Sabtu, 22 Jun 2013

terima kasih ya allah

terasa sedih pulak minggu ni,,x taula kenapa,,alhamdulilah minggu depan dah start keje,,dalam masa seminggu ni memang banyak cabaran,cabaran nak mempersiapkan segala urusan,almaklumla minggu depan dah start keje,tapi kenderaan x ada,so dalam masa 4 hari dok berusaha mesej semua member,semua orang yang kita kenal hanya mesej cakap nak sewa moto,,mcm bunyi kelakar kan,,tapi kalau orang x berduit mcm aku ni memangla,,tapi sbbkan aku nak kerja,aku berusaha,walaupun adakalanya nak mengalah tapi tetap berusaha,,sungguh kadang2 rasa diri ni malang lahir dalam keluarga yang x berkemampuan,tapi bila fikir balik bertuahnya aku,,walaupun mak ayah x berapa kaya tapi diorang mampu membesarkan kami 5 beradik,walaupun orang hina,orang kata,tapi diorang tetap cool,,,ok berbalik pada isu sewa moto,ok dulu my bff penah cakap nak bagi moto dia,,ok jenis dia ni pulak bila orang dah berjanji ngan dia,dia akan tuntut,so bila tiba masa aku,aku betul2 perlukan bantuan dia,aku betul2 mengharapkan dia,tapi bermacam alasan dia bagi,it ok hari ni aku susah,,tapi aku janji aku berusaha untuk bangkit,bayangkan mulut dia pernah cakap,kita ni bff,,so apa erti bff kalau ko susah aku tolong aku susah ko kemana,x pe ko dah ada kerja aku baru nak bermula,jika diizinkan allah insyaallah 1 hari kejayaan ada bersama ngan orang2 yang sabar,penat aku bertanya ada moto untuk sewa ke tak,last2 sekali alhamdulilah allah permudahkan urusan aku,allah hadirkan insan mulia untuk membantu aku,x kisahla kena bayar janji aku dapat bergerak,dapat berusaha untuk mencari rezeki,,alhamdulilah semua urusan untuk aku kerja berjalan dengan lancar,,tinggal tunggu hari isnin je,,dan aku berharap agar allah memberkati kerja yang aku lakukan ni,,aku berharap dengan restu dari kedua ibu bapa serta allah aku harap aku dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat,,amin amin

Khamis, 13 Jun 2013

blog under repy

tengah match and errorkan blog ni,,nak upgrade,,boring x ada kerja so ini je la dibuatnya

Rabu, 12 Jun 2013

FATWA ULAMA MENJATUHKAN PEMERINTAH

 Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz


Q-ada yang berpendapat bahawa perbuatan sesetengah pemimpin melakukan maksiat dan dosa besar, mewajibkan kita berusaha untuk menjatuhkannya dan melakukan reformasi walaupun perbuatan akan membawa mudarat kepada orang Islam dalam negeri tersebut. Peristiwa yang dialami oleh Negara-neraga Islam cukup banyak, apa pendapat syeikh?


A-Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, serta selawat Allah ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, keluarganya dan sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti hidayahnya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

ألا مَنْ وَلِيَ عليهِ وَالٍ ، فرآهُ يَأْتي شَيئا مِنْ مَعصيةِ اللهِ ، فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا يَنْزِعَنَّ يَدا من طَاعَةٍ

Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:

أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ

Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu."(Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.

P/s:islam itu indah dan mudah tapi kita yang  membuatkan dia menjadi susah
 Wallahu a’lam

artikal lain yang berkaitan:-

al-muwahhidun.

Isnin, 10 Jun 2013

Strawberry Cheesecake(cheese tart tak perlu bakar)

Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
  • boleh juga mengunakan jem dan juga perisa lain spt bluberry,mangga dan  lain2

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. utk resepi ni guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.(guna air panas pun boleh)
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (boleh je kalau nak gune jem je jimat sikit masa)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.@ jem 
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.
  • dan sekiranya x suka buat dalam bekas besar boleh juga buat dalam bentuk cheese tart ataupun bekas kecil2 (hadiah time weeding kan nampak ciut) sama je,,rupa perkara ke dua janji hasilnya memuaskan dan sedap,,

cheese tart (bakar)

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Sabtu, 8 Jun 2013

~kasihnya ayah~



Sekadar berkongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit ATM. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.... 
"Nak, boleh tolong saya?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takde.."
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.Berjaya!!!
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
'Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor...
Dalam hujan renyai...
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu

bila baca kisah  ni teringat kat ayah ngan mak saya.
dulu time belajar kat IPB mak akan masukkan duit seminggu RM50.
tapi belajar tak habis sambung pulak kat poli time kat poli mewah sikit ada duit kptm,tapi mana cukup bayar duit sewa lagi,bayar duit makan buku apa mintak jugak kat mak ayah,kadang-kadang kalau ada rezeki adala ayah bagi sbb kami 4 beradik semua nak guna duit,,kalau x dapat terpaksala pinjam kat member x pun masak,dapt jimat bujet,bila sambung DIP lagila terasa seksa,sbb adik study kat kolej lagi banyak nak guna duit,nak buat macam mana terpaksala mengalah,kadang2 ayah bagi RM30,kalau x ada ayah bagi RM20.bayangkanla apa dapat dengan nilai tu tapi bila kita niat tu elok allah permudahkan segalanya,alhamdulilah dapat jugak segulung DIP,walaupun x cemerlang tapi aku bangga,aku sambung belajar tak sampai mak ayah aku bergolok bergadai tanah,,cuma time kat ipb je terus terang aku cakapkan mak gadaikan emas aku dngn mas emak untuk tampung yuran,,yela kolej time tu aku lepas spm,,bila sambung sijil ngan dip masuk semua guna duit sendiri.alhamdulilah segalanya mudah,,terima kasih allah atas rezeki yang kau berikan,,,,
semoga allah mempermudahkan segala urusan kedua ibu bapa ku didunia ini,dan lapangkanlah hatinya menuju kejalan mu ya allah..amin

Kepada semua pelajar:
*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..aku dah rasa perit dan susahnya hidup sebagai pelajar

dear diary

semenjak 2 ni memang cepat terasa,benda kecik pun nak terasa,tapi ye la kita dilahirkan dengan sifat penyabar,dan bila hati kita sering terusik dan tercuit memang lama2 iman kita semakin nipis kulit bawangla jawabnya,heheee,,mana taknya lagi-lagi bila dah nak sampai usia 3 siri ni memang terasala lagi lagi bab kahwin,,oiii sensitif mcm manala rasanya kan orang yang dah  jejak 30 siri tapi x ending single story lagikan,memang sedihla,, lagi terasa bila keluarga sendiri memperlekehkan kita,,masaalahnya bukan kita yang nak semua ni,,jodoh ajal maut rezeki ditangan allah,,kita hanya mampu mencari dan  merancang selebihnya urusan allah s.w.t.sekuat sehabat mana pun perancangan kita allah telah menjanjikan yang terbaik buat kita,,siapa kita untuk melawan takdir,aku yang empunya badan pun hanya mampu redha dan berusaha semampunya,,aku sendiri x nak jadi mcm ni,,dah jodoh aku x sampai lagi mcm mana,,memang terasala kalau orang sekeliling kita sendiri pun x memahami..tolongla hentikanla soalan-soalan yang aku sendiri pun x tau jawapannya,,
aku cukup x berkenan kalau orang tanya "sipolan tu dah kawin,ehh ko bila lagi" walaupun aku senyum tapi rasa nak bagi kaki,, x pun "kakak dia dah ada anak,dia bila lagi"wei wei aku baru 26thn 11hari aku belum puas lagi hidup single,,sumpah memang nak sangat ending single story ,nak sangat rasa hidup double story,tapi kalau belum sampai seru siapa kita untuk melawan takdir,,
memang terasala kalau darah daging sendiri join sekali,,ya!!aku tahu ko dah kahwin dah ada anak,,umur sebaya aku ko dah ada anak 1,,yang aku ni apa pun x ada,,x ada benda nak di banggakan kat aku ni..aku pun nak ubah hidup aku,nak ubah kehidupan mak abah aku,,aku x nak diorang susah lagi,,masaalahnya aku x nampak lagi rezeki memihak kat aku,,,aku pun x nak hidup mcm ni,dengan hutang keliling pinggang(hutang belajar)ikut aku memang stress sangat2,tapi mcm aku katakan tadi jodoh ajal maut rezeki semua kat tangan allah,,aku berusaha bukan duduk diam je,masaalahnya peluang belum menyebelahi aku,,,so pleasela hormat sikit keputusan aku,,sekarang ni aku just berusaha dengan sehabisnya and last sekali aku bertawakal,,,sebb segalanya telah ditentukan oleh allah,,sehebat perancangan kita hebat lagi perancangan allah..so aku redha atas ketentuan allah cuma sekarang aku kena berusaha sehabis yang mungkin,,,,perjanjian allah itu pasti,,dalam sujud ku momohon agar diberikan kekuatan dalam menepuh setiap dugaan yang mendatang,,aku pasti allah bersamaku,,amin amin

Jumaat, 7 Jun 2013

bilik untuk disewa taman cempaka ipoh

Housemate(melayu perempuan sahaja) diperlukan SEGERA!!!!

berdekatan Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh dan juga padang polo
berdekatan Politeknik Ungku Omar
berdekatan stesen penyiaran RTM Ipoh
berdekatan JUSCO mall Kinta & TESCO
berdekatan Pusat Bandar
berdekatan ke Universiti Kuala Lumpur(RCMP)
berdekatan ke Stesen Keretapi Ipoh


rumah 2 tingkat, 2 bilik 1bilik air
berkelengkapan(tv,mesin basuh,peti sejuk,dapur masak,tong gas,peralatan dapur,kipas dan lain2)

nak cari dalam 2@3 orang,x nak ramai takut x selesa,,
sewa RM150/person sebulan tidak termasuk api air(tapi kalau duduk 3 orang seorang RM100)
bil api and air biasanya bawah RM40 sebulan,
RM250 untuk booking termasuk diposit api air,diposit api air akan dipulangkan kalau dah tak nak sewa,tapi kalau masuk sekali 3 orang just bayar RM550.
rumah area taman cempaka sari 28.
kemudahan bus depan umah,kedai makan berdekatan,kedai runcit mudah didapati,

kalau berminat boleh call 0194304985 -bib-