Isnin, 31 Oktober 2011

kebaikan ayat kerusi

Amalan Ayatul Kursi


Ayat ini diturunkan setelah Hijrah.Semasa penurunannya, ianya diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliannya. Syaitan dan Iblis juga gempar kerana adanya satu perintang dlm perjuangan mereka. Rasulullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid Tsabit menulis dan menyebarkannya.
1) Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu,setiap pagi dan petang,setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir,Insyaallah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan,kejahatan manusia,binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga,anak-anak,harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
2) Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah”, sesiapa yang mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali, maka akan dibukakan dadanya dgn berbagai hikmah,dimurahkan rezekinya,dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
3)  Syeikh Abu Abbas ada menerangkan,sesiapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya,Insyaallah Allah akan memncerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
4)  Rasullullah s.a.w bersabda bermaksud:”Sesiapa pulang kerumahnya serta membaca ayat Kursi,Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya”.
5)  Sabda Baginda lagi:”Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat,Allah memeliharanya drp kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar”.
6)  Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai Allah dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
7)  Mereka yang beramal dengan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan dan hasutan syaitan.
8)  Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
9)  Mengamalkan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanan.
10) Ayat Kursi yang dibaca dengan khusyuk,Insyaallah,akan menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
11) Jika anda berpindah kerumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu,eloklah anda membaca ayat Kuris 100 kali,insyaallah,mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar dari gangguan lahir dan batin.
12) Barang siapa yang membaca ayat Kursi apabila berbaring ditempat tidurnya,Allah akan mewakilkan 2 malaikat memeliharanya hingga subuh.
13) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang fardhu,ia akan berada dlm lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.
14) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir setiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut,dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,Allah akan memelihara akan dia keatas rumahnya,rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.
15)Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu,Allah akan menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,pahala nabi2 juga Allah akan melimpahkan padanya rahmat.
16) Barang siapa yang membaca ayat Kursi sebelum keluar rumahnya,maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
17) Barang siapa yang membaca ayat Kursi diakhir sembahyang , Allah azza wajalla akan mengemdalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
18) Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika kesempitam,nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.
*Jangan sekadar dibuat hiasan Ayatul Kursi tetapi diamalkan sebaik-baiknya.Insyaallah

Khamis, 27 Oktober 2011

sampainya hati

mungkin betul i ni terlalu lembut hati,,,sbbtu orang pijak kepala,,,memang sakit hati,,,rasa nak menangis je,, mungkin ini balasan i,,tapi i tak boleh terima,,i ingat lagi orng tu cakap dengan i,,,i ni bukan pelupa,,i ingat lagi awak cakap,,i memang betul2 terasa dengan apa yang terjadi...sedih sangat2 saat ni,,,macam2 kat dalam fikiran ni,,,dengan nak fikir masaalah belajar,,,dengan masaalah adik beradik,,,masaalah mak ayah tup tup datang pulak masaalah lain,,,,lain yang dia kata,,lain yang dia buat kalau hasil menjadi tak pe,,,ni apa put tak berhasil...sumpah i menyesal ikut telunjuk syaitan,,,padahal i bukan jenis percaya dengan benda benda syirik ni,,nila akibatnya ikut perasaan,,heheheee seriusly tak menjadi apa pun,,,tak pela ini pengajaran untuk i,,,,supaya lepasni lebih berhati hati dalam berkawan

p/s:tak pela i halalkan apa yang awak buat kat i,,,,walaupun i tak boleh balas tapi allah maha berkuasa,,,biarla,,,i anggap ini balasan untuk i kerena penah membelakangkan allah,,,i akan jadikan teladan sampai bila-bila...

Selasa, 25 Oktober 2011

Nilai Secantik

Ramai orang nak jadi cantik,,sehingga sanggup berhabisan segalanya untuk kelihatan cantik,,sehingga mengubah kejadian penciptanya,,selalunya kalau u all perasan,,orang cantik akan diutamakan,,tapi siburuk akan dikemudiankan..itulah lumrah alam..kecantikan mampu menutup dan membeli segalanya..dan bila siburuk berjalan dengan si cantik ibarat langit dan bumi,,tapi jangan selalu mendabik dada kecantikan tidak akan kekal lama..jadi hargailah diri sendiri,,hanya diri kita mampu menghargai siapa kita,,bangun jatuhnya kita bukan orang lain yang tentukann,,tapi kita sendiri,,moral of story cantik bukan segalanya..cantik hanya pekej pinjaman yang allah berikan kepada kalian,,jadi hiasilah kecantikan dengan keimanan,ketaqwaan serta terapkan nilai2 islam dalam diri,,yAng paling penting kerana diriku begitu berharga
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

BILA HARUS MEMILIH

terus terang i paling benci untuk memilih,,,,takut salah memilih,,,kadang-kadang A yang kita harapkan tapi hasilnya B,,,dan kadang-kadang kita rasa B adalah yang terbaik rupanya A lebih sempurna.....i bukan seorang yang pandai memilih,,,i akan menceri kesempurnaan tapi kadang2 kesempurnaan dapat memalsukan penglihatan kita sehingga kita lupa pada kebaikan,,,



p/s:mood dalam delama sama ada untuk memilih keluarga,@ masa depan

Jumaat, 21 Oktober 2011

Maksud surah alfatihah

(1) Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus.

(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
 
CINTA Umpama Menunggu Bas
 
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, u all  tengok bas itu dan u all kata pada diri u all,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi,u all katakan pada diri u all, "saya akan tunggu bas yang lain.” u all pun biarkan bas tu berlalu dan u all tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. u all tengok bas itu dan u all akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, u all pun biarkan bas buruk itu berlalu dan u all bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini u all kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik i tunggu bas yang lain.”


Dan sekali lagi u all biarkan bas itu berlalu dan u all bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru u all perasan yang u all sudah terlambat rupanya. u all mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah u all sedar bahawa… u all dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini u all dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang u all hendak.


Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah u all dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk u all? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang u all idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya u all dapati “bas” itu tidak sesuai dengan u all, apa yang perlu u all lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.


p/s:Tapi… i pasti u all semua tentu ada pengalaman yang macam ini. u all nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang u all nanti- nantikan), u all tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak u all dan terus berlalu tinggalkan u all!

warisan hawa,,,






Lirik Lagu Tema Ustazah Pilihan: Warisan Hawa

Kelembutan bukan nya tanda kelemahan
Di sebalik wajah tersirat hati tabah
Akur bukan bererti tiada pendirian
Wajarnya berfikir sebelum membimbing

Dengan harapan murni

Warisan hawa
Berdiri di samping dengan setia
Membimbingmu dengan ketulusan
Hati berpedoman

Didik wanita
Terdidik generasi yang mulia
Menimba amalan penuh taqwa
Memegang amanah warisan hawa

Titis air mata bukan tanda kecewa
Sebaliknya bangga dilimpah pengalaman
Ikhlas berbakti menuntut kehendak agama
Semoga diredha melangkah ke depan

Dengan harapan murni

Khamis, 20 Oktober 2011

Apa Nak jadi Ni

U all nilaikanla sendiri I malasa nak cakap..gambar ni I ambik kat oh bulan,,maklum peminat setia ohh bulan hehehheee

kadang2 belajar tinggi-tinggi lagi akai tak adakan,,dunia dunia,,orang dulu tak belajar pandai2 pun tapi kesopan kesusilan tetap ada,inila zaman duit,,sehingga lupa asal usul dan agama,,I pun bukan sempurna mana,sikit pun I tak cemburu mengkome nak buat apa,,tapi ingatla kita seagama yang mana salah kenala tegur,,mcm tu jugak I kalau ada buat salah tegurla,,even kalau u all dah tegur sekurang2 u all dah terlepas satu dosa wallahualam..

P/s:zaman nenek moyang kita dulu tak adala mcm ni tapi diorang bahagia hingga ke anak cucu,,zaman sekarang 2 3 bulan kahwin cerai,,so apa maknanya tu renung-renungkan dan selamat malam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

UPDATE BLOG VIA BLACKBERRY

 
HAHHAAA itula mak dah pesan ayah dah bilang kalau tak tau jangan bodoh sombong akhirnya dah penat i menggodek godek bb ni akhirnya dapat juga i cara nak update blog guna my bb,,
ramai yang dah tahu tapi i nak share jugak,

ok mula-mula ambik bb u all pastu:
pergi Setting pada blogspot dulu :
  1. Pergi pada Posting Options
  2. Pada Email Posting Address : gantikan perkataan contoh tu..u all tukarla pada perkataan yang u all nak guna * address ini akan diguna kan utk u all post/publish entry u all dari Blackberry.
  3. Pilih Publish emails immediately
  4. Then SAVE

Then pergi pada Blackberry u all utk SETTING EMAIL

  1. SETUP > EMAIL ACCOUNTS > INTERNET MAIL ACCOUNT > SETUP EMAIL ACCOUNT
  2. Akan keluar list Yahoo..Gmail..AOL, Windows live..& Other..
  3. Pilih salah satu acc email ape yang u all nak guna – mcm i guna @yahoo.com
  4. Masukkan email address, & password email u all mcm biasa, cth kalau guna yahoo, u all masukkan username & password yang sama, mcm korang enter email korang.
  5. Kalau u all pilih mcm i tu, just ikut je flow dia.
  6. Bila dah habis setup email acc, pergi balik pada home & u all akan nampak icon baru, cth : hantukaklimah@yahoo.com kalau u all setup yahoo..dia keluar yahoo lah..
  7. Then masuk pada hantukaklimah@yahoo.com, u all akan rcvd activation server.
  8. Dah boleh lah nak cuba post entry korang dari Blackberry :)
  9. Cara-cara dia, pergi pada hantukaklimah@yahoo.com tu, then tekan imagepilih Compose Email
  10. Pada ‘To’ : u all letak kan email posting address yang u all setup mula2 tadi kat blogspot setting email&mobile tu
  11. Pada ‘Subject’ : Korang letak tajuk entry korang.. then tulis lah entry korang mcm biasa kat tempat kosong kat bawah subject tu.
  12. Nak insert gambar, pergi padaimagethen pilih attach. Nak post, tekan jeimage then SEND, siap!
  13. Selamat mencuba!

Test test 123 test
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 19 Oktober 2011

hatiku

gambar masa saya kecik kecik hehehehee

comelkan budak ni,,,,hehehee i memang like budak comel comel ni,,,i suka tenggok muka budak kecik muka yang tak ada dosa suci je ,,,kalau dipandang sejuk je mata,,kalau balik kerja tenggok muka anak heheee jujur mesti penat hilang,,,coz dulu i pernah jaga budak...mak ayah diorang selalu cakap,,,kalau penat tenggok muka anak2 terus hilang letih,,,sama jugak ngan i,,bila i balik umah tenggok muka anak buah terus rasa segar,,,isunya sekarang bukan sekecik ni,,, i nak cerita sikit pasal kehidupan i...dulu i mcm budak ni la,,,i lahir 29 mei  bersamaan 1 syawal...pukul 12.30 tenggah hari,,mak i cakap dalam adik beradik i la paling besar sekali sampai nak bawak maut kat mak i,,,hehehee,,,tapi mak i cakap dalam adik beradik i la yang paling senang di urus,,senang dididik,,tapi bila dah besar mak i selalu makan hati ngan i,,secara jujurnya i nak balik zaman dulu,,,banyak beza antara zaman dulu ngan zaman sekarang,,i yang dulu pandai berdikiri,,pandai hidup sendiri,,kami semua ada 5 beradik,,semuanya kena kongsi so i kenala hidup sendiri lepas je i habis belajar,,i dapat sambung belajar kat KL 3 thn i berkampung kat KL,,kemudian i merantau pulak ke ipoh,,sepanjang 6 thn ni banyk sangat benda yang berubah dalam hidup i,,semuanya berubah,jujurnya i rindu diri i yang dulu,,dulu i pelangi,,,hidup i berseri,,tapi sekrang walaupun i ada segala-galanya tapi i rasa hidup i kosong,,,dan i rasa i semangkin jauh dengan allah..
apa yang penting masa tidak akan kembali....

Selasa, 18 Oktober 2011

the time


"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
 
Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya....

BUAT KAKAK KU FARHANA ALHAM


salam takziah i ucapkan buat kak far,,hope dia tabah atas ujian yang menimpa dirinya,,semoga dia kuat menempuh hari esok,,dan i berharap semoga pembedahan esok berjaya,,untuk adiknya semoga kuat melawan penyakit ini,,ingatla setiap ujian dan dugaan itu datangnya dari allah,,mesti ada hikmah disebalik semua ni,,,jangan merungut atas ujian ini,,berterima kasihla kepada allah kerana memberi ujian ini kepada kalian...untuk melihat ketaqwaan kalain terhadap allah,,,kami disini mendoakan semuanya selamat dan kembali seperti sedia kala,,,


p/s:kak far ni seorang ketua yang memahami anak bauahnya,,dia blh jadi sahabat,boleh jadi kawan,dan kadang-kadang dia blh jadi ibu hehehe,,now adik dia sakit saraf dan perlukan pembedahan segera,,,doakan semuanya berjalan dengan lancar ye,,,dan bila orang yang agak rapat dengan kita dalam kesusahan mestila kita pun akan rasa sakitnya,,,,berat mata memandang berat lagi bahu memikul,,,and now mak ayah kak far ni kat mekah menunaikan haji....some time walaupun kita ada orang yang tersayang tapi takkan sama ngan family,,,memang berat beban yang ditanggungnya,,,hope dia tabah,,,,,

Isnin, 17 Oktober 2011

JOM DIET (TIP DIET)


  1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
  2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
  3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
  4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda. Gunakan laman web seperti Cekodok.com untuk panduan percuma.
  5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
  6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
  7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
  8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
  9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
  10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.

11-20: Senaman

Senaman sepatutnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan. Tak perlu mencari trend senaman yang terkini. Yang penting anda mencari senaman yang serasi dengan gaya hidup dan minat anda.

11.Senaman tidak wajib! Kalau anda ingin mengurankan berat badan, senaman sebenarnya tak wajib. Tapi ia dapat membantu mempercepatkan usaha anda
12.Angkat berat! Tak kira jantina dan umur Pastikan anda include senaman angkat berat dalam program senaman anda. Kenapa? Kerana ia membantu kuatkan otot, tulang, sendi-sendi dan akhirnya kalau anda dah kurus pun, sudah tentu anda inginkan badan yang kental kan? :) 
13.Pentingkan kualiti senaman. Senaman bukan hanya bergantung kepada kuantiti tapi yang paling penting adalah kualiti senaman anda. Pastikan anda mahir dalam persediaan dan pelaksanaan senaman anda. Kalau tak pasti, dapatkan panduan yang bernas daripada mereka yang mahir.
14.Pastikan anda bakar lemak dan bukannya glukos. Jika anda berjogging atau bermain badminton dengan harapan membakar lemak, pastikan anda elakkan minuman seperti Milo, 100Plus or Gatorade.
15.Tak perlu hari-hari. Jika bersenam, tak perlu hari-hari. 2-4 kali seminggu cukup. Biarkan badan anda rehat dan pulih … penting kualiti senaman.
16.Inginkan perut yang kempis? Crunches dan peralatan abs sebenarnya tidak berkesan kerana selagi otot abs dan diliputi dengan lapisan lemak, maka otot abs anda tidak akan menonjol. Fokuskan usaha anda kepada senaman kardio dan penjagaan pemakanan untuk membakar lemak.
17.Semanan untuk toning? Lebih kurang macam tip 16. Senaman semata-mata tak ke mana. Usaha anda perlu digabungkan dengan pemakanan yang baik untuk membakar kalori (lemak).
18.Yoga untuk kuruskan badan? Tak juga. Yoga memang sesuai untuk flexibility dan ketenangan tapi untuk senaman kurangkan berat badan, kardio jauh lebih baik.
19.Sauna dan bilik steam room? Kedua-dua boleh membantu mambakar kalori dan buang air. Tak menjadi masalah anda mengunjunginya.
20.Seks sebagai senaman? Yup sudah tentu. Aktiviti seks adalah contoh senaman yang sememangnya banyak membakar kalori dan juga dapat mengurangkan stres.

21-25: Suplemen dan makanan tambahan

Jika digabungkan dengan diet dan senaman asas yang baik, suplemen dan makanan tambahan bantu mempercepatkan usaha anda kurangkan berat badan. Tapi … pastikan anda tidak tertipu dengan gambar sebelum dan selepas.

21.Pil cepat kurus? Tak kira di mana dan harga, tiada pil ajaib yang boleh mengurangkan berat badan, bakar lemak tanpa gabungan pemakanan asas yang baik. Mustahil.
22.Adakah pembakar lemak berkesan? Secara teori yes. Peranan pembakar lemak adalah untuk menaikkan metabolsima badan anda melalui ramuan seperti caffeine dan guarana. Jadi dengan pembakaran kalori berlebihanan ini, anda dapat mengurangkan berat badan. Tapi nasihat saya, jangan bergantung kepada suplemen mana2 untuk jangka masa panjang.
23.Ingin kurangkan 1kg? Anda perlu bakar atau membuang 7,700 kalori samada melalui makanan, senaman ataupun gabungan kedua-dua.
24.Suplemen protein merupakan pilihan yang baik sebagai snek antara hidangan. Suplement protein rendah dari segi kalori, mudah dibeli dimana-mana dan boleh disimpan di pejabat mahupun di rumah.
25.Dapatkan suplemn multivitamin yang baik. Kekurangan micro-nutrisi boleh menyebabkan nafsu makan anda naik. Jadi pastikan anda mempunyai suplemen multi-vitaman yang bersesuain dengan jantina, umur dan gaya hidup anda yang unik.
26.Herbalife adalah contoh makanan pengganti ataupun meal replacement. Walaupun ia dapat memberikan anda kesemua keperluan khasiat untuk suatu hidangan, ia mahal dan saya tak syorkan anda serahkan nasib berat badan anda kepada produk suplemen mana-mana. 


p/s:jom kita diet start hari ni...akhir bulan kita tenggok hasilnya menjadi ke tak,,,ok now berat i dah over so i nak diet almaklumla nanti bulan 11 big day nanti takut my incik hati kutuk,,walaupun dia blh terima i seadanya tapi penampilan kena dijaga

Jumaat, 14 Oktober 2011

tak tau nak cakap apa

pagi tadi i pergi bank ngan my sis,,,i nak buat persenol loan,,,yang buat i geram,,kenapa pihak bank ni susah sangat nak bagi pinjam duit dia kat orang awam,,,nama bank easy tapi susah ya amat,,u no mcm mana la rakyat tak pinjam kat along,kak young, and sewaktu denganya,,proses dia lg mudah walaupun nyawa dijadikan taruhan tapi kalau dah pandai pinjam pandaila pulang,,kalau i sendiri pun marah time pinjam janji bukan main lagi,,,time pula alasan banyak,,,ni la rakyat malaysia,,,tapi di sbbkan segelintir orang lain pulak terima padah,,,now i kena tunggu 3 bulan untuk buat permohonan  baru...so impian untuk beli kereta sendiri musnah hampagas betul

Isnin, 10 Oktober 2011

SURAT UNTUK SIJANTUNG HATI

Alhamdulilah keadaan telah kembali seperti dulu..Mungkin kasih ini masih kuat untuk my incek hati,,tapi semua itu ditanggan Allah,,,Sekuat mana pun kita marancang hanya perancangan dari Allah yang benar baik buat kita,,,kita telah melaluinya selama setahun,,i masih pegang janji u,,tapi i percaya jika benar perancangan allah dan adam adalah untuk hawa...maka i akan terima jodoh dari allah ini sebagai amanah,,sebaik baik perancangan adalah dari allah,,kita hanya mampu merancang tapi segalanya telah ditentukan,,dan sekiranya u adalah jodoh yang telah allah kirimkan kepada i...maknanya u adalah yang terbaik buat i...berpegang kepada prinsip yang i pegang allah akan memberikan kita orang yang salah sebelum memberi yang terbaik untuk kita,,,i harap u akan menghargai peluang yang i telah bagi kat u,,,dan i harap seandainya antara kita tiada jodoh mohon jangan ada sengketa,,,,sekalipun kesalahan itu terletak dekat i @ u...dan jangan pernah menyesal atas keputusan ini,,percayalah mungkin ada hikamahnya,,,,
untuk my incik hati ketahuilah bahawa manusia itu tidak ada yang sempurna, begitu i,,,i bukan wanita sempurna yang diidamkan oleh lelaki,,tapi i akan cuba buat yang terbaik untuk u,,,begitu juga i,,akan menerima u seadanya,,,dan i tidak pernah akan memandang kisah silam u,,,i menerima u seadanya,,,kerana bagi i sekali i dah melangkah,,tiada lagi perkataan menyesal,,,i harap u faham
ketahuilah my incik hati bahawa hidup jantung tidak akan sempurna tanpa kehadiran hati ....


p/s:kadang2 berpisah sementara adalah jalan yang terbaik mungkin akan ada pelangi di petang hari

Rabu, 5 Oktober 2011

~CORETAN HATI~


i ingin menjadi pelangi,,
dan i sedang berusaha untuk menjadi pelangi kepada semua orang,
walaupun kadang2 pelangi jarang kelihatan,
tapi i tetap ingin menjadi pelangi

i ingin menjadi pelangi indah 
yang sentiasa memberi keceriaan kepada semua orang
walaupun kadang2 pelangi hanya muncul selepas hujan
tapi i tetap ingin menjadi pelangi

i ingin menjadi pelangi indah
pelangi kembar,selepas hujan
walaupun jarang kelihatan
tapi i tetap ingin menjadi pelangi

  • i akan tetap tertawa walaupun sebenarnya ingin menangis
  • i akan tetap TERSENYUM walaupun sebenarnya kecewa
  • i akan tetap KUAT walaupun sebenarnya sudah TIDAK SANGGUP lagi
  • i akan tetap SEMANGAT walaupun sebenarnya TERTEKAN dengan masaalah
  • i akan tetap BERSABAR  dan memandang segalanya baik2 saja walaupun sebenarnya hati i LEMAH dan sedang TERLUKA,,
  • Dan yang terpenting i tau ini semua ada hikmahnya walaupun kadang2 i jatuh,i akan cuba bangun,i cuba merawat sendiri luka ini tanpa ada sapa tahu yang hati didalam terlalu terseksa,,,
sbb itu i ingin menjadi pelangi,,,

P/s: i yakin suatu saat allah akan menghadiahkan kita pelangi indah selepas hujan,,,
jangan disangka panas hingga kepetang
dan jangan di duga hujan  hingga kemalam
disuatu saat allah akan menghadiahkan pelangi petang
untuk kita menghargai nikmatnya