Sabtu, 8 Jun 2013

~kasihnya ayah~



Sekadar berkongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit ATM. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.... 
"Nak, boleh tolong saya?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takde.."
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.Berjaya!!!
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
'Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor...
Dalam hujan renyai...
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu

bila baca kisah  ni teringat kat ayah ngan mak saya.
dulu time belajar kat IPB mak akan masukkan duit seminggu RM50.
tapi belajar tak habis sambung pulak kat poli time kat poli mewah sikit ada duit kptm,tapi mana cukup bayar duit sewa lagi,bayar duit makan buku apa mintak jugak kat mak ayah,kadang-kadang kalau ada rezeki adala ayah bagi sbb kami 4 beradik semua nak guna duit,,kalau x dapat terpaksala pinjam kat member x pun masak,dapt jimat bujet,bila sambung DIP lagila terasa seksa,sbb adik study kat kolej lagi banyak nak guna duit,nak buat macam mana terpaksala mengalah,kadang2 ayah bagi RM30,kalau x ada ayah bagi RM20.bayangkanla apa dapat dengan nilai tu tapi bila kita niat tu elok allah permudahkan segalanya,alhamdulilah dapat jugak segulung DIP,walaupun x cemerlang tapi aku bangga,aku sambung belajar tak sampai mak ayah aku bergolok bergadai tanah,,cuma time kat ipb je terus terang aku cakapkan mak gadaikan emas aku dngn mas emak untuk tampung yuran,,yela kolej time tu aku lepas spm,,bila sambung sijil ngan dip masuk semua guna duit sendiri.alhamdulilah segalanya mudah,,terima kasih allah atas rezeki yang kau berikan,,,,
semoga allah mempermudahkan segala urusan kedua ibu bapa ku didunia ini,dan lapangkanlah hatinya menuju kejalan mu ya allah..amin

Kepada semua pelajar:
*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..aku dah rasa perit dan susahnya hidup sebagai pelajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan