Ahad, 30 Mac 2014

MAC DALAM KENANGAN

bulan 3.secara jujurnya bulan ni banyak mencabar dan mengajar aku erti cinta kasih sayang dan erti hidup..
LOVE LOVING CARRING sesuatu perkara yang mudah diungkapkan tapi sukar untuk mendapatkan keikhlasan.jujurnya kerana tersalah pilih akhirnya hati terluka,,perkenalan yang singkat dan dijanjikan dengan bermacam-macam impin dan cita-cita berakhir dengan kedukaan..yes!!! hati ini terluka,,bercerita dengan kawan berharap mampu menghilangkan kesedihan hakikatnya mulut tersenyum tapi hati terluka,hati perempuan ibarat aiscream konon kental hakikatnya cair dek suhu,,hanya kebal bila didalam peti sejuk...macam tula perempuan,walaupun hari2 membenci menghina tapi disudut hati ini mengharapkan kehadiranya..berharap bila balik kerja dia ada depan pagar ungkapkan kata maaf,berharap dan terus berharap...walaupun hari-hari tu semakin pudar,,,tetap berdoa agar ada keajaiban, berharap yang awak akan ada didepan pintu,,berharap dan terus berharap..andai ini takdirnya kuserahkan jodoh ini kepadamu yaallah,,,siapa pun bakal imam ku,aku terima dengan kesyukaran,dan aku berharap awak akan datang dan memberi kata sbb.pengharapan yang tiada pengakhirnya..ya allah seandainya dia milikku sampaikan salam rinduku buatnya,,dan jika dia hanya datang sebagai persinggahan bawala dia dan damaikanla hati ini,,,

Sabtu, 8 Februari 2014

tip kuruskan badan

mai mai nak habaq sat...x perlu beli produk yang mahal-mahal,,ubat ni ada orang boleh accep.kadang2 ada yang sampai berpuluh2 ubat dimakan haram nak berkesan.kat sini kita nak bagitau beberapa jenis ubat kurus yang kita dah guna dan berhasil..cuma malas nak teruskan...kalau malas macam saya memang x ada kesanla,,dan saya dalam ketegori orang yang makan ubat dan hasilnya sangat x membanggakan, tapi ada kawan saya jenis yang kosisten memang tiptop hasilnya x tipu ini cerita betul just nak share dengan u all...


ada macam macam lagi nak share disebabkan internet slow jadi kalau berminat boleh like fb ss umi collection harga dia sangat2 murah dan berbaloi trust mie and try..kalau ok boleh repet oder x pun tinggalkan komen untuk yang dah guna

HARUM MALAM



seharum bunga yang mengoda mcm tu jugakla dengan seharum malam..serius produk ni tengah tiptop and terlajak laris dipasaran..dalam seminggu tempahan untuk harum malam cecah 500botol dan yang terbaru ada pelanggan oder untuk beli secara BORONG..1 botol RM35 tapi kalau beli 3 botol hanya perlu bayar RM90 semakin banyak u all oder semakin murah dan semakin jimat..sbb kita  ambik terus dari kilang.
antara kebaikan harum malam:
-Menghilangkan bau Peluh Badan yang masam(walaupun badan besar)
-Meningkatkan system tahan tubuh serta menstabilkan hormon
-Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual
-bertenaga dan mengatasi masalah vagina kering
-Membantu mengetatkan dan menganjalkan vagina
-Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
-Mengurangkan tekanan dan tension
-Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan
-Mengatasi masalah keputihan dan gatal vagina
-Memperbetulkan perjalanan Rahim (usaha mendapatkan zuriat)

pada yang berminat untuk beli secara borong @ sebotol boleh wasap/mese/call 0194304985 atau boleh juga like fb ss umi collection

"Bukan je Keputihan n gatal2 miss v hilang,Bau Badan pun dah tak busuk macam dulu..
malah lebih MANTAP, KETAT & NIKMAT!"

WANGI , KETAT DAN NIKMAT!

p/s; Halal jakim dan kkm semua ada. 

Isnin, 20 Januari 2014

istilah istilah yang perlu kita kena tahu

ok sebenarnya bis online untuk ss umi collection dah lunc tapi tuan dia baru nak belajar istilah istilah untuk berniaga kain huuhuhuuuu orsem baru belajar cara and produk....it ok janji ada usaha..alhamdulilah so untuk malam ni kita belajar beberapa istilah yang selalu digunakan dalam dunia bis ni :

READY STOCK
Maksudnya barang ADA DI TANGAN. Pembelian mestilah dengan BAYARAN PENUH. BOOKING hanya dibenarkan dalam masa 7 hari dengan DEPOSIT separuh harga

PRE-ORDER
Maksudnya barang masih di luar sama ada perlu dijahit atau perlu dibeli oleh pembekal. Barang ini perlu DITEMPAH oleh pelanggan dengan membayar DEPOSIT separuh harga manakala bayaran penuh amat dialu-alukan. Untuk proses ini,biasanya membuat pengumpulan tempahan bermula awal bulan setiap bulan semasa hingga pertengahan bulan berikutnya, jadi pelanggan kena faham, anda tempah hari ini bukan bermakna lusa anda akan dapat barangnya. Ikut kebiasaan, pertengahan bulan kamiakan men ghantar senarai akhir tempahan untuk batch semasa dan pembekal akan ambil masa lebih kurang 2 hingga 3 minggu untuk menyiapkan tempahan dan menghantarkannya ke Malaysia. Jika berlaku apa-apa masalah bungkusan mungkin ambil masa sebulan untuk sampai.

CLEARANCE
Biasanya stok lama yang melebihi 5 bulan yang masih belum terjual akan  masukkan dalam kategori ini dengan menjualnya pada harga diskaun 15% - 20%. kami tidak mampu untuk beri diskaun lebih dari itu kerana kos penghantaran yang tinggi bagi sesetengah bekalan dan diskaun reseller pun bukanlah begitu besar kerana jumlah diambil secara borong pun tidaklah begitu banyak.

SALE
Sepanjang tempoh SALE atau JUALAN MURAH berlangsung, harga beberapa item tertentu akan diturunkan pada harga diskaun. Perhatian ya, di masa SALE tidak semua item diberikan diskaun. KECUALI, bila kami kata, JUALAN MURAH UNTUK SEMUA ITEM. Insyaallah semua item ada diskaun masing-masing.
 
so sekarang ni ss umi collection berminat sesangat nak cari agent..sbb sekarang agak sibuk uruskan bis untuk budak puo,,so kalau ada masa pun waktu siang,malam nak hantar stok semua dekat budak2 puo,,,so pada yang berminat nak oder makanan kami boleh hantar hingga kedepan pintu,,,and yang nak jadi dropship masih ada beberapa kekosongan...sbb taknak ambik ramai takut kualiti tak terjaga,,,,so hati customer tu lagi penting dari keuntungan

Khamis, 16 Januari 2014

jenis produk yang disenarai hitam



s

antara barang @ produk kecantikan yang membahayakan kesihatan....
Produk pelangsing badan berdaftar ada sibutramine:
 ~  Kintop
 ~  Body Beaus
  ~ BMI-9 Xylimming Capsule
~   Senna Plus Capsule

Produk tidak berdaftar mengandungi sibutramine:
  Lami

Produk berasaskan makanan mengandungi sibutramine:
 ~ Obexlim
 ~ Coffee
  ~ Beaute Fit Body Contour
~  Body Trimz

Produk tradisional berdaftar yang mengandungi steroid:
~  357 Nasal Spray

Produk tradisional tak berdaftar mengandungi steroid:
  ~ Makjun Taufiq Dua Istimewa
  ~ Majun Dua Istimewa
   ~ Ginseng Jin Fui Wan
   ~ Maajun Tenaga Herba Ubi Jaga
   ~ Jamu Tradisional Jaya Asli (Anti Asam Urat)
  ~ Red Brand Ginseng Plus Zheng Fei Capsule
 ~  Ren Sem Tu Chon Chin Kuo Pill
 ~  Makjun Syafiq 3 Istimewa
 ~ Reepo

Produk berasas makanan yang mengandungi steroid:
   ~ Air Ikan Haruan

Produk kosmetik yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin atau salah satu:
~ Eriesya Spa Beauty Cream
~ Atika Beauty Renewal Cream
~ Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
~ Ratna Sari Whitening Night Cream
~ Tia Amelia Krim Jeragat
~ Chantique Whitening Night Cream
~ RZAC White Pearl Cream
~ Nuriz Day and Night Cream
~ Elite Rias Er Cream
~ R&Z Whitening Night Cream
~ Beauty Line Beautitude Multipurpose Cream
~ Pigmentation Recovery Complex
~ Zara Rejuvenation Cream
~ Natasya Krim Herba Gold
~ De Putih Night Cream

Produk tradisional berdaftar ada antihistamine:
~ Eng Leong Cordyceps Chuanbei Plus Cough Pill

Produk tidak berdaftar mengandungi antihistamine
~ Pil Zhen Zhu Bai Fong Wan
~ Qian Tong Dan
~ Raja Ubat Resdung
~ Coral Plus UA 350MG
so berhati-hatilah dalam memilih produk,,,yang penting halal dan boleh dibawak sembahyang...mencari yang halal tu fardhu

AGENT SS UMI COLLECTION


alhamdulilah sambutan untuk kain pasang sangat2 mengalakkan now SS UMI COLLECTION nak cari mana2 agent yg nak jadi dropship untuk jual produk ss umi collection,,,setakat ni ss umi collection hanya menjual kain ela,figure up,aura white baju pengantin siap,dan juga design baju pengantin,,,,harga sangat2 berpatutan,,,kita akan bagi pada yg betul2 berminat,,dan setakat ni tiada sebarang pembayaran dikenakan,,,so rebutla peluang selagi ada...ingat 9/10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan...sama2 kita mencari rezeki yang halal












orang yang hebat

"Sesungguhnya orang yang buruk akhlaq itu ia suka melihat kelemahan orang lain dan mentertawakan keburukan orang lain padahal dirinya lebih buruk dan di lebih hina di sisi Allah swt..."

Salam persahabatan Bersama Kita berhijrah Menjadi Manusia Yang Baik Akhlaq dan Moga dengan Akhlaq yang Baik maka mudahlah Jiwa kita peroleh ilmu dan hidayahnya" ...
ps: dear encik rosli thank kerana awak sentiasa ada memberi semangat dan juga kekuatan saat kita ada masaalah,,,dari awak belum kahwin sampaila saat ni...terima kasih allah hadirkan saya orang2 yang sangat baik,yang sentiasa ada disisi saya dikala susah senang...

Sabtu, 11 Januari 2014

KAIN BUKIT TINGGI/BANDUNG

LETTEST DESIGN 2014
ok oriet antara contoh design untuk 2014 kain bukit tinggi
and kalau nak tengok macam2 lagi boleh jenguk2 kat fb ss umi collection macam design kami tawarkan..dan kami mencari mana2 agent yang berminat untuk menjadi agent dropship kami,,,sebarang pertanyaan boleh call mesej @ wasap no ni 0194304985







Selasa, 31 Disember 2013

MY NEW BABY



Hello Hello nak coppy ke milo!!!!
ok update kita ni just nak share ngan u all yang kita ada "NEW BABY" alhamdulalh masa kelahiran dia tak banyak sangat dugaan,,,atas berkat usaha dan doa serta sokongan dari kawan2 akhirnya  pada tarikh 21/12/2013  terlahirlah SS UMI COLLECTION dan atas kepercayaan SS Marketting dalam usaha meminjamkan syarikat,,, SS adalah gabungan bagi Shohwatul yang bermaksud kebangkitan Sucsses adalah kejayaan,,alahamdulihat sejuta kesyukuran kupanjangkan kepadamu ya allah,,,dalam tempoh 2 minggu sambutan tersangat2la memberansangkan,,,
SS Umi Collection adalah pembekal dan penjuala barang secara online,,,dan buat masa ni kami memasarkan kain dari bukit tinggi bandung,,dan alhamdulilah pembekal adalah 100% orang sana,,,ss umi collectian dapat menjalinkan kerjasama dengan orang sana mungkin sbb memang dah keturunan sana,,,,,tu yang mudah deal,,,,dan baju yang kami jual adalah harga terus dari pembekal,,,tipula kalau x ambik untung,,,tapi untuk setiap pasang kami hanya ambik 10% keuntungan,,,sbb kami melebihkan kepuasan pelanggan dari keuntungan,,,dan yang pasti ss ummi collectian menggunakan sistem easy insuran,,,dan juga jaminan wang dikembalikan,,,,apa yang penting prinsisp berniaga pasti ada jatuh dan bangun,,,untung dan rugi yang pasti bersyukur itu perlu,,,itula kunci kejayaan..kejayaan x akan datang tanpa usaha,,,,9/10 rezeki datang dari perniagaan,,,dan yang pasti jujur amanah,,insyallah allah akan tunjukkan jalannya,

SANDIWARA

Rasa lama dah x update diary hati ni...yes!!! manusia perlukan ruang untuk berfikir dan kadang kala diam itu lebih baik dari berkata-kata..terluka hati ini,,ok fine aku pun x sebaik mana,,tapi adakalanya kekuatan kita x mampu menahan akal kita,,,minggu ni serius sangat2 sedih,,,i m not happy and not strong,,minggu yang sNgat memenatkan,,,penat diminda mampu di sauna tapi penat dihati hanya allah saja yang tahu deritanya,,,,sakit nya kita menjaga hati orang hinggakan hati kita terluka..mungkin x cukup sempurna kita dalam menjaga adab,,,tapi percayalah sekuat mana setabah mana pun kita,,,kita pasti akan rebah,,,,finaly berhenti kerja adalah jalan terbaik,,,dan keputusan ini kuharap adalah muktamad

LOVE A.K.A CINTA PLATONIK

  

 

 Maksud platonik ialah,hubungan persahabatan di antara lelaki dan perempuan yang sangat akrab tanpa wujud perasaan cinta.Berkongsi segala rahsia,bercerita apa sahaja,sentiasa bersama berdua.Memang ada,cuma payah nak kita temui sebab kita sendiri tahu,bila lelaki dan perempuan bersahabat dengan sangat rapat,biasanya salah seorang daripadanya tak mustahil akan berputik cinta dalam hatinya.

lelaki dan perempuan berkawan rapat tanpa wujud rasa CINTA ataupun KASIH SAYANG di dalam diri mereka . mereka hanya berkawan rapat .tapi bila orang ramai lihat mereka seakan-akan berCINTA  . padahal mereka tidak berCINTA .tapi CINTA Platonik tidak akan berakhir dengan perkahwinan,,,dan jarang berlaku kes cinta platonik menjadi cinta  realiti,,sebab kebanyakannya banyak memendam rasa cinta tu kerana lebih menghormati parsahabatan,,,dan yang pasti cinta platonik hakikatnya berakhir dengan kelukaan dan kedukaan,,,sbb mana mungkin lelaki dan perempuan berkawan tapi x ada sikit pun perasaan cinta,yang pasti cinta platonik adalah cinta yang hanya terjadi dalam khayalan,,kerana hanya melebihkan ikatan persahabatan dari ikatan percintaan,,,biarala ikatan persabatan tu dikekalkan dari diputuskan

 "SAKIT MENCINTAI MU"

kulepaskan engkau pergi hanya aku ingin melihat kau bahagia,,biarkan janji-janji mu kubawa pergi,,,,kutitipkan doa agar kalian bahagian hingga keanak cucu dan kejannah,,memang sakit mencintai orang yang x mencintai kita,,dan hakikatnya kitala penari diatas pentas sendiri,,dan saya harap awak berjaya menjadi nakhoda "BAHAGIAMU DERITAKU,AIR MATAKU DIHARI PERSANDINGAN MU" ALHAMDULLILAH ALLAH BERIKAN AKU SEKEPING HATI YANG KUAT MENATAP KAMU DENGAN ORANG LAIN...


Jangan mudah mengambil hati seseorang kalau tak tahu menjaganya dengan baik

Jumaat, 13 Disember 2013

HARTA BERNILAI





orang orang yang  selalu ada di saat saya jatuh saya sedih,,,dan diaorang la harta yang berharga saya ada,,,terima kasih atas pemberian mu YA  Allah,,aku bersyukur allah hadirkan kalian dalam hidup ini,,,sesungguhnya tiada orang lain yang mampu memberi seperti apa yang kalian beri,,,,semoga allah sentiasa melindungi dan merahmati kalian,,,love u all,,,,

Isnin, 2 Disember 2013

Warkah Buat Imam

                                                                 Assalamualaikum :)
Kehadapan  bakal imamku   ~~
                                                 ~>>
                                                          Andai ditakdirkan jodoh kita bersama , jagalah hubungan ini sepertimana kau menjaga hubungan kau dengan Pencipta kita . Jangan kau lebihkan rasa cinta kau pada aku melebihi cinta kau pada Pencipta . Izinkan aku menjadi sebahagian dari kesedehan dan kegembiraanmu . Izinkan aku menjadi makmummu setiap kali seruannya hadir . Izinkan aku untuk mewarnai hidupmu tatkala kesuraman tiba . Imamku , izinkan jua aku untuk bertakhta di hatimu . Mengisi ruang kosong di sudut hatimu , menjadi semangat tatkala kau kecundang . Izinkan aku menjagamu sepanjang umur aku bersamamu . Imamku , akan ku tunggu sampai waktunya tiba untuk aku menjadi makmummu yang halal , untuk menjadi milikmu yang sah . Sepanjang penantian ini , tersangat banyak dugaan yang bakal kita tempuhi dan lalui . Aku harap dan sentiasa berdoa agar kau mampu untuk hadapinya dgn hati yang tenang imamku . Kuatkan hatimu , cekalkan hatimu . Sama sama kita ambil pengajaran dari apa yang telah kita lalui untuk masa depan kita bersama . Aku pohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan aku terhadapmu . Aku juga insan biasa yang tak lari dari melakukan kesalahan . Sama sama kita berdoa agar kita terus kuat dan tabah wahai imamku . 
       
                                                                           
                                                                                Salam sayang penuh ikhlas dari bakal makmummu :)

Sabtu, 22 Jun 2013

terima kasih ya allah

terasa sedih pulak minggu ni,,x taula kenapa,,alhamdulilah minggu depan dah start keje,,dalam masa seminggu ni memang banyak cabaran,cabaran nak mempersiapkan segala urusan,almaklumla minggu depan dah start keje,tapi kenderaan x ada,so dalam masa 4 hari dok berusaha mesej semua member,semua orang yang kita kenal hanya mesej cakap nak sewa moto,,mcm bunyi kelakar kan,,tapi kalau orang x berduit mcm aku ni memangla,,tapi sbbkan aku nak kerja,aku berusaha,walaupun adakalanya nak mengalah tapi tetap berusaha,,sungguh kadang2 rasa diri ni malang lahir dalam keluarga yang x berkemampuan,tapi bila fikir balik bertuahnya aku,,walaupun mak ayah x berapa kaya tapi diorang mampu membesarkan kami 5 beradik,walaupun orang hina,orang kata,tapi diorang tetap cool,,,ok berbalik pada isu sewa moto,ok dulu my bff penah cakap nak bagi moto dia,,ok jenis dia ni pulak bila orang dah berjanji ngan dia,dia akan tuntut,so bila tiba masa aku,aku betul2 perlukan bantuan dia,aku betul2 mengharapkan dia,tapi bermacam alasan dia bagi,it ok hari ni aku susah,,tapi aku janji aku berusaha untuk bangkit,bayangkan mulut dia pernah cakap,kita ni bff,,so apa erti bff kalau ko susah aku tolong aku susah ko kemana,x pe ko dah ada kerja aku baru nak bermula,jika diizinkan allah insyaallah 1 hari kejayaan ada bersama ngan orang2 yang sabar,penat aku bertanya ada moto untuk sewa ke tak,last2 sekali alhamdulilah allah permudahkan urusan aku,allah hadirkan insan mulia untuk membantu aku,x kisahla kena bayar janji aku dapat bergerak,dapat berusaha untuk mencari rezeki,,alhamdulilah semua urusan untuk aku kerja berjalan dengan lancar,,tinggal tunggu hari isnin je,,dan aku berharap agar allah memberkati kerja yang aku lakukan ni,,aku berharap dengan restu dari kedua ibu bapa serta allah aku harap aku dapat mencapai kejayaan dunia dan akhirat,,amin amin

Khamis, 13 Jun 2013

blog under repy

tengah match and errorkan blog ni,,nak upgrade,,boring x ada kerja so ini je la dibuatnya

Rabu, 12 Jun 2013

FATWA ULAMA MENJATUHKAN PEMERINTAH

 Fatwa Samahatus Syeikh Abdul Aziz Ibn Abdullah Ibn Baaz


Q-ada yang berpendapat bahawa perbuatan sesetengah pemimpin melakukan maksiat dan dosa besar, mewajibkan kita berusaha untuk menjatuhkannya dan melakukan reformasi walaupun perbuatan akan membawa mudarat kepada orang Islam dalam negeri tersebut. Peristiwa yang dialami oleh Negara-neraga Islam cukup banyak, apa pendapat syeikh?


A-Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, serta selawat Allah ke atas Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, keluarganya dan sahabat-sahabat serta mereka yang mengikuti hidayahnya.

Sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً

Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisa': 59)

Ayat ini mewajibkan taat kepada pemimpin yang meliputi para umara dam ulama. Dalam satu hadis, Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menegaskan bahawa ketaatan ini merupakan sesuatu yang wajib, dan menjadi fardu dalam perkara-perkara yang makruf.

Nas daripada as-Sunnah menerangkan makna dan menyokong ayat tersebut bahawa yang dimaksudkan dengan taat itu ialah ketaatan mereka pada perkara yang makruf. Maka wajib bagi umat Islam taat pada pemimpin mereka dalam perkara yang makruf, dan bukan pada perkara maksiat. Apabila pemimpin menyuruh melakukan maksiat, mereka tidak boleh ditaati, tetapi tidak harus menderhakai atau cuba menggulingkan mereka berdasarkan sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam:

ألا مَنْ وَلِيَ عليهِ وَالٍ ، فرآهُ يَأْتي شَيئا مِنْ مَعصيةِ اللهِ ، فليكره ما يأتي من معصية الله، ولا يَنْزِعَنَّ يَدا من طَاعَةٍ

Maksudnya: "Barang siapa yang diperintahkan oleh seorang pemerintah, kemudian ia melihatnya melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala, hendaklah ia membenci perkara maksiat tersebut, tetapi tidak boleh mencabut ketaatannya kepada pemimpin tadi." (Hadis riwayat Muslim)

مَنْ خَرَجَ مِنْ الطَّاعَةِ وَفَارَقَ الْجَمَاعَةَ فَمَاتَ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Maksudnya: "Barang siapa yang keluar daripada ketaatan, serta berpisah daripada jemaah, lalu ia mati, maka matinya dalam keadaan jahiliah." (Hadis riwayat Muslim)

عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ إِلاَّ أَنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيَةٍ فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلاَ سَمْعَ وَلاَ طَاعَةَ

Maksudnya: "Wajib ke atas seseorang itu, dengar dan taat apa yang dia suka ataupun benci, kecuali apabila dia diarah melakukan maksiat. Pada ketika itu tidak perlulah ia dengar dan taat." (Hadis riwayat Muslim)

Para sahabat pernah bertanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, apabila baginda menyebut tentang terdapat segolongan pemerintah yang kamu mendapat kebaikan dan kemungkaran daripada mereka. "Apa yang patut kami lakukan?" Baginda bersabda:

أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ

Maksudnya: "Tunaikanlah hak mereka, dan pohonkanlah kepada Allah hak kamu."(Hadis riwayat Bukhari)

Ubadah bin al-Samit berkata: "Kami berbaiah kepada Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam untuk memberi ketaatan dalam keadaan kami suka atau benci, dalam keadaan susah dan senang, kami akan mengutamakan Rasulullah ke atas diri kami sendiri dan kami tidak merampas hak pemerintah." Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kecuali jika kamu dapati kekafiran yang jelas, yang ada dalil dan bukti daripada Allah Ta'ala."

Ini merupakan dalil bahawa tidak harus menderhakai pemerintahan serta cuba menjatuhkan mereka, kecuali jika terhadap kekurufan yang nyata yang terdapat dalil daripada Allah Ta'ala. Ini kerana cubaan untuk menjatuhkan seseorang pemimpin boleh menyebabkan kerosakan yang besar serta keburukan yang dapat menggugat keamanan serta mengabaikan kewajipan. Pada ketika itu tiada orang dapat menghalang kezaliman dan membantu mereka yang dizalimi, serta keadaan menjadi kacau-bilau dan keamanan tidak lagi wujud.

Oleh itu, cubaan untuk menggulingkan seseorang pemimpin boleh membawa padah yang buruk serta keburukan yang nyata. Kecuali pada ketika umat Islam melihat kekufuran yang nyata, yang ada dalil daripada Allah tentang kekufuran mereka itu. Pada ketika itu haruslah menjatuhkan pemerintah tadi jika mereka mempunyai kekuatan. Tetapi jika mereka tidak mempunyai kekuatan, ataupun perbuatan mereka menjatuhkan pemerintah tadi boleh membawa kepada kerosakan yang lebih besar, maka tidak harus bagi mereka menjatuhkannya demi menjaga maslahah umum, berdasarkan kaedah syarak yang disepakati iaitu: Tidak harus menjatuhkan kejahatan dengan sesuatu yang lebih buruk daripadanya, bahkan mesti menolak keburukan itu dengan sesuatu yang dapat menghapuskannya atau meringankannya. Adapun menolak keburukan dengan keburukan yang lebih besar, maka hal ini tidak harus dengan ijmak (kesepakatan) para ulama.

Jika kumpulan yang melucutkan jawatan pemerintah yang melakukan kekufuran yang nyata itu mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian dan menggantikannya dengan seorang pemerintah yang soleh dan baik tanpa membabitkan sebarang kemusnahan terhadap orang Islam, maka hal itu dibenarkan.

Tetapi jika perbuatan mereka itu mendatangkan kerosakan, menggugat keamanan, menzalimi orang ramai, serta lain-lain keburukan maka perbuatan itu tidak diharuskan. Bahkan mereka diwajibkan bersabar, dengar dan taat di dalam perkara yang makruf. Menasihati pemimpin serta menyeru mereka ke arah kebaikan. Mereka juga mesti berusaha meringankan atau mengurangkan kejahatan tersebut serta memperbanyakkan kebaikan.

Inilah jalan sebenar yang mesti diikuti untuk mendapatkan kemaslahatan bagi umat Islam. Ia juga dapat mengurangkan kejahatan dan menambah kebaikan selain daripada dapat menjaga keamanan dan menyelamatkan orang Islam daripada terjerumus ke dalam keburukan yang lebih besar. Kita pohon taufik dan inayah daripada Allah Ta'ala.

P/s:islam itu indah dan mudah tapi kita yang  membuatkan dia menjadi susah
 Wallahu a’lam

artikal lain yang berkaitan:-

al-muwahhidun.

Isnin, 10 Jun 2013

Strawberry Cheesecake(cheese tart tak perlu bakar)

Bahan-bahan
Bahan-bahan A
  • 250 gm biskut mudah hadam(merie or etc) - letak 200g je
  • 125 gm mentega tanpa garam - letak 100g
Bahan-bahan B
  • 200 ml krim putar(whipping cream)
  • 250 gm krim keju
  • 165 gm gula kastor - letak 150g
  • 1 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C
  • 15 gm gelatin halal
  • 100ml air
  • >> campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 min
Topping
  • Strawberry topping secukupnyer
  • Jus lemon
  • Gula caster
  • Sedikit air - hana campur sedikit gelatin 1/2 sudu kecil
  • boleh juga mengunakan jem dan juga perisa lain spt bluberry,mangga dan  lain2

Cara-cara
  • Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang 8cm. utk resepi ni guna loyang swissroll yg kecil atau loyang brownies pong boleh juga. pastikan di alas dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya mudah utk dkeluarkan.
  • Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedalam bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
  • Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
  • Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin yg telah di double boilerkan dengan air tadi dan gaul lagi sehingga sebati.(guna air panas pun boleh)
  • Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
  • Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td keatas adunan biskut. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2-3 jam.
  • Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan. (boleh je kalau nak gune jem je jimat sikit masa)
  • Tuangkan kuah topping hingga habis. Sejukkan semula.@ jem 
  • Potong bar ikut suka dan hidangkan.
  • dan sekiranya x suka buat dalam bekas besar boleh juga buat dalam bentuk cheese tart ataupun bekas kecil2 (hadiah time weeding kan nampak ciut) sama je,,rupa perkara ke dua janji hasilnya memuaskan dan sedap,,

cheese tart (bakar)

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin 
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling 
Bahan-bahan :
250gm cream cheese 
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara ( rujuk gambar ) :
  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  10. Bakar selama 5 minit. Siap!!!

Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman saya...) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Sabtu, 8 Jun 2013

~kasihnya ayah~



Sekadar berkongsi cerita.

Pagi tadi:
Pergi ke bank, utk menguna cash deposit ATM. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.... 
"Nak, boleh tolong saya?"
"Ya, boleh pakcik"
"Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong. Hari ini pegawai tu takde.."
"Duit untuk anak pakcik ya?"
"Ya...dia belajar di Selangor - UiTM"
Duit dimasukkan untuk anak pertama.Berjaya!!!
Jumlah yang sama tapi kali ini ada rm10, 5 keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yang rm100 keluar semula. 2kali.
'Pakcik ada duit lain?"
"Tak ada nak"
Sempat mata ini menjeling ke dalam pouch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja.
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dpermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega terlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan..
Ingin kutahu dia naik apa..
Motor...
Dalam hujan renyai...
Terlihat wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kepada pakcik itu.
RM400 untuk 2 orang anak.
Sikit untuk dirinya memadai..
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan yang baik untuk Pakcik itu

bila baca kisah  ni teringat kat ayah ngan mak saya.
dulu time belajar kat IPB mak akan masukkan duit seminggu RM50.
tapi belajar tak habis sambung pulak kat poli time kat poli mewah sikit ada duit kptm,tapi mana cukup bayar duit sewa lagi,bayar duit makan buku apa mintak jugak kat mak ayah,kadang-kadang kalau ada rezeki adala ayah bagi sbb kami 4 beradik semua nak guna duit,,kalau x dapat terpaksala pinjam kat member x pun masak,dapt jimat bujet,bila sambung DIP lagila terasa seksa,sbb adik study kat kolej lagi banyak nak guna duit,nak buat macam mana terpaksala mengalah,kadang2 ayah bagi RM30,kalau x ada ayah bagi RM20.bayangkanla apa dapat dengan nilai tu tapi bila kita niat tu elok allah permudahkan segalanya,alhamdulilah dapat jugak segulung DIP,walaupun x cemerlang tapi aku bangga,aku sambung belajar tak sampai mak ayah aku bergolok bergadai tanah,,cuma time kat ipb je terus terang aku cakapkan mak gadaikan emas aku dngn mas emak untuk tampung yuran,,yela kolej time tu aku lepas spm,,bila sambung sijil ngan dip masuk semua guna duit sendiri.alhamdulilah segalanya mudah,,terima kasih allah atas rezeki yang kau berikan,,,,
semoga allah mempermudahkan segala urusan kedua ibu bapa ku didunia ini,dan lapangkanlah hatinya menuju kejalan mu ya allah..amin

Kepada semua pelajar:
*Belajarlah sungguh-sungguh untuk membalas jasa ibubapa kita..aku dah rasa perit dan susahnya hidup sebagai pelajar

dear diary

semenjak 2 ni memang cepat terasa,benda kecik pun nak terasa,tapi ye la kita dilahirkan dengan sifat penyabar,dan bila hati kita sering terusik dan tercuit memang lama2 iman kita semakin nipis kulit bawangla jawabnya,heheee,,mana taknya lagi-lagi bila dah nak sampai usia 3 siri ni memang terasala lagi lagi bab kahwin,,oiii sensitif mcm manala rasanya kan orang yang dah  jejak 30 siri tapi x ending single story lagikan,memang sedihla,, lagi terasa bila keluarga sendiri memperlekehkan kita,,masaalahnya bukan kita yang nak semua ni,,jodoh ajal maut rezeki ditangan allah,,kita hanya mampu mencari dan  merancang selebihnya urusan allah s.w.t.sekuat sehabat mana pun perancangan kita allah telah menjanjikan yang terbaik buat kita,,siapa kita untuk melawan takdir,aku yang empunya badan pun hanya mampu redha dan berusaha semampunya,,aku sendiri x nak jadi mcm ni,,dah jodoh aku x sampai lagi mcm mana,,memang terasala kalau orang sekeliling kita sendiri pun x memahami..tolongla hentikanla soalan-soalan yang aku sendiri pun x tau jawapannya,,
aku cukup x berkenan kalau orang tanya "sipolan tu dah kawin,ehh ko bila lagi" walaupun aku senyum tapi rasa nak bagi kaki,, x pun "kakak dia dah ada anak,dia bila lagi"wei wei aku baru 26thn 11hari aku belum puas lagi hidup single,,sumpah memang nak sangat ending single story ,nak sangat rasa hidup double story,tapi kalau belum sampai seru siapa kita untuk melawan takdir,,
memang terasala kalau darah daging sendiri join sekali,,ya!!aku tahu ko dah kahwin dah ada anak,,umur sebaya aku ko dah ada anak 1,,yang aku ni apa pun x ada,,x ada benda nak di banggakan kat aku ni..aku pun nak ubah hidup aku,nak ubah kehidupan mak abah aku,,aku x nak diorang susah lagi,,masaalahnya aku x nampak lagi rezeki memihak kat aku,,,aku pun x nak hidup mcm ni,dengan hutang keliling pinggang(hutang belajar)ikut aku memang stress sangat2,tapi mcm aku katakan tadi jodoh ajal maut rezeki semua kat tangan allah,,aku berusaha bukan duduk diam je,masaalahnya peluang belum menyebelahi aku,,,so pleasela hormat sikit keputusan aku,,sekarang ni aku just berusaha dengan sehabisnya and last sekali aku bertawakal,,,sebb segalanya telah ditentukan oleh allah,,sehebat perancangan kita hebat lagi perancangan allah..so aku redha atas ketentuan allah cuma sekarang aku kena berusaha sehabis yang mungkin,,,,perjanjian allah itu pasti,,dalam sujud ku momohon agar diberikan kekuatan dalam menepuh setiap dugaan yang mendatang,,aku pasti allah bersamaku,,amin amin