Isnin, 28 Mei 2012
kasih sayang
Dia semangkin tua..dia semangkin lemah,,kudrat yang ada dikerahkan demi keluarga tercinta,baginya dia nakhoda tanpanya karamlah kapal..disisinya berdiri seorang insan yang tabah memberi semangat pabila dia hampir rebah..disaat si anak masih dibuai mimpi indah dia berjaga demi mencari sesuap nasi untuk keluarga..baginya kebahagian anak adalah segalanya...dengan kudrat tuanya sanggup bersengkang mata untuk anak-anak..dia tidak kaya tapi dia mampu membesarkan anak-anak dengan tulang 4 keratnya..apa kehendak anak sebolehnya diturutkan...biar di poketnya tinggal beberapa ringgit sanggup diberikan kepada si anak..dia tidak punyai pelajaran hanya setakat darjah 6 dan impianya si anak tidak mengikut jejaknya..hari berlalu dia tidak punyai simpanan si anak perlukan duit dimana harus dicari demi si anak yang disayangi..lalu dihulurnya emas yang ada demi si anak tercinta..biar dia berlapar janji si anak kenyang biar dia bersusah janji si anak bersenang..pesan dia "ayah tiada berharta tapi ayah telah berikan ilmu sebagai harta didunia dan diakhirat"..
P/s: terima kasih mak ayah kerana menjaga kami 5beradik memberikan kami ilmu.menyediakan kami makan pakai tempat tinggal tidak ada 1kurang pun...sehingga kami besar dewasa..terima kasih atas kasih dan sayang mak ayah yang tidak terhingga semoga allah dapat membalas jasa mak ayah...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan