Rabu, 18 Mei 2011
biar apa orng nak kata
Selasa, 10 Mei 2011
bila hati ku bersedih
Jumaat, 6 Mei 2011
hari yang sangat menyakitkan hati
huru hara 15 ramadhan
Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui..
Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah..
Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)
dikongsi oleh Syed Ubed...kradit from :http://www.facebook.com/miissmie#!/notes/sharifah-noor-faridzah-jamalullail/huru-hara-pada-15-ramadhan/197988370232752
Isnin, 25 April 2011
bacalah wahai wanita ,yang dambakan gelaran solehah
Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa ber...at, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.”(HR Ibn Hibban)
Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)
Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan dia (suami) tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)
Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
Rasulullah bersabda, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)
Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)
kradit by:tazkirah
Khamis, 21 April 2011
jom layan milo dan sardin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rabu, 13 April 2011
dah basi tapi nak update gak
and yang paling kelakar time si ucop welche datang nak bagi keputusan ya allah kelakar gila,,,,mencanak2 popular si ucop ni sampai budak2 kecik pun blh kenal...treadmark tangan dia x payah nak cakapla memang menjadi ikutan semua pihak,,,kalah pak jabit,,menangis kak limah tenggok si ucop ni lagi glomour dari dia enjit-enjit semut
last-last keputusan anugerah bintang popular menjadi milik shaheizy sam,,,,wa tahniah berbaloi duit stem ngan duit toppup undi dia,,x la rasa ralat
pinjam ayat shaheizy sam i love u,,,,,wa love u to lalalaaa
tahniah-tahniah semua pemenang terutama my feverout artis Ana Raffali,Fara Fauzana A.K.A Fafau dan Faizal Ismail FBI,,,,tahniah tahniah.....tahun depan naik lagi
KENAPA MUKA MASIH MUDA WALAUPUN USIA TUA,,,,
7 tips untuk ceria.
1. katakan pada diri-’aku ceria’ berkali-kali. masuk dalam bilik air dengan doa dan kaki kiri kemudian cakap kuat pada diri tatkala sedang ber’shower’- aku ceria. aku orang yang ceria. aku menceriakan orang lain. -air akan merakamkan semangat ceria itu dan menyeliputi diri sebagaimana dia membasahkan tubuh kita.
2. niatkan dalam hati ketika sedang berbaring untuk tidur-esok aku adalah orang yang ceria dan menceriakan orang lain. mengucap dan berselawat. akhirkan dengan membaca 3 kali surah al-ikhlas.(sama seperti membaca 1 al-quran)
3. maafkan diri sendiri. maafkan orang lain. doa supaya orang lain maafkan kita.
4. tarik dan hembus nafas dalam-dalam sambil masukkan rasa syukur dan buangkan rasa amarah, hasad dengki, tamak haloba dan semua sifat mazmumah. buang satu persatu dengan teknik visualisasi. contohnya, tarik nafas, masukkan rasa syukur kemudian hembus nafas, bayangkan hasad keluar dan seterusnya.
5. senyum selalu. kata pada diri, aku ceria, lahirkan pada wajah, senyum seikhlasnya. rasakan senyum itu datang dari hati. lihat perubahan pada wajah, otomatik, wajah akan bertukar jadi manis dan berseri-seri. hati serta -merta jadi tenang. masukkan terus rasa syukur. cubalah. rasakan perubahannya.
6. berbuat baik dan berkata yang baik-baik. jangan sekali-kali berfikir buruk pada orang lain apatah lagi mengeluarkan pendapat itu melalui kata-kata.(mengumpat). ingatlah. what goes around comes around.
7. sayangilah orang lain. sifat penyayang akan mengundang rasa sayang yang dilangit kepada kita., ucapkan doa terutama ketika basuhan kedua membasuh muka semasa berwudhu’- wa nur yusufa wajhi man roani yuhibbuni ( cahaya yusuf di wajahku, sesiapa yang melihatku akan mengasihiku).
P/s:memaafkan orng lain bukan perkara mudah,,tapi belajarlah memaafkan diri sendiri,,,sebesar mana pun kesalahan orng tu,,,dia hamba allah yang melakukan kesilapan,,,
- i dah x spam @ blok siapa2 dari frend list i,,,,sbb i nak belajar menerima dan memberi,,,,betapa nikmatnya hidup ini jika menghargai apa yang telah diberi...
bahana zina
1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.
2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.
3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.
4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.
5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.
6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.
7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.
8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.
9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.
10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.
Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.
11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.
12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.
Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.
13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.
14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.
Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?
Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa.
Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.
Na’udzubillahi min dzaalik.
15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.
16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?
Selasa, 12 April 2011
facebook vs faceblog,,,,,,,,, the faceblog layan

p/s:pada sapa2 yang baru nak belajar and berjinak2 dengan dunia blog,,,the faceblog blh dijadikan sebagai panduan dan menambahkan ilmu..share and shering lagi baik kan
Selasa, 5 April 2011
kesilapan amat dikesali
SAHABAT......................
Bismillahi rahman nir rahim
Ya Allah, Sahabatku tak seperti sahabat Nabi SAW, Sahabat Nabi setia di sisi,
Sahabatku datang dan pergi
Ya Allah, hambamu ini muhasabah, menerawang sendiri, Dari kecil ke saat ini, Ramai sudah bertandang di hati, Ramai juga yang datang dan pergi.
Ya Allah, Sahabat ketawa aku gembira, Sahabat sayu aku syahdu, Sahabat layu aku pilu,Sahabat cemerlang aku gemilang.
Ya Allah,
Kawanku sahabatku, Rahmati kami meniti usia, Terpisah kami di alam nyata, Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah, Sahabatku buah hatiku, Mesra kami penawar duka, Rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah, Silaturrahiim kami - ukhwah fillah, Bermusuh kami - na`uzubillah, Berpisah mati - insya Allah, Pengubat hati - do`a rabitah
Amin Ya Rabbal Alamin.
semoga kesilapan lalu menjadikan pengajaran dalam bersahabat,,,mencari sahabat x seperti mencari kaca dipasir,,jadilah sahabat untuk hari ini dan selamanya..jgn jadikan keburukan sahabat sebagai 1 masaalah,,kerana keburukan sahabat adalah cermin diri kita,,,jadi saling lengkap melengkapi adalah lebih baik dari mencanang kepada orng lain,,,ubah diri,,jadilah sahabat yg terbaik,,,sampi bila2....tiada manusia yg sempurna,,,
Isnin, 4 April 2011
sekodeng sekodeng
Jumaat, 1 April 2011
APRIL FULL DALAM ISLAM
Rabu, 23 Mac 2011
x sabar aku nak layan cerita ni
melepakkan diri
me:kak kat sini ini je kenduri
Rela:ye dik ini je
aku dengan muka bangga terus masuk and makan,,part ni yg aku rasa pelik kenapa tuan rumah tu aku x kenal,,aku pun terus call my boos,,call banyak kali x angkat,,ahh lantakla salam tuan umah and chow,,pastu dia boleh kata salah umah,,,ya allah malunya dahla hujan habis baju ni jadi kotor boleh pulak kata salah umah adoi...
p/s:moralnya lain kali bila orng hantar surat tu baca and remind x la jadi pisang berbuah 2 kali
and hari ahad pulak aku g umah kawan kat sentul tapi kantoi ngan abah yg aku pergi kl so dia pun dgn selamba ajak aku balik umah...baru malam tu aku cadang nak lepak kat cheras pastu nak pergi danau,,,terpaksala dok melangut kat NZR pape pun i tabik kat abah,,walaupun aku ni hanya pangkat anak buah tapi dia layan aku dari kecik sampai besar sama je,,apa yg aku nak mesti abah tolong dapatkan...sbb tu aku sayang abah ni lebih dari pak cik2 aku yg lain..time abah pergi kerja aku masih tdo x sempat jumpa abah pukul 1.0 aku pun siap2la pergi sentul kat umah x ada sapa2 terpaksala aku menggunakan perkhidmatan awam,,,dan hari isnin dengan rasminya saya cuti,,,hahahhaaaa buat macam syarikat sendiri pulak,,,,,,,sebelum balik kg aku lepak kat kg baru with kak efa ngan mammy sempatla snap 2,3 pic,,,

kak efa.mammy,kak rosv

kak efa,mammy,and me..

me and kak efa

kak efa ni kawan kepada mammy,,,and mammy tu adalah mak angkat saya,,dan saya adalah saya hahhahahhaaa,,,,,
p/s:kak efa ni ok orng nya ada pendirian,,and ayat dia yg buat saya merenung kembali "bila mulut kita x sama dengan hati maka sifat kita akan melencong"...
Khamis, 17 Mac 2011
7 golongan yg dilindungi oleh allah
Rasulullah saw bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naungan-Nya yaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya; dan seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.” (HR. Bukhari Muslim)
- Imam (pemimpin) yang adil Dalam ajaran Islam, seorang imam atau pemimpin haruslah berlaku adil, karena segala hal yang menjadi tanggungjawabnya akan dipertanyakan kembali di akhirat kelak. Maka bergembiralah bagi pemimpin yang dapat berlaku adil, karena akan mendapatkan naungan di sisi Allah swt di akhirat nanti. Pemimpin yang dimaksud tidak hanya pemimpin sebuah negara ataupun penguasa suatu tempat, namun termasuk pula seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya dalam sebuah keluarga.
- Pemuda tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah swt Allah juga menjanjikan naungan atau lindungan di akhirat kepada pemuda yang senantiasa hidup dalam ibadah kepada Allah swt. Ibadah yang dilakukan tersebut dilakukan semata-mata karena Allah swt, seakan-akan Allah melihat segala perbuatan dan amal ibadahnya itu.
- Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid Masjid adalah rumah Allah swt. Naungan Ilahi akan selalu ada di akhirat nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa betah berada di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid untuk sholat wajib maupun sunnah, sholat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan sebagainya.
- Dua orang yang saling mencintai karena Allah swt, berkumpul karena Allah dan berpisah karena Allah pula Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah swt di akhirat nanti, dan Allah swt akan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab Shahih-nya dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah SWT mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya karena Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah SWT yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintai-Nya.”
- Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’ Hal tersebut merupakan salah satu ujian bagi seorang laki-laki, dimana wanita adalah ujian yang sungguh berat bagi kaum laki-laki. Seorang laki-laki yang beriman pada Allah swt takut kepada Allah dan takut kepada azab api neraka, sehingga laki-laki ini sentiasa mendapat perlindungan dari-Nya.
- Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya Allah swt akan memberikan perlindungan bagi orang yang suka memberi sedekah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan selain ridho Allah swt semata. Dalam bersedekah, ia tidak membesar-besarkannya, sebaliknya ia akan melakukannya secara tersembunyi dan tidak ingin diketahui orang lain.
- Seorang yang berdzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya Berdzikir dengan hati yang tulus, ridho, dan ikhlas seorang diri, dengan perasaan takut kepada Allah hingga meneteskan airmata, sebagai tanda kecintaan kepada Allah swt, menyadari kebesaran Allah swt, serta merasa dirinya penuh dosa sehingga memohonan ampunan kepada-Nya. Allah akan membukakan pintu syurga untuk orang-orang yang seperti ini.
Selasa, 15 Mac 2011
3 rahsia lelaki yg mesti and harus tahu
1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takde pun?
Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.
Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.
Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!
2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.
Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.
Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.
3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.
Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!
SUMBER http://petuakitasemua.blogspot.com/2010/11/3-rahsia-lelaki-yang-wanita-mesti-tahu.html#ixzz1Ge5jaURF
Rabu, 9 Mac 2011
karya time bosan
hahahaaa ini bahana kerja kurang entah apa2 di buatnya,,,ok ni nak cereta rope baru myfb....saje nak menghiburkan hati yg lara..hahahha lara la sangt...ni semua hasil skodeng fb si Rahsid toinkla, bukan apa seronok tau kawan ngan dia ni banyak gak ilmu yg dia bgtau lagi2la bab dunia kereta ni,,,hahahahaha tanya saje mesti dapat dijawabnya insallah,,,,thank,,
Air mata,bahu sahabat dalam erti sahabat
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa,
kecuali diri sendiri...
tetapi… dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana…
mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat, begitulah juga dia...
tetapi kita sering terlupa akan hal itu...
Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita,
kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya,
kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya,
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati...
kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita...
waktu itu, terfikirkah kita perasaannya...?
seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... tetapi kita sering terlupa...
Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami...
yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya...
dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan kita...
harapan dan impian juga kita luahkan...
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga...
kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita...
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita...
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah...?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita...
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat...
Kerana dia juga seorang manusia,
dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa,
dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat...
Sebagai kekuatan,
jadilah kita sahabatnya itu...
kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.
Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan...
Disebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu satu kekalutan...
Kita tidak tahu...
Tetapi... jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu...
RENUNGILAH...
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA....
kerana kita bukan bersahabat untuk hari ni sahaja tapi untuk selamanya...dugalah sahabat untuk mengetahui keikhlasan hatinya












