Jumaat, 21 Oktober 2011

 
CINTA Umpama Menunggu Bas
 
Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yang menunggu bas. Bila bas itu datang, u all  tengok bas itu dan u all kata pada diri u all,”Eee…penuhnya… tak ada tempat duduk.” Jadi,u all katakan pada diri u all, "saya akan tunggu bas yang lain.” u all pun biarkan bas tu berlalu dan u all tunggu pula bas yang lain. Kemudian, datang pula bas yang kedua. u all tengok bas itu dan u all akan cakap, “Eee… bas ni buruk sangat… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, u all pun biarkan bas buruk itu berlalu dan u all bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yang datang itu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yang tadi tapi kali ini u all kata, “Emmm… .tak ada air-cond… cuaca pulak panas. Lebih baik i tunggu bas yang lain.”


Dan sekali lagi u all biarkan bas itu berlalu dan u all bercadang untuk menanti bas yang seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru u all perasan yang u all sudah terlambat rupanya. u all mula panik dan terus naik bas yang datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah u all sedar bahawa… u all dah naik bas yang salah. Jadi, selama ini u all dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yang u all hendak.


Walaupun yang datang itu adalah bas yang berhawa dingin, adakah u all dapat pastikan bahawa bas itu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas itu tak terlalu sejuk untuk u all? Jadi, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yang u all idamkan itu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya u all dapati “bas” itu tidak sesuai dengan u all, apa yang perlu u all lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas itu.


p/s:Tapi… i pasti u all semua tentu ada pengalaman yang macam ini. u all nampak sebuah bas datang (tentulah bas yang u all nanti- nantikan), u all tahan bas itu tapi pemandu bas tu pula buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak u all dan terus berlalu tinggalkan u all!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan