Isnin, 24 Disember 2012

resepi crape durian

orang dok cerita pasal crape durian bagai mula2 i ingat apala bendanya sampaila roomate i beriya nak buat,, orang cakap kalau x cuba x tau susah ke senang,,sampaila member i ni naik feadup nak buat dia punya kulit,,,akhirnya cikgu umi gak yang datang membantu,,,sebenarnya x la susah mana buat crape durian ni first time buat memang susah bila dah 2,3 kali buat alah bisa tegal biasa,,thank 4,kradit resepi

barang-barang yang diperlukan. 
  

- 250 gram tepung gandum
- 400 ml santan
- 3 biji telur
- 1/2 sudu kecil garam
- pewarna kuning telur
- vanila esen
- sedikit butter
- whipping cream
- isi durian



tuanggg je semua santan, telur, tepung gandum, 1 sudu kecil esen vanila, 1/2 sudu garam dan 1 sudu kecil pewarna kuning telur dalam stand mixer. kaw tunggu sampaii adunan tu sebati. cantik kan warna dia? (-____-)

lepas dah siap, jangan lupa tapis and tuang adunan ni dalam bekas lain sebab kita nak pukul whipping cream pulak. tapis adunan tadi sebab taknak bagi kulit crepe tu nanti menggelembung macam naik chicken pox. ;p masukkan sedikit gula secukup rasa bersama-sama dengan whipping cream tu.


ok dah siap step bahan-bahan. sekarang, panaskan non stick pan. letak butter sikit. sikitttt je. bukak api slow slow dah nanti rentung. tuangkan 1 senduk adunan yang dah siap warna kuning tadi dan cepat-cepat goyangbiar adunan tu merebak-rebak untuk dia jadi senipis mungkin. alah, macam buat lempeng je sebenarnyaaaa. nama je bercrepe bagai. ;p kuikuikui. 

dah siap buat kulit dia, sejukkan dia sekejap lepas tu baru letak whipping cream and isi durian dekat tengah2 kulit crepe tu. oh sebelum terlupa, kulit crepe goreng sebelah je tau. tak perlu terbalikkan untuk goreng dua dua belah. bahagian yang tak terbalikkan tu akan jadi kulit luar crepe bila dah siap nanti sebab dia tak nampak kesan kuali. lepas dah letak isi dekat tengah-tengah tadi, bungkus la dia secantik mungkin. 

tada ni la hasil crape durian i...
lain tangan lain hasil lain rasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan