Selasa, 26 Julai 2011

24 september perkahwinan mencecah 12 juta



KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza, 23, melakar sejarah tersendiri menjadi artis tempatan pertama mendapat kesempatan berharga menyarung dua kasut rekaan eksklusif Prof Datuk Jimmy Choo pada majlis resepsi bertemakan Rafflesia Pearl Wedding 28 September depan. 

Majlis yang akan dilangsungkan di Hotel Crowne Plaza Mutiara itu bakal mengetengahkan konsep kota New York. Malah, turut mengejutkan Memey dan bakal suaminya, Norman Hakim, 35, kos keseluruhan majlis tajaan Rafflesia The Pearl Centre itu dianggarkan melebihi RM12 juta.

Pada sidang media yang diadakan semalam, Rafflesia turut memaklumkan akan menyediakan dua persalinan bertatahkan mutiara yang setiap satunya bernilai RM500,000, dua set barang kemas masing-masing bernilai RM2.8 juta berupa anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.


“Semuanya bagaikan mimpi. Tak sangka pula kerjasama saya dan Norman selama ini dengan Rafflesia The Pearl 
Centre termasuk Lord’s Tailor membuka peluang untuk kami diraikan sedemikian rupa. Ia kami umpamakan seperti kerjasama dua hala atau situasi menang-menang. 

“Lebih mengujakan saya ialah dapat menyarung kasut rekaan Jimmy Choo. Seperti yang kita sedia maklum, beliau pernah mereka kasut untuk mendiang Lady Diana dan selebriti Hollywood terkemuka. Saya sendiri amat teruja untuk melihat hasilnya nanti,” kata Memey. 

Dijangka 200 tetamu bakal hadir ke acara resepsi itu di kalangan rakan artis dan teman media. Difahamkan beberapa artis antarabangsa juga bakal diundang untuk memeriahkan majlis termasuk membuat persembahan. Nas Great Idea dipertanggungjawabkan untuk dekorasi perkahwinan manakala publisis terkenal, Bill Bora pula bertindak sebagai perancang perkahwinan. 

Terdahulu pasangan yang menjalin hubungan sejak lebih tiga tahun lalu akan bernikah pada 24 September dan diikuti dengan majlis persandingan keesokannya berkonsepkan moden tradisional di FELDA Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. 
“Ikutkan kami nak buat majlis untuk kedua-dua belah pihak di Kota Tinggi saja. Malah kami tak rancang pun nak buat majlis di Kuala Lumpur. Mulanya kami nak buat secara sederhana saja. Cukup sekadar yang wajib. Tapi tak sangka ia akan bertukar menjadi besar sebegini rupa. 

“Dengan apa yang kami lalui (merujuk kepada turun naik mahkamah), kami bersyukur ada hikmah di sebaliknya. Kami hanya mampu memanjat kesyukuran terhadap limpah kurnia dan rezeki-Nya. Terima kasih kepada penaja yang sudi bekerjasama,” kata Memey. 

Majlis di Kota Tinggi turut mendapat kerjasama Ari Wedding Couture dan membariskan pereka fesyen tempatan seperti Ezuwan Ismail, Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Rizman Ruzaini. 



p/s:hehheee memang gila 12 juta tapi yang x bestnya tajaan bukan sdn bhd,,lg pun  barang tu akan dipulangkan balik,,,x pe sekurang2nya dapat gak la memey merasa yang baru asik scond je,,,hahhaa apa pun semoga perkahwinan kedua buat normn berkekalan hingga ke liang lahat,,almaklumla awak tu dahla kawin ala-ala weding of the year x kan nak bercerai berai mcm yang dulu  malu la sikit kat yang menaja awak tu hehehee..tapi x heran perkahwinan yang dulu dia mengemparkan dengan pertunangan 7 jam,,,so perkahwinan yang ni harusla ada kelainan,,,memey semoga pandai jaga suami supaya x lari cari yang lain,,,happy always,,,kepada kak abby percayalah pada karma,,,harini diaorng gembira satu hari dia akan berduka bersabarla kak,,kami tetap sport akak,,,,dulu kini dan selamanya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan