Isnin, 10 Jun 2013

Strawberry Cheesecake(cheese tart tak perlu bakar)

Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
  • boleh juga mengunakan jem dan juga perisa lain spt bluberry,mangga dan  lain2

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. utk resepi ni guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.(guna air panas pun boleh)
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (boleh je kalau nak gune jem je jimat sikit masa)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.@ jem 
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.
  • dan sekiranya x suka buat dalam bekas besar boleh juga buat dalam bentuk cheese tart ataupun bekas kecil2 (hadiah time weeding kan nampak ciut) sama je,,rupa perkara ke dua janji hasilnya memuaskan dan sedap,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan