang kg kan tiba tiba i jumpa cendawan busut,,ataupun orang panggil cendawan tanah,,,mahal tau hargq cendawan ni,tapi i tak adala jual buat makan sendiri pun kurang hehehehheee


Tiba tiba pulak tekek ni teringin nak makan soup cendawan,,pada siapa siapa yang teringin nak buat soup ni tak susah mana


Bahan bahanya adalah:

1peket mee maggi(apa-apa perisa mengikut kesukaan tapi yang paling sedap mee kari dengan mee soup)

Cendawan busut(boleh digantikan dengan apa apa cendawan)

Ayam@daging

Daun soup


Cara memasak:

Didihkan air,kemudian masukan ayam @ daging,bila ayam @ daging dah masak,masukkan cendawan tunggu hingga cendawan layu selepas itu masukkan mee maggi tunggunggu hingga mee itu lembut kemuadian mati api dan siap untuk dimakan mudahkan..

Daun soup letak last sekali bila api dah mati supaya dapat mengekalakan kesegaran daun soup boleh ditambah telor


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sabtu, 19 November 2011

free time


Lagi berapa minggu je i dah nak berhenti kerja,tiba tiba rasa macam sayang pulak,,,,almaklumla dah lama kerja,,lepasni dah nak sambung belajar bila time belajar banyak benda nak kena buat nak kena sekat,,,,,,,tapi ini untuk masa depan i....setahun je,,,,hope tak jadi mcm dulula..ya allah sesungguhnya sebaik baik perancangan
datangnya darimu..dan engkau berikan i kekuatan serta ketabahan dalam menghadapi dugaan mu amin ya rabbil alamin

Published with Blogger-droid v2.0.1

Jumaat, 18 November 2011

ibu.mama.umi,mamy

Tak tau kenapa semenjak dua ni asik tak boleh tdor malam mungkin banyak sangat fikir kot,,,,,,kadang-kadang sampai nak dekat subuh baru tdo,,tapi tak tau dalam banyak banyak malam,,,malam tadi rasa betul betul sayu,,,biasanya kalau tak boleh tdo i akan main game,baca novel tak pun main internet tapi malam tadi tak ada mood sangat2, mata pulak tak boleh pejam,,i pandang kiri pandang kanan tiba2 i terpandang wajah mama i,,,i tenung muka my mam sehinggalah i terasa sesuatu..tanpa i sedar ada mutiara halus mengalir di pipi,,,i tenggok muka my mam lama,,my mam dah tak mcm dulu di mukanya ada garis garis halus,,i tau my mam dah tak larat macam dulu dah tak kuat,.....i tenung sedalam dalamnya wajah my mam..orang inila yang dulu kini dan selamanya ada disaat i susah senang..orang inila yang sanggup melakukan apa sahajA UNTUK ANAK-ANAKNYA..orang inila yang sanggup menahan kemahuannya hanya semata-mata untuk anak-anaknya,,,,,orang ini akan berjaga di waktu malam untuk melihat anak-anaknya..menjaga anak-anaknya ketika sakit,,,,,,orang ini sanggup mengetepikan dirinya untuk anK dan keluarga,,,,orang ini jugala yNg bergaduh dengan ayah supaya memberi duit dan keperluan anak2,,dan orang ini sanggup melakukan apa sahaja demi sebuah senyuman anak2,,,,,,ya allah kau berikan kebahagian buat ibuku di dunia serta diakhirat,tidak terbalas jasa dan pengorbanannya walaupun ada berjuta ibu didunia ini,,,,tPi tak ada satu pun yang sama dengan my mam,,


P/S:walaupun kadang kadang sakit hati ngan my mam sbb mebebel..walaupun kadang2 geram ngan my mam sbb melebihkan adik beradik yang lain..tapi hati ibu sebenarnya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk anak anaknya..doa i buat my mam semoga my mam terus diberi kekuatan,,,dan allah selalu melindungi my mam...love u a lot mam...mood jadi sbk


Published with Blogger-droid v2.0.1

Rabu, 9 November 2011

tak sabar rasa hati




Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila) maya karin (izzah)

p/s:memang bestnovel dia,,,tapi adakah filemnya mampu menyentuh hati peminat seperti mana novelnya,,,memang tak sabar nak tenggok....peminat setia omabk rindu ni walaweeeeeeee