Khamis, 21 Jun 2012

LAYAKKAH KITA MENDAMBAKAN SAHABAT


 Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjali

Alhamdulillah,masih diberi kesempatan untuk menulis lagi... Cuba anda tarik nafas dalam-dalam...kemudian hembus... Kalau anda boleh lakukannya, berSYUKURlah kerana disaat anda menghembuskan nafas anda tadi,hakikatnya ramai manusia diluar sana yang menghembuskan nafas mereka buat kali terakhir...

Dalam hidup ni,kita kena pandai pilih sahabat...bukan 'kawan' tapi 'SAHABAT'... Kawan ada dimana-mana tetapi sahabat sangat sukar dicari.... Sebab apa? Bagi I, kawan adalah orang yang kita kenal, yang ada bersama kita ketika kita senang dan gembira... Tetapi SAHABAT, sentiasa ada disamping kita dikala kita susah, senang, kaya, miskin, sedih, gembira, dan dalam semua keadaan...Setuju?

Kalaulah kita diberi peluang untuk mencipta seorang SAHABAT, mesti kita nak yang baik-baik aje pada sahabat kita tu kan? Kita mesti nak sahabat yang :

- memahami hati kita
- tolong kita diwaktu susah
- menjadi tempat kita luah dan kongsi perasaan
- boleh pimpin kita ke syurga
- boleh tegur kita jika kita buat salah
- tidak pernah mengguris hati dan perasaan kita
- dan macam-macam lagilah... Betul?

Kalau aku pun, aku nak juga sahabat ayng macam tu... Tapi, cuba kita fikir balik, layakkah kita mendapat sahabat yang macam tu?
Kita nak sahabat yang memahamai kita, tapi kita fahamkah perasaan kawan kita?
Kita nak sahabat yang sentiasa boleh tolong kita, tapi kita selalukah membantu kawan kita?
Kita nak sahabat yang tidak mengguris hati kita, tapi kita jagakah hati dan perasaan kawan kita?

Renung-renungkanlah.... Kalau kita nak dapat sahabat yang baik,kita kenalah jadi seorang sahabat yang baik juga...dan... adakah kita ini sudah menjadi sahabat yang baik???

Cuba tanya diri kita, nak tak kita berkahwin dengan diri kita sendiri...Aik,macam pelik je bunyi nye...hehe

Ok, cuba bayangkan kita berada disuatu tempat... Suatu ketika, kita terjumpa seorang manusia yang rupanya sama macam kita dan perangainya juga sebiji macam perangai kita. Katakanlah orang yang kita jumpa tu berlainan jantina dengan kita,mahukah kita berkahwin dengan orang itu... Kalau kita tengok perangai orang tu, gerak-gerinya dan sifatnya itu yang sebiji dengan kita, sanggupkah kita berkahwin dengannya? Muhasabah lah diri sendiri ye...Hanya kita yang tahu macam mana baik buruk perangai kita...

Ingat, sahabat yang baik adalah apabila kita melihat wajahnya, muncul perasaan tenang dan ingatkan Allah. Apabila mendengar kata-katanya,bertambah ilmu agama kita. Apabila melihat gerak-gerinya, kita teringat akan kematian...

Salah satu golongan yang masuk syurga ialah dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah... tak nak ke jadi golongan yang tu

P/S:jangan asik mengharapkan kesempurnaan sahabat tanpa kita sedar,,sebenarnya banyak lagi yang kita perlukan untuk menggembirakan hati sahabat kita,,,ibarat cubit peha kiri peha kanan yang terasa,,sahabat adalah sebahagian dari anggota kita...sucikan hati tenangkan jiwa tepuk dada tanya selera,,,sahabt @ kawan yang kita perlukan...setiap  manusia ada keburukannya,,,jadi terimala sahabat seadanya sebagai mana dia menerima setiap kebaikan dan kelemahan kita

NOTA BUAT SAHABAT


SEANDAINYA DIKAU BERTEMU SEORANG KAWAN,

YANG SANGGUP BERSUSAH ATAS NAMA KESETIAAN,
MENDAHULUKAN ATAS NAMA KEBAJIKAN,
MENYIMPAN KEAIBANMU ATAS NAMA KEJUJURAN,
MEMPERCAYAIMU ATAS NAMA KEIKHLASAN,
 MENEGUR KELEMAHANMU ATAS NAMA KEBAIKAN,
MEMENDAM RASA TERKILAN DEMI MENJAGA PERASAAN,
DIA BUKANLAH SEORANG KAWAN,
TETAPI ADALAH SAUDARA DAN SAHABAT,

TAPI..
SEKIRANYA TIADA,
DIKAU JADIKANLAH AKU INSAN SEBEGITU..

Tentang kawan & sahabat.Memang kawan bersinonim dengan sahabat.Tapi I lebih suka merujuk pada definisi yang diberi Dr Tuah untuk memahami dua perkataan ni.Lupakan saja 'friend'.Perkataan tu terlalu klise dan sekarang, bagi I tak cukup indah untuk dirujuk kepada sahabat.Sebab tu I lebih senang mengatakan I tak ada 'friend'.Yang ada hanyalah 'mate' atau kenalan yang perlu sentiasa diawasi sebab berkemungkinan besar golongan ini akan menjadi 'enemy'. Tapi,mungkin juga sahabat boleh menjadi 'enemy'.(?)Kurang risikonya.

Kawan (friend)dan sahabat.Kata Dr Tuah,ada beza antara kawan dan sahabat.
"Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala
kita amat memerlukan dia.Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan
sedia bersama kita dalam semua keadaan;susah ke,senang ke,sahabat
tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak)



Macam yang diperihalkan Dr Tuah,tugas seorang sahabat yang boleh diyakini ialah menunjukkan kekurangan kita agar dapat kita sedar kelemahan kita,tetapi dengan cara memberi pandangan yang adil,mengkritik dan menasihat,bukan merendah-rendah,memperlekeh,apatah lagi mengumpat belakang. 

 Atau sahabat yang membuat kita rasa lebih kenal diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik.Mungkin hanya dengan baris-baris kata atau perlakuan yang dapat kita contohi.
Mungkin kita pernah dengar pepatah Arab ini:"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan api akan mencarikkan baju kita."

I bersyukur sekali ditemukan dengan sahabat yang banyak mempengaruhi I untuk mencintai ilmu.Seperti mana dia yang luas pengetahuannya,begitu juga I ingin menjadi sepertinya.Mungkin I taklah sehebat dia,tapi Alhamdulillah,memang I terasa tempiasnya. Seorang sahabat akan berusaha menegur,tapi dengan hikmah.Seperti seorang sahabat menegur I tentang cara penulisan, tatabahasa,kefahaman  I yang selalunya  'tidak boleh diterima'.Dia membuatkan I sedar kesilapan I ,bukan kerana dia terus menghentam I ,tetapi kritikannya disusuli nasihat bermakna.


P/S : Dr Fadzilah Kamsah ; " Tak mengapa tinggalkan kawan-kawan kalau itu mendekatkan kita pada ALLAH".Faham-fahamlah.Kalau kawan itu mulutnya sentiasa berkata perkara tak baik,jika kita selalu bersamanya,tak mustahil kita juga menanggung dosa akibat perkataannya itu.Jadi,kalau nasihat pun tak jalan,kita jelah yang jalan.LEBIH baik kita berundur jika pasti kawan itu bukan yang terbaik buat kita,,kawan yang hanya mampu ada disaat kita senang,,dan kawan yang memburukkan kita hanya untuk mendapatkan secebis kasih dan simpati dari orang,,,lbh baik bersendiri dari makan hati berulam jantung

"100 kawan atau 1 sahabat?"
-I pilih sahabat.