Selasa, 7 Jun 2011

sekandang babi,,semanis jari

korang pernah terfikir x pasal kuku yang panjang dan cincin di jari telunjuk....hahhahaaa korang tau x yang babi tu haram tapi dok gatal2 gak nak panjangkan kuku...ada pulak yang suka benor pakai cincin kat jari telunjuk kenapa korang nak nampak hebat ke...x yahla nak nampak hebat kat dunia sedangkan itu gaya orang yang dilaknat allah

KENAPA KITA UMAT ISLAM DILARANG BERKUKU PANJANG

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,
dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss
khinzir bahasa moleknya,tapi kalau dah babi tetap babi senang sikit bg orng faham,,,kalau x tau gak PIG , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku
yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk
kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

 KALAU KORANG NAK TAHU
Jangan la korang ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak...

INFO TAMBAHAN
Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

BAKAL-BAKAL COUPLE
Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

KENAPA TAK BOLEH BERKUKU PANJANG
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

(Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:

ة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنىاليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن
Maksudnya: "Tidak terbit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."))

HA PADA YANG NAK NAMPAK HEBAT X PUN YANG DOK TAKSUB DENGAN CINCIN DI JARI  TELUNJUK
MEH KITA SELONGKAR RAHSIA PEMAKAIAN CINCIN

Rasulullah s.a.w. ada mengingatkan menantunya Sayidina Ali k.w. sebaik mengahwini puteri baginda Sayidatina Fatimah r.ha. Baginda berpesan kepada Sayidina Ali, jika memakai cincin, pakailah di: 
1. Jari manis
2. Jari kelingking

Rasulullah s.a.w. menegah memakai cincin pada jari tengah (jari hantu) dan jari telunjuk. Kenapa? Kerana ia menyamai cara kaum Nabi Lut berhias. Kaum Nabi Lut itu ialah kaum dilaknati Allah kerana derhaka kepada-Nya.

Justeru, sama ada anda lelaki atau perempuan, ikutlah sunnah nabi s.a.w. apabila berhias memakai cincin. Bukan sahaja jari manis dipandang, malah dapat pahala pula
wallahu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan