READY STOCK
Maksudnya
barang ADA DI TANGAN. Pembelian mestilah dengan BAYARAN PENUH. BOOKING hanya dibenarkan dalam masa 7 hari dengan DEPOSIT separuh harga
PRE-ORDER
Maksudnya
barang masih di luar sama ada perlu dijahit atau perlu dibeli oleh
pembekal. Barang ini perlu DITEMPAH oleh pelanggan dengan membayar DEPOSIT
separuh harga manakala bayaran penuh amat dialu-alukan. Untuk proses
ini,biasanya membuat pengumpulan tempahan bermula awal bulan setiap
bulan semasa hingga pertengahan bulan berikutnya, jadi pelanggan kena faham,
anda tempah hari ini bukan bermakna lusa anda akan dapat barangnya. Ikut
kebiasaan, pertengahan bulan kamiakan men ghantar senarai akhir tempahan
untuk batch semasa dan pembekal akan ambil masa lebih kurang 2 hingga 3
minggu untuk menyiapkan tempahan dan menghantarkannya ke Malaysia. Jika
berlaku apa-apa masalah bungkusan mungkin ambil masa sebulan untuk
sampai.
CLEARANCE
Biasanya stok
lama yang melebihi 5 bulan yang masih belum terjual akan
masukkan dalam kategori ini dengan menjualnya pada harga diskaun 15% -
20%. kami tidak mampu untuk beri diskaun lebih dari itu kerana kos
penghantaran yang tinggi bagi sesetengah bekalan dan diskaun reseller
pun bukanlah begitu besar kerana jumlah diambil secara
borong pun tidaklah begitu banyak.
SALE
Sepanjang tempoh SALE
atau JUALAN MURAH berlangsung, harga beberapa item tertentu akan
diturunkan pada harga diskaun. Perhatian ya, di masa SALE tidak semua
item diberikan diskaun. KECUALI, bila kami kata, JUALAN MURAH UNTUK
SEMUA ITEM. Insyaallah semua item ada diskaun masing-masing.
so sekarang ni ss umi collection berminat sesangat nak cari agent..sbb sekarang agak sibuk uruskan bis untuk budak puo,,so kalau ada masa pun waktu siang,malam nak hantar stok semua dekat budak2 puo,,,so pada yang berminat nak oder makanan kami boleh hantar hingga kedepan pintu,,,and yang nak jadi dropship masih ada beberapa kekosongan...sbb taknak ambik ramai takut kualiti tak terjaga,,,,so hati customer tu lagi penting dari keuntungan
s























Kehadapan bakal imamku ~~
~>>
Andai ditakdirkan jodoh kita bersama , jagalah hubungan ini sepertimana kau menjaga hubungan kau dengan Pencipta kita . Jangan kau lebihkan rasa cinta kau pada aku melebihi cinta kau pada Pencipta . Izinkan aku menjadi sebahagian dari kesedehan dan kegembiraanmu . Izinkan aku menjadi makmummu setiap kali seruannya hadir . Izinkan aku untuk mewarnai hidupmu tatkala kesuraman tiba . Imamku , izinkan jua aku untuk bertakhta di hatimu . Mengisi ruang kosong di sudut hatimu , menjadi semangat tatkala kau kecundang . Izinkan aku menjagamu sepanjang umur aku bersamamu . Imamku , akan ku tunggu sampai waktunya tiba untuk aku menjadi makmummu yang halal , untuk menjadi milikmu yang sah . Sepanjang penantian ini , tersangat banyak dugaan yang bakal kita tempuhi dan lalui . Aku harap dan sentiasa berdoa agar kau mampu untuk hadapinya dgn hati yang tenang imamku . Kuatkan hatimu , cekalkan hatimu . Sama sama kita ambil pengajaran dari apa yang telah kita lalui untuk masa depan kita bersama . Aku pohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan aku terhadapmu . Aku juga insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan . Sama sama kita berdoa agar kita terus kuat dan tabah wahai imamku .
Salam sayang penuh ikhlas dari bakal makmummu :)