| setiap tahun hot fm mesti ada lagu baru tahun hot fm ada buat 2 lagu tau heheee......pada sapa yang nak dengar lagu terbaru hot fm klik je www.hotfm.com.my... Hangatnya Raya Di Hatiku Usop, AG, Leya, Suraya, Deen, Harris, Puteri, Upin & Ipin |
| Ketupat rendang sudah terhidang Menanti pulang dari sembahyang Maaf di pohon pada semua Suasana indah di pagi raya Selamat berhari raya Kita raikan bersama Ibu dan bapa serta seluruh keluarga Terdengar takbir bergema Merasakan hangatnya raya di hatiku Di hatiku Berbaju raya cantik bergaya Menziarahi teman semua Senyum ketawa rasa gembira Kami yang kecil nak duit raya Selamat berhari raya Kita raikan bersama Ibu dan bapa serta seluruh keluarga Terdengar takbir bergema Merasakan hangatnya raya di hatiku Di hatiku |
| Lagu : Acap (O.P Music At Eleven/S.P Luncai Emas Sdn Bhd) Lirik : Roy (O.P Music At Eleven/ S.P Luncai Emas Sdn Bhd) |
| Suasana Di Hari Raya Faizal Ismail, Farah Fauzana, Kieran, Ikhwan, Chad, Hadi, Angel, Upin & Ipin |
| Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi Tutur dan kata yang sopan saling memaafi Suasana hari raya walau di mana pun jua Memberi ketenangan dan mententeramkan jiwa Kuih dan muih beraneka macam Makanlah jangan hanya di pandang Ketupat rendang sila nikmati kawan Penat memasak malam ke pagi Wajik dan dodol jangan lupakan Peninggalan nenek zaman berzaman Asyik bersembang pakcik dan makcik Hai duit raya lupa nak diberi Berlalulah sudah ramadhan sebulan berpuasa Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira |
Jumaat, 5 Ogos 2011
lagu raya
Khamis, 4 Ogos 2011
selsema
selsema orng cakap kalau kena selsema memang fell la,,,memang betul lebih baik terus kena demam,,,dari selsema dengan bersinnya,,nak jumpa custemr tak cukup yakin,,,,adoi,,,apa pun thnk allah memberi kesakitan ini supaya dapat menghargai nikmat hidup
Rabu, 3 Ogos 2011
puasa part 2 perkara yang membatalkan puasa
Termasuk perkara ini ialah : 1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap melalui hidung. 2) Suntikan makanan atau menambah vitamin. Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja. Keempat : Jimak (Bersetubuh) Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim) Kelima : Keluar Mani dengan sengaja. Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya. Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa. Keenam dan Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas . كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang. (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari) وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat. [Surah Al-Baqarah, Ayat : 217] |
Isnin, 1 Ogos 2011
puasa part 1
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita wajib berpuasa. Pada bulan ini kita tidak boleh makan dan minum serta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbit fajar(waktu subuh) hingga terbenam matahari(waktu maghrib). Kita diwajibkan puasa berdasarkan Firman Allah dalam surah Al Baqarah Ayat 183-184. Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Niat Puasa Ramadhan
Mungkin ramai yang sudah tahu niat puasa itu macam mana. Tapi mungkin ada diantara kita yang terlupa kerana puasa ramadhan ni kan setahun sekali. Biasa la tu jika kita terlupa. Jadi saya berkongsi di sini untuk kita sama-sama ingat kembali dan amalkan sepanjang bulan ramadan ini.
Syarat sah puasa adalah kita hendaklah niat puasa. Ia adalah wajib untuk kita berniat puasa di bulan Ramadhan ini.
Waktu untuk kita berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu apabila telah masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib sehinggalah sebelum terbit fajar shadiq(waktu Subuh). Oleh itu, niat puasa itu bolehlah dilakukan pada mana-mana bahagian daripada waktu malam puasa tersebut, walaupun semasa berbuka puasa.
Lafaz Niat Puasa Ramahan
Ertinya: “Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.”
Doa Berbuka Puasa
Apabila telah masuk waktu berbuka puasa, maka hendaklah kita menyegerakan berbuka puasa dan berdoa kepada Allah.
Ertinya: “Ya Allah kepada Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau aku beriman. Dan aku berbuka daripada rezeki yang Engkau berikan, dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.
P/s:Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan:
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad s.a.w apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Jumaat, 29 Julai 2011
PERTEMBUNGAN SANG SINGAN DENGAN SANG HARIMAU
![]() |
test test test hehehee saje je i nak jadi pengulas bola hari ni boleh kan kan...pada sapa2 yang terlepas peluang nak tenggok bola semalam tak pe i blh tolong ulaskan tapi versi i sendirila hehheheeee...ok fist sekali i nak ucap tahniahla buat pemain malaysia,,,i nampak yang pemain malaysia dah buat sehabis baik,,,ok i rasa kita x patut nak tuding jari menyalahkan sapa2 mungkin belum rezeki kita,,tapi apa yang i nampak melalui penglihatan i malam tadi pertahanan malaysia lemah,,,yang mana kalau i lihat pertahanan singapore lebih kukuh dan kuat berbanding malaysia,,tenggok saja dengan corak pemain singapore yang lebih mengutamakan pertahanan,,mungkin mereka sudah merasa selesa dengan kedudukan 5-3 maka mereka menperkemaskan benteng pertahanan supaya tidak ditembusi oleh malaysia..sedangkan malaysia perlu bekerja lebih kuat untuk mengejar sekurang-kurangnya 2 goal untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya,,
![]() |
| safee di kasari |
![]() |
| see tak habis2 dia nak halang safee |
![]() |
| gaya seorang hero |
tapi kegembiraan malaysia diragut dengan goal singapore menyamakan kedudukan 1-1..kealpaan pertahanaan yang mungkin merasa sedikit selesa memberi ruang buat singapore merobek gawang malaysia,,kedudukan kembali selesa buat singapore bererti malaysia perlu bekerja keras untuk mengejar 2 mata kembali,,,
![]() |
| pewayang handalan |
![]() |
| hahahaa the bast part time safee pukul kepala dia,,,saje melambat2kan masa,, |
![]() |
| kecewaan jelas terpancar.. |
![]() |
| 3 hero malaysia,,safee memohon maaf kepada rakyat malaysia |
disaat minit2 terakhir i dapat lihat bahawa singapore bukan hebat dipadang tapi hebat sebagai pelakon,,dengan penjaga goalnya yang berdrama semata2 melambatkan masa,,hanya 5 minit masa tambahan diberi,,,dan kedudukan 1-1 sama hingga ke akhir,,bererti 6 singapore 4 malaysia syabas dan tahniah buat malysia dalam meneruskan perjuangan..

shhooot shhheettt sshhhot shhet tadi time tengah cari kerja kosong kat berita harian oline terjumpa gambar ni ingat kenapa dengan norshahrul idlan talaha ropenya dia bersedih sbb x dapat beraksi buat malaysia,,,x pe shahrul rehat la dulu,,,perjuangan masih panjang,,,
P/S:walaupun kesal dengan permain malaysia tapi tak bererti semangat bola tu pudar tapi semangkin bekobar2 lagi,,,tahniah buat khairul fahmi che mat walaupun masih cedera tapi mampu memberikan yng terbaik buat perlawanan malam tadi,,buat safee awakla star yang semangkin menyinar,,,kakurangan tunggak mungkin membuatkan melaysia sedikit pincang..buat tunggak yang tidak dapat beraksi kami doakan anda cepat sembuh dan beraksi seperti sedia kala,,,

shhooot shhheettt sshhhot shhet tadi time tengah cari kerja kosong kat berita harian oline terjumpa gambar ni ingat kenapa dengan norshahrul idlan talaha ropenya dia bersedih sbb x dapat beraksi buat malaysia,,,x pe shahrul rehat la dulu,,,perjuangan masih panjang,,,
P/S:walaupun kesal dengan permain malaysia tapi tak bererti semangat bola tu pudar tapi semangkin bekobar2 lagi,,,tahniah buat khairul fahmi che mat walaupun masih cedera tapi mampu memberikan yng terbaik buat perlawanan malam tadi,,buat safee awakla star yang semangkin menyinar,,,kakurangan tunggak mungkin membuatkan melaysia sedikit pincang..buat tunggak yang tidak dapat beraksi kami doakan anda cepat sembuh dan beraksi seperti sedia kala,,,
Rabu, 27 Julai 2011
kisah kapal...
Kapal Pertama milik Nakhoda Cina...
"Haiyaaa tokei, kapal sudah mau karam punya.. apa mau bikin," jerit anak kapal...
" Kasi angat semua duit dan harta jgn kasi tenggelam punya..." arah nakhoda tersebut..
*Kepimpinan cina mmg mementingkan harta dan keuntungan...
Kapal kedua milik saudagar arab..
"Masyalah masyalah, tuan syed kapal kita sudah mau tenggelam, apa yang prlu kita buat ni..." jerit anak kapal...
"Selamatkan semua perempuan... jgn sampai lemas" arah saudagar arab tersebut...
*Orang arab mmg menghargai perempuan... yg penting perempuan mesti ada...
Kapal ketiga milik peniaga melayu...
"Tuan, tuan... kapal kiter nak karam ni, pa yg kiter nak buat skrg"
" Cepat tubuhkan satu jawatankuasa bertindak, adakan mesyuarat tergempar, jgn lupa beli karipap utk jamuan lepas mesyuarat" arah peniaga tu...
* Orang melayu semua benda nak kena wat mesyuarat...yg penting mesti ader karipap.. hahahah
P/s:ini hanya sekadar gurauan tiada kena mengena dengan yang hidup @ yang telah meninggal dunia
Selasa, 26 Julai 2011
24 september perkahwinan mencecah 12 juta
KUALA LUMPUR: Pelakon Memey Suhaiza, 23, melakar sejarah tersendiri menjadi artis tempatan pertama mendapat kesempatan berharga menyarung dua kasut rekaan eksklusif Prof Datuk Jimmy Choo pada majlis resepsi bertemakan Rafflesia Pearl Wedding 28 September depan.
Majlis yang akan dilangsungkan di Hotel Crowne Plaza Mutiara itu bakal mengetengahkan konsep kota New York. Malah, turut mengejutkan Memey dan bakal suaminya, Norman Hakim, 35, kos keseluruhan majlis tajaan Rafflesia The Pearl Centre itu dianggarkan melebihi RM12 juta.
Pada sidang media yang diadakan semalam, Rafflesia turut memaklumkan akan menyediakan dua persalinan bertatahkan mutiara yang setiap satunya bernilai RM500,000, dua set barang kemas masing-masing bernilai RM2.8 juta berupa anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
“Semuanya bagaikan mimpi. Tak sangka pula kerjasama saya dan Norman selama ini dengan Rafflesia The Pearl
Centre termasuk Lord’s Tailor membuka peluang untuk kami diraikan sedemikian rupa. Ia kami umpamakan seperti kerjasama dua hala atau situasi menang-menang.
“Lebih mengujakan saya ialah dapat menyarung kasut rekaan Jimmy Choo. Seperti yang kita sedia maklum, beliau pernah mereka kasut untuk mendiang Lady Diana dan selebriti Hollywood terkemuka. Saya sendiri amat teruja untuk melihat hasilnya nanti,” kata Memey.
Dijangka 200 tetamu bakal hadir ke acara resepsi itu di kalangan rakan artis dan teman media. Difahamkan beberapa artis antarabangsa juga bakal diundang untuk memeriahkan majlis termasuk membuat persembahan. Nas Great Idea dipertanggungjawabkan untuk dekorasi perkahwinan manakala publisis terkenal, Bill Bora pula bertindak sebagai perancang perkahwinan.
Terdahulu pasangan yang menjalin hubungan sejak lebih tiga tahun lalu akan bernikah pada 24 September dan diikuti dengan majlis persandingan keesokannya berkonsepkan moden tradisional di FELDA Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
“Ikutkan kami nak buat majlis untuk kedua-dua belah pihak di Kota Tinggi saja. Malah kami tak rancang pun nak buat majlis di Kuala Lumpur. Mulanya kami nak buat secara sederhana saja. Cukup sekadar yang wajib. Tapi tak sangka ia akan bertukar menjadi besar sebegini rupa.
“Dengan apa yang kami lalui (merujuk kepada turun naik mahkamah), kami bersyukur ada hikmah di sebaliknya. Kami hanya mampu memanjat kesyukuran terhadap limpah kurnia dan rezeki-Nya. Terima kasih kepada penaja yang sudi bekerjasama,” kata Memey.
Majlis di Kota Tinggi turut mendapat kerjasama Ari Wedding Couture dan membariskan pereka fesyen tempatan seperti Ezuwan Ismail, Hatta Dolmat, Hazwani Osman dan Rizman Ruzaini.
p/s:hehheee memang gila 12 juta tapi yang x bestnya tajaan bukan sdn bhd,,lg pun barang tu akan dipulangkan balik,,,x pe sekurang2nya dapat gak la memey merasa yang baru asik scond je,,,hahhaa apa pun semoga perkahwinan kedua buat normn berkekalan hingga ke liang lahat,,almaklumla awak tu dahla kawin ala-ala weding of the year x kan nak bercerai berai mcm yang dulu malu la sikit kat yang menaja awak tu hehehee..tapi x heran perkahwinan yang dulu dia mengemparkan dengan pertunangan 7 jam,,,so perkahwinan yang ni harusla ada kelainan,,,memey semoga pandai jaga suami supaya x lari cari yang lain,,,happy always,,,kepada kak abby percayalah pada karma,,,harini diaorng gembira satu hari dia akan berduka bersabarla kak,,kami tetap sport akak,,,,dulu kini dan selamanya
LAGU TEMA CINTA KAMI
di sini aku masih sendiri
merenungi hari-hari sepi
aku tanpamu,
masih tanpamu
bila esok hari datang lagi
ku coba hadapi semua ini
meski tanpamu
oooh meski tanpamu
bila aku dapat bintang yang berpijar
mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan
reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
kalau ku masih tetap disini
ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu, aku menunggu
reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
suara dengarkanlah aku
apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya
repeat reff
suara dengarkanlah aku
nila lagu masa fist2 kenal ngan my incik tapi sekarang tinggal kenangan,,dulu sblm balik rumah my incik akan call dari tempat kerja sampaila depan pintu pagar umah lbh kurang sejam mcm tula,,hehehee kadang2 my incik nyanyi lagu ni tau hehheeee,,yang paling bestnya time my incik kerja tiba2 ada lagu ni kat radio terus dia call,,,my incik ckp lagu ni jadi tema heheee,,,1/8 ni genapla setahun,,tapi kalau ikut perkenalan bulan 7,,,tapi start serius bulan 8...my incik stay nak lagi kita bersama tapi hati i dah tawar..my incik ckp bagi dia bina kerjaya,,my incik ckp bagi dia masa,,and now i bg dia masa selama mana dia nak,,,segalanya apa yang my incik mintak i akan bg normal la kan,,,,bila berkasih semuanya nak di bagi,,tapi sekarang hati i betul2 tertutup untuk lelaki,,,maafkan i,,,,u layak mencari yang lebih baik dari i,,,,i sedar sapa i,,,dan i sedar bila berdamping dengan u antara kita sebenarnya ada jurang yang terlalu jauh,,,biarla i simpan kasih dan sayang u jauh ke dalam hati yang mana i siap kan hanya untuk u,,,,,,,terima kasih my incik i akan ingat selalu kat u,,,walaupun kita dipisahkan antara jarak,,,,terima kasih untuk segalanya,,,dan terima kasih untuk cinta ini...
Isnin, 11 Julai 2011
bila aku pelik,,,,
i pelikla kenapa ada lagi manusia yang mcm ni,,hehehehee i ni bukan cantik sangat so x yahla cemburu sangat kat i...x yahla nak tiru semua gaya i,,,apa i pakai apa iguna semua u nak follow kalau sekali 2 mungkin kebetulan tapi kalau dah selalu itu bukan kebetulan tapi memang dirancang,,,apa pun x bolehla u ni,,,,i x penah pun jeles ngan u...sikit pun i x jeles tapi u kan kan selalu jeles heheheheh sekadar sher and shering
Isnin, 4 Julai 2011
hati ku........
i nak story mory satu cerita mungkin ada yang rasa benda simple je tapi hakikatnya benda simple kalau x dibendung boleh jadi kudis,,,kisah ni masa time i belajar,,masa tu i baru lagi..i blm kenal lagi erti penghianatan,,dan jujur i x penah rasa apa yang i rasa waktu tu,,pada hal dah banyak tempat i menetap.dah banyak orang jumpa,,,tapi inilah kali pertama i terasa hina dan bodohnya diri ini,fist semuanya ok,,lancar,i ni jenis kurang berkawan sangat,,dan i ni jenis x kisah pun kawan ngan sapa,,,tua muda laki perempuan semua i kawan,,x kisah,,i ni pulak jenis lantak ko la,,,i harap bila i buat macam tu x adala masaalah rupanya awal perkenalan lagi dah perang besar,,,i pun x faham tapi bila i risik and kawan sosek2 kat telinga i barula i faham rupanya ada orang yang x puas hati dengan cara i bergaul,,,dan dikatan i mengambil semua kawan dia ccc cetek sungguh pemikrannya rupenya hahahhaa bunyi mcm sangat mengarutkan,,tapi i ni jenis lantak u alll mungkin menambahkan geram kat hati orang tu,,,hanya peristiwa kecik blh menjadi besar dan disaat kekalutan berlaku empunya angkara blh melepaskan pada orng lain ...hahhahaa i memang tabik la kat dia,,,dia mampu menutup kesalahan dia,,dengan menjaja dan simpati dia,,bukan sampai situ je pergaduhan demi pergaduhan berlaku,,,dalam kelas i di pulaukan bagi i itu bukan kudis..i melangkah sendiri bertemankan 2.3 orang kawan tapi i tenang,,i bahagia,,betulla janji allah tu pasti akhirnya allah telah pertemukan aku dengan kawan-kawan yang baik,,1 persatu kebenaran terdengar ditelinga tapi bagi i itu semua dah x berguna biarkan,,,1 hari pasti allah akan membuka semua kebenaran itu,,,memang kebenaran itu mengambil masa yang lama tapi percayalah,,,,kemanisannya akan berkekalan,,moral of the story mory nya x semua orang tu jahat dan x semua orng tu baik,,,x semestinya yang bertudung likup tu mulai yang seksi tu hina renung2kan
Jumaat, 1 Julai 2011
SAHABAT,KAWAN,RAKAN,KENALAN
- siapa kita SAHABAT,KAWAN,RAKAN atau hanya KENALAN
Sahabat
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.
Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.
Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.
Kawan
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.
Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .
Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.
Rakan

Rakan ialah perantaraan antara kawan daan kenalan. Rakan ialah orang yang berkongsi minat, kerjaya, hobi, permainan, guru, kelas, matlamat dan sebagainya dalam satu organisasi atau kumpulan seperti persatuan, kelab, syarikat, pertubuhan dan sebagainya. Contohnya, ada rakan satu tingkatan, rakan satu sekolah, rakan satu kelab dan sebagainya.
Rakan biasanya orang yang boleh mewujudkan kerjasama. Contohnya boleh belajar bersama-sama dengan rakan sekelas, boleh membuat tugasan berkumpulan bersama-sama rakan satu tingkatan, bekerjasama dengan rakan-rakan sepasukan untuk menewaskan pihak lawan dalam pertandingan bola sepak, dan rakan-rakan sekerja mengadakan mesyuarat untuk syarikat kami dan sebagainya.
Ada rakan yang rapat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai sahabat, ada pula rakan yang boleh dianggap sebagai kawan, dan ada pula rakan yang hanya boleh dianggap sebagai kenalan.
Kenalan
Kenalan boleh meluahkan perasaan mereka, masalah mereka kepada menerusi ruangan komen, e-mel dan kemudahan-kemudahan interaksi yang lain di internet, tetapi tidak 100% boleh dipercayai. Kenalan kadangkala wujud sebagai satu hiburan, tetapi kadangkala tidak mustahil mereka boleh memberi kebaikan kepada menerusi perkongsian pendapat, idea dan penyelesaian masalah.
Khamis, 30 Jun 2011
kerana kau sahabat
- sahabat
Akhirnya ku temui sinar ceria diraut wajahmu
Andainya alam ini mampu berkata-kata
Pastilah pujian buat dirimu
Di waktu itu akulah yg bertuah
Punya sahabat sepertimu
- Sahabat
Aku lemah mengharungi ranjau dunia
- Sahabat
Menghadapi hidup ini
Sahabat ku bersyukur kerna mengenali dirimu
Ku harap moga kitakan bersama
Harungi segala suka duka
Moga kejayaan milik kita
Agar hidup menuju mulia
- seandai ada orng bertanya kenapa i terlalu mengagung sahabat dan jawapan i mudah,,i akan menghargai semua sahabat i,,i terlalu sayang pada sahabat i,,i bukan jenis pendendam,,dan i ni terlalu cerewet dalam berkawan,,sbb tu bila i dapat yang betul sesuai dengan i,,i akan menghargai sebaiknya,,mcm tu jugak kalau berkawan i jenis yang cepat mesra,,tapi bila i rasa i x boleh nak go dengan seseorang tu lebih baik i undur diri,,sahabat,kekasih,kawan adalah anugerah yang telah allah berikan pada kita,so kita kena hargai,,,biarpun apa orang nak kata pasal sahabat kita,,hanya kita dan sahabat je yang tau kebenaranyan,,,dan jika kita bersahabat(bukan berkawan)kita kena kuat untuk mempertahankan sahabat kita,,tapi bila kita berkawan kita akan mudah lupa yang kita penah berkawan..sedangkan pepatah ada mengatakan lebih baik berkawan dengan musuh sbb kita tau dia musuh,,,dan orang yang paling bahaya sekali adalah kawan,,,,kawan makan kawan sesuatu perhubungan yang paling ditakuti....
Selasa, 21 Jun 2011
MAAF AKU BUKAN UNTUKMU
semalam mie dapat mesej kamu...semalam mie dengar suara kamu,,semalam mie dgr kata perangsang kamu,,semalam mie dengar ketawa kamu,semalam kita keluar bersama,,,semalam mie makan ngan kamu,,tapi tu semua semalam punya cerita,,hari ni mie rindu semua tu,,mie rindu gurau senda dari kamu,,mie rindu segalanya tentang kamu,,bila mie duduk seorang-seorang mie mesti ingat kamu..mie memang sayang kamu,,tapi mie x nak memberi harapan lagi kat kamu,,kamu layak mendapat yang lain,,kamu berhak hidup bahagia,,,x perlu kamu memikirkan tentang mie,,mie bahagia dengan kehidupan sekarang,,,walaupun kadang mie terjatuh tapi mie kena kuat,,mie kena bangun...mie memang nak share cerita mcm dulu-dulu..mie teringgin nak call 3g ngan kamu..tapi mie x nak kamu rasa harapan,,mie tau kamu pun sama,,kawan2 kamu pun ada mesej mie kata kamu selalu termenung,hisap rokok kuat tapi sekarang kamu dah ok kan,,kamu dah blh tersenyum,,alah lelaki patah tumbuh hilang berganti,,mulut kata sanggup tunggu tapi bila nampak perempun je mula la jual minyak,,,mie tau kamu x mcm tu bertahun kita bersama,,kita pernah merancang ke jinjang pelamin,,tapi betulla kata pepatah..kita hanya mampu merancang tapi allah yang tentukan,,mie x penah salahkan sapa2 pun atas apa yang terjadi kat diri ni,,mungkin allah nak menduga sejauh mana kekuatan mie..tapi percayahlah mie x cukup kuat,,mie x kuat menerima dugaan ini,,tapi mie x nak kamu terus berharap..mie dah x mcm perempuan lain,,lupakan mie....terima kasih pernah hadir dalam hidup mie,,
Jumaat, 17 Jun 2011
APA ADA DENGAN AIR ASIA
Satu hari mereka berpakat untuk kahwinkan anak-anak ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, keempat-empat anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman,Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.
Sebelum pegi Mak Minah dan Pak Mat berpesan, “nanti jagan lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang-panjang, pakai kod iklan saja dah cukup. Ringkas, padat dan cepat.” panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak-anaknya.
Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis ‘Standard Chartered’ . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua-duanya membaca iklan yang bertulis “Besar, teguh dan peramah”. Bahagialah Si Siti rupanya.
Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis ‘Nescafe’. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis “Nikmatnyahingga ke titisan yang terakhir” Bahagialah Si Seri rupanya.
Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC’. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis ‘Hingga Menjilat Jari’.Bahagialah Si Murni rupanya.
Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu, tak ada juga, masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya “AIR ASIA “.
Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu?
“7 KALI SEMINGGU.3 JAM SEKALI.NON- STOP!!
kradit :melvister
Rabu, 15 Jun 2011
10 tip setuasi wanita yang lelaki perlu tahu
Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai kalau dapat yang jenis mcm ni kira bertuah badanla tapi kalau dapat yang penting ego x ke masak jawabnya,,10 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita untuk jejaka lebih memahami si dia.
- SENSITIF: Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.
- CEREWET: Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.
- HALUS: Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.
- IKHLAS: Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.
- PERASAAN: Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
- PRIHATIN: Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.
- MANJA: Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.
- EGO: Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
- CINTA: Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
- SEKS: Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan sembilan nafsu dan satu akal. Mereka mempunyai nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan sembilan akal dan satu nafsu. Fungsi sebenar lelaki ialah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.
CINTA perlu keserasian. Kesatuan yang kukuh ini melambangkan percantuman dua hati menjadi satu. Persoalannya, boleh atau tidak menjadikan cinta itu sesuatu yang sempurna? bercinta memerlukan pengorbanan sepanjang masa, kesetiaan dan paling penting ialah saling memahami antara satu sama lain.
“Tidak kira lelaki atau wanita jika tiada semua ini, biasanya cinta itu akan terhenti di tengah jalan. Bukan namanya cinta kalau tak ada semua faktor ini. Perlu ketahui apa perkara atau petua mengenal pasangan kita.
“Nampak macam remeh, tapi jika diabaikan selalu, benda-benda inilah yang akan menyumbangkan kepada salah satu faktor keruntuhan sesebuah cinta itu.
Betul, bukan kepada yang belum berkahwin saja, yang sudah berumah tangga perlu lebih berhati-hati lagi,
DAH DAPAT PUN
semalam time badan i bergoyang-goyang akibat gegaran tiba2 phon i berbunyi,,,dapat panggilan dari umah,,terus x sedap hati yela sekarng ni pak cik i sebelah my mam and dad sakit,,sebelah my mam excident and sebelah my dad strok,,,rupanya my sis nak bgtau yang gambar i konvo dah sampai,,,,
i punya sukala dalam hati,,,x sabar nak balik umah...bila i balik,i tenggok gambar tu walaweh mcm hampeh,,,hampeh tu lagi lawa..diaorang bagi 2 salinan..1 besar 1 kecik....pastu 1 cd
| gambar yang ada dalam cd |
![]() |
| cd |
![]() |
| gambar saiz A4 |
![]() |
| gambar saiz 8R |
| yang ni pulak time jari i berkarya |
![]() |
| nila sijil yang i dapat |
Selasa, 14 Jun 2011
10 tip situasi lelaki yang wanita perlu tahu
1. Bila si dia sibuk... ... .. Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.
2. Bila si dia ego... ... . Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.
3. Bila si dia romantik... ... .. Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.
4. Bila si dia panas baran... ... .. Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
5. Bila si dia penat... ... . Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.
6. Bila si dia pentingkan diri sendiri... ... ... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.
7. Bila si dia mengongkong... .. Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
8. Bila si dia selamba... ... . Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
9. Bila si dia curang... .. Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.
10. Bila si dia lurus bendul... ... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat
Isnin, 13 Jun 2011
rahsia dan perwatakan si empunya darah
Adakah anda percaya jika dikatakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.
JENIS DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.
Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.
Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.
PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.
Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.
Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.
PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.
JENIS DARAH B Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.
Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.
Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.
Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.
PERWATAKAN
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.
P/S:ini hanya sekadar perkongsian jgn terlalu percaya
Langgan:
Catatan (Atom)

























